Monday, October 31, 2011

kelelahan...

 
sudah lama,
jasad dibiar tanpa ruh,
gagahkan diri,
cuba berlari lagi.
namun hati terasa berat
jiwa terasa sarat
cuba..
mencari punca
ukhwah kah??
andai boleh..
mahu melepaskan segalanya

 
saat butir ayat KalamMu
kubaca...
 sekali lagi
tidak mengecewakan
 
Al-Fath. Pembuka,
nama seindah isinya.
Menerang saat hati kegelapan.

Tuhan, teruslah mencintai aku! 

p/s:... maafkan sy shbt2.. sy tak mampu untuk menjadi yg terbaik buat anda semua



berjalan dan meneliti


bangunan-bangunan gah berdiri
menyusuri jalan-jalan yg punya nilai tersendiri
kagum sebentar
namun tersentuh hati..
sayangnya
azan tidak berkumandang di situ
hanya di satu tempat
MASJID SULTAN
semoga
Islam kembali bertapak seperti masa lalu

p/s: letih... alhamdulillah berpeluang ke negara jiran

Monday, October 17, 2011

QURRATUL A3YUN...


tadi ada seorang shbt invite untuk join BAITUL MUSLIM ITMU.. di fb..
hehehe.. agak macam cuak jek nak join.. sebab lum lg berbaitul muslim nye.. 
perancangan??.. 
of coz ada.. insyaAllah.. semoga Allah memakbulkannya oneday..
dan pasti ia mengingatkan saya sesuatu ... n sy sharekan disini, sngt menarik

kami sangat tertarik dengan video ni. sememangnya kata-katanya cukup santai namun menyentuh hingga ke dasar. dan hujah beliau perihal qurratul a3yun amat menyentuh hati .

sungguh. kita ini penyambung warisan terdahulu. siapa kita sekarang mungkin 'ehsan' doa datuk nenek kita. dan kita pula penyambung memberi 'ehsan', dalam membentuk anak cucu kita. generasi demi generasi.

usaha dalam membentuk diri kita untuk menjadi qurratul a3yun itu pasti. dan hasilnya pada kita sendiri. hasil yang mungkin kita nampak. zahirnya. namun doa juga, dalam usaha membentuk diri kita dan zuriat selepas kita juga penting. sebagai usaha untuk tidak memutuskan mata-mata rantai qurratul a3yun.

cuma jangan dilupa. usaha, doa, kita dan mereka, semuanya datang dari Dia. kerana selayaknya hanya Dia yang maha memberi.

maka kita sendiri, bersediakah menjadi qurratul a3yun si dia, suatu hari nanti?
semoga Ya Allah kami menjadi qurratul a3yun buat si dia...

p/s:.. banyaknye conversation pasal kawen harini... huhuhu... 

Wednesday, October 12, 2011

mode;..sengal..

alhamdulillah.. selesai urusan di bank
pulang ke opis... memandang proposal atas meja dengan pandangan kosong
dengan harapan..
semoga segalanya baik esok..

tiba2...
..
..
"Duhai puteri semut yang  saya hormati,
kulihat bulan dipagari indah
bagai sebentuk cincin dihiasi permata
ingin saya hadiahkan buat dirimu
dengan sebuah ikatan janji
bersaksi wali diredhai Ilahi
sudi kiranya kau terima
lamaran saya yang tak seberapa
cuma ayatNya yang saya ada
buat menjadi mahar hantaran"
-putera semut-

dengan penuh rasa syukur puteri semut menerima lamaran putera semut

"Tuhan, lindungilah dia yang Kau pinjamkan.
Ambillah dia jika itu yang Kau takdirkan
Tegurlah aku andai haknya tidak aku laksana
Jika selayaknya kami bertemu di syurga
Jadikanlah diriku bidadari paling indah buatnya."
-puteri semut-

tiba-tiba..

..
..
..
tuk!tuk!tuk!
...wei..wei.. dah2 la berangan tu ... 
Tadi Dr Rizal pesan mintak ko inform kat Prof Samad pasal pembentangan esok..
dah gi cepat!
-jiran sebelah meja-

cehhhhhhhhhhh
spoil tul la..
baru nak berangan



adoiii
bile stress menyerang

memang kesengalan puteri semut ni terselah
bagai kilauan bintang di malam hari yang indah!
memang tabahlah!


p/s: sila jgn tertipu ye... putera semut tu hanya sekadar buatan semata2...hahahaha... esok present kul 10pg, semoga segalanya dipermudahkan... ameen.




لو خلقت المرأة طائراً لكانت طاووساً
 
Jika diciptakan wanita (dalam kelompok) burung,
nescaya jadilah wanita itu burung merak


ولو خُلقت حيواناً لكانت غزالة
 
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) haiwan,
nescaya jadilah wanita itu rusa


ولو خُلقت حشرة لكانت فراشة

 
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) serangga,
nescaya jadilah wanita itu rama-rama


ولكـنـها خُـلـقـت بـشـراً
 
Namun diciptakannya (wanita) sebagai manusia


فأصبحت حبيبة وزوجة وأماً رائعة ،
 
Maka jadilah wanita tersebut sebagai seorang kekasih,
isteri, dan ibu yang hebat


وأجمل نعمة للرجل على وجه الأرض
 
Dan (wanita merupakan) nikmat paling cantik
bagi (semua) lelaki di atas muka bumi


فلو لم تكن المرأة شيء عظيم جداً
 
Maka seandainya wanita bukanlah merupakan
sesuatu yang sangat agung


لما جعلها اللّه حورية يُكافئ بها المؤمن

 
Nescaya Allah tidak akan menjadikannya sebagai bidadari
yang dihadiahkan kepada seorang mukmin di syurga nanti
p/s:
terbaca. terpegun. terdiam. tergenang.
semoga keindahan itu kami pelihara. untuk dia, si kunci syurga.

bukankah seindah hiasan adalah wanita solehah? 
 

Sunday, October 9, 2011

HADIAH TERINDAH...


Bismillah..

Alhamdulillah berpeluang berjumpa dangan shbt sayang JIE yang comel sikit drpd si puteri semut tu... juga IMAD.. yg alahaiii.. sayu dgr... ‘dah 3 hari sy tak tido mlm kak’...  apale yg kamu buat ek... terkebil2 jela sampai ke subuh...  ke camne???

Terima kasih buat kakak kesayangan siapa lagi kalau bukannnn..... ce terke..ceteke... kehkehkeh Of cozzz KAK SS...  memang tabah lah kak syida melayan kitorang yg sengal2 ni.. bile budak2 sengal berkumpul... ce bayang camne rupanyek... perghh serius memang huru hara la... betapa sengalnye kitorang.. kedai tu belum ready nak bukak kitorang dah masuk dah... hehehe... dgn penuh gaya kelaparan.. 


saat dukacita datang..
terasa sarat di hati yang teramat,
namun dalam dukacita itu...
Allah hadiahkan kamu-kamu untuk memberikan rasa-rasa bahagia...
alhamdulillah tidak mampu terucap dgn kata-kata..
Jie.. Imad..Kak Ss...
terima kasih untuk ‘hadiah terindah’ pagi itu
semoga pada masa akan datang berpeluang lg untuk duduk2
memandang wajah2 shbt dengan penuh cinta keranaNya.

Selepas melepaskan rindu di UIAM.. perjalanan diteruskan ke shah alam bersama kak ss (siapa lg kan yg sudi membawa diri ini kalau tak kak ss... berjalan bersama org popular seperti kak ss.. terasa mahu menjadi hebat sepertinya juga.. insyaAllah bukan hebat dipandangan manusia.. tetapi hebat dipandangan Allah).. 



Program yang di hadiri oleh muslimat diseluruh Malaysia itu memberi semangat untuk diri ini melangkah.. terdetik di dalam hati...’kalau tiba hari tua nanti kat mana Allah nak letakkan diri ni... semoga Allah memberi peluang kepada diri ini untuk terus berada di jalan ini hingga keakhir hayat’. Alhamdulillah walaupun dapat dgr sekejap.. insyaAllah cukup bermakna.. semoga Allah memberi kekuatan kepada semua penggerak-penggerak tidak kira muslimin mahupun muslimat untuk terus memperjuangkan Islam di bumi Malaysia tercinta. 

Sempat berjumpa shbt2 lama.. kak nor.. mun.. terima kasih atas kebaikan kamu-kamu.. satu lg hadiah Allah mempertemukan dgn seorg shbt drpd puchong... pulang bersama ..semoga perbincang kecil-kecilan kita dipandang Allah.. bahagia menyelubungi segenap ruang.. alhamdulillah..

Namun masih ada perkara menghalang untuk tenang dan damai sepenuhnya.. hati hanya mampu berdoa agar segala kekusutan hati terlerai...

Lepas maghrib menghadiri jemputan kak yah, kak ayu dan kak na.. terima kasih kakak-kakak cantik.. melayani anak2 kecil tetamu-tetamu yg datang mengundang ceria.. anak2 kecil... walaubagaimana sekalipun keadaan kalian.. ketawa, menangis, tidur.. menjebik.. kalian sentiasa comel.. 

 (MasyaAllah Tabarallah.. comel sngt2 si Afni ni.. nak dengan org plak tu.. memang menyenangkan)

Memandang makanan dengan pandangan kosong.. hanya meneguk air..
Sedang asyik melayan si kecil afni.. yg baru 10 bulan.. menerima 1 sms...
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Akhirnya...
Segala kekusutan itu benar2 pergi.. Segala kerisauan itu benar2 terbang..Yang tinggal hanya hati yg tenang dan damai.. tiba2 terasa lapar yang teramat.. alhamdulillah memang sedap laksam yg tuan rumah masak.. makaceh ek.. siap dpt bekalan wat balik lg..
Syukur ya Allah atas ‘hadiah demi hadiah’ yg Kau beri..
Dan semoga..
Syukur ku bertambah

p/s:... fuhh macam2.. tabah je la korang kalau baca ek..

Saturday, October 8, 2011

nota hati...


Selesai tusyen malam tadi, terasa tidak mahu pulang ke rumah. Lantas keputusan di ambil. Mahu mencari damai dengan mendampingi alam. Memandu tanpa hala tuju. Berhenti  di jambatan cantik.
Menikmati indahnya malam
Memandang langit
Damai
Alhamdulillah
Hati yg bercelaru terubat hanya dengan melihat indahnya langit ciptaan Allah
Ya Allah saat memandang langit mu..
Hatiku menyerah mengalah...
membiar terdedah...
supaya ditarbiyah dengan harapan menjadi kuat semula

Mata terpejam seketika...tenang..
Namun.. airmata gugur juga..
hatiku kalah lagi rupanya...
tunduk menyerah...

Allah ...
Yakin segala rasa yang datang itu daripadaMU
Untuk menguji mahupun 
untuk memberi peringatan atas perbuatan yang lalu

Ya Allah...
Sedar akan diri ini tidak layak untuk meminta-minta padaMU
Namun yakin,
Kau maha mendengar setiap rintihan hamba dalam apa keadaan sekalipun

Allah..
Ambillah semula setiap rasa dukacita ini
Kerana aku tidak kuat ya Allah
Andai
Dukacita inilah yg terbaik buatku pada saat dan ketika ini
Berikanlah kesabaran dan ketabahan untuk menghadapinya

Mengatur langkah pulang
Dengan harapan
mata hati...
semoga kau hidup kembali...
untukku tabah meniti hari... 

dan pagi ini
kalam MU menemani ku
tenang
Alhamdulillah

p/s:...memenuhi hari ini dengan program insyaAllah


Friday, October 7, 2011

mengatur langkah...


Alhamdulillah berukhwah sambil bermeting sambil makan2
sambil berhibur bersama-sama anak2 kecil yg comel

terima kasih:
zan, kak ija, kak awin, kak wani, lina, kak shahnaz, ain, asiah, 
kak sab dan tidak dilupa kak natrah... 

syukran..syukran..syukran
semoga Allah menguatkan langkah kita

andai ada diantara kita yg tersepak batu.. 
lalu tersungkur.. 
sama-samalah kita menghulur tangan

awam biru itu sentiasa indah dan menggembirakan
rintik hujan tidak bernah mengecewakan untuk menghidupkan 
suasa dingin dan mendamaikan
angin lembut menyapa pipi penuh asyik  dan menenangkan..

Allah...

jadikanlah ukhwah kami seindah dan sedamai itu... 
lalu membuahkan tenang dalam langkah yg diatur
demi Islam ini Ya Allah..
satukanlah hati2 kami..
agar kuat kaki melangkah
andai jatuh bisa cekal bangun kembali
jika tersasar tahu dimana jalan pulangnya..
semoga..

tunduk akur lalu hati mengucap syukur...
alhamdulillah
buat kesekian kalinya
Allah
masih memilih diri yg penuh daif ini
 semoga syukurku bertambah..
ameen


p/s:... down dalam gerak kerja tu perkara biasa.. kitani manusia biasa yg sedang berusaha untuk menjadi manusia yg luar biasa.. jadi kalau down jgn la pelik sngt.. tp kene pelik kalau down tak bangun2.. hehe.. (apa kaitan????.........entah....adehh...hahaha.. dah mlm2 ni memang macam2 perangi pelik ada.. memang tabah!)
kadang2 diam itu lebih baik tapi kadang2 pencarahan itu perlu dalam suasana yg penuh debu ;p! kecamne??

Thursday, October 6, 2011

alhamdulillah

pagi khamis yang indah..

(^_^)


i got the word that sparkle my day today.. (^_^)
cara paling halus...
tanda cinta Yang Maha Agung...
kekal aku dalam senyuman...
 
lalu malu sendiri 
tunduk penuh syukur
terlalu banyak nikmat yang Kau beri
terlalu banyak rasa2 bahagia yang Kau anugerahi
aku masih begini
tanpa mahu menambahkan rasa syukurku..
Allah..
terus seburkanlah cintaku padaMU..
dan golongkan diriku dikalangan hamba-hambaMU 
yang sentiasa bersyukur walau dalam apa jua


p/s:.. alhamdulillah membina semangat bersama kasihnya Allah..
 
 

hikmah sebuah ukhwah

 Alhamdulillah selesai sudah bermeting bersama nisa’ shah alam, nisa kapar dan  watak utama semestinya nisa’ malaysia. bertemu sahabat2 baru adalah satu hadiah Allah buat diri ini. Berjumpa semula shbt2 lama adalah satu anugerah.. alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

Terima kasih yg tidak terhingga kepada tuan punya kereta... siapa lg kalau bukan kakak kesayangan.. kak syida@ kak ss... bersembang di dalam perjalanan mengundang bahagia.. 

sesungguhnya petemuan kita Allah yang aturkan dan pasti ada sesuatu yg Allah nak kami belajar drpd semua itu. Apapun perbincangan kecil-kecilan itu memberi pencerahan yang bermakna buat diri ini.. insyaAllah semoga Allah memberi kekuatan langkah untuk terus berada di medan juang yang dipilih...

Tatkala kaki melangkah untuk tujuan dakwah..
Hati sangat berat jiwa terasa sarat..
Saat langkah dipaksa
Hati mula menerima
Jiwa pelan-pelan menampakkan bahagia..
Alhamdulillah..

Syukur  Ya Allah kau masih memilih diri ini

Terima kasih shbt2 yang sentiasa mendoakan diri ini untuk terus istiqomah
Dan semoga Allah memilih diri ini di jalan ini hingga ke hujung usia
Ameen.




p/s: kak muna, kak asiah, fatyha, ifa, kak hanim, kak syira etc (shbt baru drpd nisa melaysia)... amal, ija, kak hairina, kak awen (shbt lama) dan tidak lupa kak syida... terima kasih ye.. love u all sis... semoga kalian mendapat ganjaran drpd Allah atas usaha yg kalian kerjakan.