Monday, October 17, 2011

QURRATUL A3YUN...


tadi ada seorang shbt invite untuk join BAITUL MUSLIM ITMU.. di fb..
hehehe.. agak macam cuak jek nak join.. sebab lum lg berbaitul muslim nye.. 
perancangan??.. 
of coz ada.. insyaAllah.. semoga Allah memakbulkannya oneday..
dan pasti ia mengingatkan saya sesuatu ... n sy sharekan disini, sngt menarik

kami sangat tertarik dengan video ni. sememangnya kata-katanya cukup santai namun menyentuh hingga ke dasar. dan hujah beliau perihal qurratul a3yun amat menyentuh hati .

sungguh. kita ini penyambung warisan terdahulu. siapa kita sekarang mungkin 'ehsan' doa datuk nenek kita. dan kita pula penyambung memberi 'ehsan', dalam membentuk anak cucu kita. generasi demi generasi.

usaha dalam membentuk diri kita untuk menjadi qurratul a3yun itu pasti. dan hasilnya pada kita sendiri. hasil yang mungkin kita nampak. zahirnya. namun doa juga, dalam usaha membentuk diri kita dan zuriat selepas kita juga penting. sebagai usaha untuk tidak memutuskan mata-mata rantai qurratul a3yun.

cuma jangan dilupa. usaha, doa, kita dan mereka, semuanya datang dari Dia. kerana selayaknya hanya Dia yang maha memberi.

maka kita sendiri, bersediakah menjadi qurratul a3yun si dia, suatu hari nanti?
semoga Ya Allah kami menjadi qurratul a3yun buat si dia...

p/s:.. banyaknye conversation pasal kawen harini... huhuhu... 

No comments:

Post a Comment