Wednesday, December 28, 2011

Tiba-tiba...

teringat satu pengisian zaman dahulu kala yang sangat berguna untuk di perhatikan dan dihayati kembali untuk menaikkan semangat juang dalam diri yg kian hari kian menipis dan mungkin memahaminya akan mengurangkan minda untuk terus mencipta alasan demi alasan apabila berhadapat dalam satu delema.. 
tuntutan perjuang vs tuntutan2 lain... 
huhuhu

Jalan juang sudah pasti dilingkari dengan susah payah, mehnah dan penat lelah. 
Yang pasti setiap kesusahan yang ditelusuri akan disusuli dengan kesenangan.

Ini janji Tuhan Yang Maha Kuasa. Itupun kalau mengikut Sunnatullah dan Syaria'tullahlah kan.
p/s:..Macam-macam benda nak tulis dalam blog ini tp... huhuhu...mood sekarang kena beri tumpuan kepada akta2 yang melambak ni... sebab due date nak hantar dah dekat sngt2 dah ni... hohohoho...


Dalam doa terdapat bekalan.

Bismillah Walhamdulillah
wahhhh....lamanya tak update blog!!!
(HoHoHo....)
OK alhamdulillah semlm sempat berusrah bersama shbt2
Tajuk utama yg dibawa dalam usrah semlm: Dalam doa terdapat bekalan.
by:Mustafa Masyhur(Bekalan di sepanjang jalan Dakwah).

"Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!" Al-Mukmin ayat 60.

Berikut adalah doa Nabi-Nabi Allah as.

1.Doa Nabi Adam AS
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Al A’raaf :23)

2.Doa Nabi Nuh AS
رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ “
Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.” (Surah Hud :47)

3.Doa Nabi Hud AS
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ ”
Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.” (Surah Hud :56)

4.Doa nabi Ibrahim AS
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)

5.Doa Nabi Yusuf AS
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ”
Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )

6.Doa Nabi Ayub AS
أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ “
Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

7.Doa nabi Yunus AS
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ “
Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim(Surah Al-Anbiya’:87).

8.Doa Nabi Musa AS
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha : 25 -27 )

9.Doa nabi Sulaiman AS
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ “
Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )

10.Doa Nabi Zakaria AS
رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”. ( Surah Maryam : 4-6 )

11.Doa Nabi Isa AS
اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )

12.Doa Nabi Muhammad s.a.w
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
” Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.( Surah al-Baqarah : 286 )

"Berhati-hati tidak akan melepaskan kita daripada qadar Allah.
Dan doa itu berguna terhadap perkara yang telah turun atau belum turun.Sesungguhnya bala itu turun dan bertembung dengan doa dan akan bergeseran hingga hari kiamat".
p/s:.. kredit to Siti Sarah!!.. tq Sarah..! tidak lupa buat kak awin juga... tersentak terharu terpaku.. dan segala terlah! apepun... kalian memang terbaiklah!.. semaga kaki2 kita sentiasa dipandu Allah atas jalan dakwah yg kita pilih... dan semoga hati2 kita saling berpaut kerana Allah..;-))

Tuesday, December 13, 2011

kelas batal

(ok nak update blog sekejap...hahaha...)

harini agak huru hara... apa yg dalam fikiran tah
memang takleh blah
sampai opis kul 8 pg... 
(masih cemerlang... senyum)
sampai nak buka laptop... charge tertinggal... 
(ok tabah amik kunci kereta pecut balik rumah)
sampai balik kat opis... tercari kad penting nak kasi kat bos
.. walet tertinggal... wah ni dah lebih!!!... 
(so i need more than tabah!!)
pecut semula...
sampai jek opis semula tgh elok nak park kereta... sekali bos park betul2 kat sebelah
Allah... tlong laaa pengsan kami.. tlong laaa
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dengan langkah bismillah mohon agar tenang n damai n nyaman sekali gus dtng supaya segalanya baik...
melangkah...
kasi salam kat bos...
pertanyaan bos... sngt best
'baru datang ke??'
erk!!!!
'sy takdek ptng ni... esok awk kene pergi NRE kan.. jumpa sy khamis pg la ye'
'baikkkk'... sambil buat peace...
sempat lg bos komen beg kami sebelum berlalu pergi
'cantik beg!'...
huwaaaaaaaaaaaaaaaa... 
serius.. tak tipu punya terasa cam nak kejar balik bos.... nak buat pengakuan.. 
'sy dah dtng dah opis bos.. betul.. sy tak tipu.. percayalah...'
huhuhuhuhu
harapan je la... nak cakap camtu...
maka tunggulah khamis ini...
pergh!!!...serammm oooo

punya rushing sebab nak p kelas
sampai2 depan pintu kelas...
'kelas hari ini dibatalkan'
aishhhhh kenapa batal plak... tenagh semangat nak belajar niiii
(ok tipu!)
bile kelas batal agak la bahagia sikit
(astagfirullah)
sebab bnyk kerja tak satel......
hohohoho aci lak update blog ek
takpe nak luah perasaan hahaha pehni leh menyambung kerja dgn tenang
(yeke??)
insyaAllah2.... 

ya Allah tuntuni langkahku..
setiap apa yg berlaku pasti segalanaya telah Kau aturkan
alhamdulillah rasa2 nikmat ini
ku syukuri
walaupun rasa yg agak padat!
ia tetap hadiah terindah di pg hari
(^_^)
terima kasih ya Allah kerana menceriakan hari ku!
hehehe

p/s:... ok jom2 buat kerja..

Saturday, December 10, 2011

Kem Explorasi Diri 2011


'Bukit Unggul'
(insyaAllah berjaya program niii... hehe tempat pun dah konfem2 unggul ;p)
Nisa' + Pewaris
semoga mampu membangunkan insan-insan kecil 
supaya suatu hari nanti mereka mampu menjadi seoarng yang kenal dan tahu
akan tanggungjwab mereka di muka bumi
salam juang shbt2...
insyaAllah akan menyusul bersama-sama kalian petang ini

adik2
selamat berprogam
bersama redup dan rimbun kasih Illahi 
memilih anda-anda ke program ini
selamat berjaya!!




p/s:... sambil2 tunggu ketibaan my SV sempat gi update blog.. hahaha.. kejap lg merah muka nak jwb soalan2 mereka yg pelbagai itu... huhuhu lelah!

nikmat terbesar..doa seorang ibu..


"Dan apabila MATA IBUmu sudah TERTUTUP, maka HILANGlah satu KEBERKATAN di sisi ALLAH, iaitu DOA SEORANG IBU.."

Allahhu Rabbi..
sudilah kiranya Kau panjangkanlah usia ibu dan bapaku..

kerana hanya doa meraka sahaja 
yang tidak akan putus untuk ku 
sehingga satu saat KAU amil mereka daripaku.. 
maka pada saat dan ketika itu
tiada lagi org yang sanggup 
untuk sentiasa mendoakanku 
sehingga aku KAU ambil

kasihani kedua org tua ku Ya Allah
meliharalah mereka
berikanlah kesihatan yang baik kepada mereka
agar mereka bisa terus menunjukkan rasa syukur
dengan melakukan ibadah kepadaMu

terima kasih Ya Allah kerana Kau pinjamkan aku kepada
Hj Abu Bakar
dan Hjh Siti Rahmah
sesungguhnya besar harapanku untuk terus menjadi
Qurratul A'yun buat kalian

p/s:..... terasa nak balik kg... jumpa mak n bapak... rindu... hahaha walaupun baru jek mak n bapak balik kg minggu lepas...;p... aduhai...

Thursday, December 8, 2011

Berbicara dengan Alam

Air itu mengalir
mengikut aturannya
tanpa pernah gagal
wahai jiwa yang sarat
tenanglah seperti tenangnya air
mengikut lentur fitrahnya ia sebagai air
dan fitrahnya kita
sebagai hamba kepadaPENCIPTA
kembalikan segala rasa-rasa yang sarat
kepada pemilik sekelian rasa.

Dalam melewati hari-hari di bumiMU
Terkadang hujung jalan
samarnya berkabus ..merintik..
sejuknya mencengkam
kerana pada.. terbuka sejalur cahaya
damai itu hikmah

Mengakui akan hakikat sabar itu payah
kerana sedar akan ganjarannya lumayan
sangat berusaha untuk terus bersabar
seperti sabarnya alam mentaati KHALIQnya
agar kuat terus dipelajari
seperti kuatnya angin menyapa penduduk bumi
membawa rasa-rasa segar dek panasnya mentari
dan pelan-pelan tabah itu datang
mendiami lubuk hati.

Pagi itu..
menyusuri jalan-jalan di medan ilmu perbukitan Bangi
hijau rimbun di tepi jalan
membuahkan rasa damai
sekali lagi
alam tidak pernah gagal mentarbiyah manusia
mungkin kerana zikirnya yang tidak henti

Wahai Pencipta sekalian alam
diriku terlalu takjub kepada dunia yang KAU cipta
Tertangkap hatiku  pada bulan dan bintang
pada langit dan daratan
pada laut dan gunung ganang
pada siang dan malam.

Sesungguhnya
diri ini menumpang teduh
di bumiMU Rabbi
bertemankan alam yang mengasyikkan
yakin itulah
cara paling halus untuk mendekatiMU
tanda cinta Yang Maha Agung
kekal aku dalam senyuman
semoga persinggahan ini tidak sia-sia




Monday, December 5, 2011

menasihati diri..

Allah.... 
baru berniat mahu berhijrah supaya tidak berfikiran negatif..
cepat benar Allah menguji hati dan perasaan ini...

tuhan... 
dalam setiap helaan nafasku..
terkadang aku gagal untuk terus mengingatiMu
namun Kau tidak pernah sekalipun lupa untuk terus bersama ku
tertunduk...
malu...
atas segala pemberianMu...

tuhan..
atas sedar diri ini seorang perempaun
yang Kau ciptakan
punya hati yang sering rapuh
maka kuatkanlah diriku untuk bangun
menempuh hari2 mendatang di bumiMU..

menyedari hakikat bahawa
Manusia dan perasaan ada hayatnya sendiri.
Perasaan boleh terus hidup kapada insan yang telah mati,
begitu juga manusia boleh terus hidup dengan perasaan yang telah mati.

memujuk hati dan menganggap perasaan dan hayat sebagai hadiah dari Allah. 
lantas mahu hargai setiap ketika.

sering kali berdoa, 
agar dikurniakan perasaan dan hayat yang mendekatkan kita kepada Allah. 
Itulah yang diimpi-impi, itulah yang dicari-cari.
Hayat itu intan, perasaan itu permata, 
tetapi Allah-lah segala-galanya. 
 

Wahai diri tetaplah kau menghamba.