Friday, November 1, 2013

Sahabat dan Jumaat


duduk-duduk memandang wajah-wajah kecintaan
moga terselit pahala yang melimpah

"anyone or anything that comes to your life, there must be a reason"

sahabat kecintaan saya
bila "Dia" yang
padanya Segala Kebaikan
mewujudkan engkau
menghantarkan engkau
mendekatkan engkau

apa lagi yang boleh duga
melainkan daripada engkau
akan dipelajari
kebaikan demi kebaikan?

pertama; luasnya rahmat Allah!
kedua; kita insan terpilih untuk terima kebaikan
ketiga; memaknakan setiap takdir, dan syukur!

"sometimes the smallest things take up the most room in your heart."
 -winnie the pooh

terima kasih atas kebaikan-kebaikan kalian selama ini. maaf atas kekurangan diri menjadi sahabat yang sederhana.. untuk Haslina dan Aziah moga Allah izin untuk duduk-duduk lagi saling tersenyum menguatkan sesama.. sungguh, sesiapa jua, yang masuk atau sekadar melintas 'circle' hidup saya; jujur, saya belajar! :)

"dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Rabb lain selain Dia. sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran." (al-kahfi: 14)

Allah dalam menumpuh hidup
terkadang kaki tersasar dalam langkah dan tingkah
pimpindah, didiklah.. dan jangan pernah sekalipun meninggalkan diri ini sendiri
Allah.. mohon dengan sangat berikan luang dan lazimkan diri ini dengan al-kahfiMu pada jumaatMu..

Thursday, October 31, 2013

random.. duduk-duduk bersama hujan

pada saat hujan menitik..
memandang langit dengan penuh sarat...

sometime you just have to smile.. pretend everything's okay, hold back the tears and just walk away..

Hang Tuah: saat aku menatap wajahmu seolah-olah aku melihat langit.. tenang dan mendamaikan

Puteri Gunung Ledang: andai aku kau anggap 'langit'mu maka aku adalah 'bumi' mu. ajarkan aku tentang kerendahanmu, dan tunjukkan aku sebagaimana bumi pernah mengajar langit mencintainya. aku mahu mencintai kau seperti itu..

dan bumi dengan tenang
menerima hujan seadanya...


Tuesday, October 22, 2013

terjumpa... menangis dan hujan..

memandang lelah pada bacaan yang berat lagi sarat.. hari ini sahaja sudah beberapa kali dan ketika curi-curi meninggalkan jejak diruang ini..

kelelahan atau keletihan mungkin pada paper-paper yang wajib disiapkan untuk disumbangkan pada satu cabang ilmu nanti...

untuk melegakan hati mencapai sebuah buku yang seolah-olah memanggil di sisi meja dan terjumpa ini 

"..maka pada satu hari ia ingin sekali menangis sambil berjalan tunduk sepanjang lorong itu. ia ingin pagi itu hujan turun rintik-rintik dan lorong sepi agar ia bisa berjalan sendiri saja sambil menangis dan tak ada orang bertanya kenapa.

ia tidak ingin menjerit-jerit berteriak mengamuk memecahkan cermin membakar tempat tidur. ia hanya ingin menangis lirih sambil berjalan sendiri dalam hujan rintik-rintik di lorong sepi pada suatu pagi.."


kebelakangan ini,
hujan dipetang hari...

mungkin buat menangis lirih,
sambil mengadu sendiri,
dalam hujan renyai-renyai
di rakaat-rakaat
pada suatu senja merangkak malam..


Allah...

pada satu helaan nafas
panjang dan dalam
Allah..

 
Allah
Izinkan aku.. 
Izinkan aku jadi perempuan sederhana. 
Yang mencintai akhirat. 
Kabulkanlah Ya Allah!

one step more..



k-pop???
eh??


kecelaruan..


kita dari dunia beda;
untuk menyatu; kau tak mau jadi aku
dan aku pun tak betah jadi kau

cuma; beri aku masa ngerti kau
dan nah, ruang untuk kita saling
mengubah dan terubah

sesungguhnya mencari keserasian itu bukan mudah!
moga2 dalam kita sama 
ada Allah dan rasul
menjadi wadah panduan untuk hari2 mendatang
ameen

Monday, October 7, 2013

merayap..dan terjumpa...

harini agak busy...
lelah dengan kerja-kerja yang menggunung
merayap kejap
then terjumpa ini

"for males, speech and language are not critical brain skills. they operate mainly in the left brain and have no specific location."
- why men don't listen and women can't read maps
alan & barbara pease, pg. 88

So kepada anda yang berkenaan jangan marah kalau saya susah nak ingat jalan dan gagap baca peta!
sekian!

hahaha...

Thursday, October 3, 2013

Tentang cinta dan 'berdua'

memandang langit dengan senyum
sedang awan  mendung kelabu..

lama sudah rasanya tidak menulis 'disini' sepertinya sibuk menulis penulisan-penulisan untuk dihantar sebagai proceeding mahupun journal (hohohoho.. yok yo o0o0o jek..). 

tiba-tiba nak tulis tentang ini... dalam bahan-bahan bacaan yang pernah di baca suatu ketika dulu saya terjumpa akan ini..

nah 

1. cinta.. 
untuk menerangkan cinta, saya paling suka quote ini;

"don't walk behind me; I may not lead. don't walk in front of me; I may not follow. just walk beside me and be my friend." 
- albert camus
kata-kata itu akhirnya membawa saya untuk berfikir bahawa cinta itu sama ada menghilangkan diri kita, atau menemukan siapa kita?
--

2. kesan cinta 
cinta selalu membuatkan kita terikut-ikut untuk cenderung mengikut segala kesukaan orang yang kita cintai. sepenuhnya melihat, mendengar dan mentaati, meski kadang-kadang bertentangan dengan kehendak, kesukaan, dan prinsip diri. kesannya, personaliti atau sifat diri yang sebenar (sebelum bercinta) akan tenggelam dan hilang. lebih-lebih lagi, perempuan. semulajadi, dan kebiasaannya, dia mudah ‘dibentuk’ oleh apa-apa yang dia cintai. (tajuk bukunya cinta penulisnya?? tak ingat siapa huhuhu )

jujur, saya pun. hmm.

3. sembang-sembang tentang cinta
suatu hari seorang adik menyatakan pendiriannya: "kalau boleh, saya nak bersuamikan orang yang hebat dalam agama. lagi-lagi fiqh. nanti senang saya nak rujuk dia". 

saya sengih membalas; "tapi, macam mana kalau dia bagi ilmu yang salah?" kemudian menyambung, "sebab itulah, kita kena belajar dan cari ilmu juga. bolehlah berbincang dan sama-sama mencari jawapan yang betul!" 

Secara peribadi, saya merasakan; "the goal in marriage is not to think alike, but to think together!" 
kesempurnaan ada pada keduanya, bukan salah seorang. ada masanya, salah seorang mungkin tersilap. macam kebiasaannya, kita berkawan-kawan. 




menulis, bercakap hasil dari pembacaan kelihatan sangat sempurna dan mudah namun hakikatnya tidak lah semudah angguk dan geleng, senyum dan berkerut tatkala bait-bait perkataan di baca helaian demi helaian.

masih, saya sendiri tidak tahu dan tidak pasti sesusah apa agaknya, untuk selalu merendahkan hati, membuang ego dan memberi ruang untuk saling mendengar, memahami dan memilih apa-apa yang terbaik untuk diri dan pasangan.

bukan memilih mengikut pandangan diri semata-mata, walaupun (mungkin), dia kurang arif, dan kurang tahu.  

dan tentu sekali setelah memilih bersama tadi, bersabar pula melatih diri mengikut kemampuan dan kapasiti diri, untuk sebetulnya 'berubah' mengikut telunjuk, parameter dan kemahuan agama, bukan semata-mata kemahuan diri sendiri. 

sebab secara peribadi, saya pun merasakan;
 "it's not about changing. it's about growing, -together" - ellen schreiber, love bites 

dan sangat ditakuti andai diri ini tergolang dalan golongan:- 
"but the poor kids today, either they're too selfish to take part in a real loving relationship, or they rush into marriage and then six months later, they get divorced. they don't know what they want in a partner. they don't know who they are themselves, so how can they know who they are marrying?"
(pg. 148, tuesdays with morrie)
walau apapun.. dalam hidup masa yang mendatang bila sudah 'berdua' apa yang saya mahukan adalah mengenal makna 'berdua' bukan sekadar suka dan gembira lebih kepada amanah dan tanggungjawab juga mahu setapak demi setapak ‘berubah’ untuk perubahan yang membawa lebih kebaikan kepada diri, orang yang dicintai dan yang paling lebih adalah agama.

"..just walk beside me and be my friend."
en kacak jom kawin!
 (hahaha bila dah sengal ini laaa jadiknye..)


ps: pandangan peribadi semata-mata. mungkin-lah ini antara 'values' yang saya sangat cari dan paling mahu ada dalam diri, hmm. ameen.

(saya rasa, saya tulis sangat mengarut la plak... huhuhu bila idea untuk paper tak sampai idea disini pulak yang mencurah! sila tabah!)

rintik hujan mula membasahi
dan bumi selamanya setia menanti..

Monday, September 2, 2013

Tentang semalam..

Dah lama tak baca novel... dalam kesibukan dengan aktiviti sabtu dan ahad sempat plak baca 1 novel ni.. agak menarik berlatarkan  sebuah universiti yang sangat dekat dihati suatu ketika dulu.. sekarang hati penuh di universiti yang lain namun tempat membesar..sedikit-sedikit menjadi dewasa itu tidak akan pernah dilupakan sampai bila-bila.

Novel tu banyak cerita pasal civil engineering.. pasal beam, column, slab... aduhai.. tiba-tiba rindu yang membuak-buak.. kejuteraan awam punya cerita yang sangat dalam buat saya..
lepas PMR... diam-diam isi borang masuk teknik... rezeki dapat plak masuk teknik Ipoh top 3 teknik di Malaysia at that time... mula-mula mak tak kasi pergi, tapi memandangkan anak perempuannya yang sorang ni degil sangat nak pergi juga... akhirnya dapat la jugak.

Pengalaman di sekolah teknik belajar kejuruteraan awam.. sangat teruja! teruja-teruja pun tido jugak dalam kelas.. adoiii... pengalaman duk asrama yang horer pantang ada masa terluang tido jek kerjanya... (mana pernah nak salahkan diri sendiri..selagi boleh salahkan orang lain dan sekeliling huhuhuhu...).. tapi serius memang bersungguh2 laa blajar subjek kejuruteraan awam niii... tapi since duk dalam kelas yg mejoritinya budak2 pandai.. terkapai2 jugak laa diri ini nak blajo dengan frequancy yang laju... akhirnya SPM dapat B jek tuk subjek 'kegemaran' niii... takpelah.. nak wat camne.. dah sehabis baik dah rasa buat..

Sekali lagi Allah bagi peluang untuk kenal dengan 'kejuruteraan awam'.. satu yang sangat menggembirakan apabila berpeluang menyambung pengajian dalam bidang kejuteraan awam di UiTM Pulau Pinang... mungkin sebab otak dah hadam lama subjek ni... senang jek laa dapat A untuk beberapa subjek (pergh.. ayat ala2 unsur bangga..Astagfirullah..) tapi yang takleh nak ubah sejak sekolah... tido dalam kelas!...adoiii stress.. Betul, tak pernah niat nak tido dalam kelas kan (adeke orang datang kelas niat nak tido kan? aspecially orang macam saya ni yang datang kelas dengan bersungguh-sungguh nak timba ilmu..ahakss =p..... puteri semut nii memang banyak dramanya.. sila tabah!).. tapi mesti terlelap jugak!... aduhaiii memang tabah je laaa.. alhamdulillah sepanjang diploma Allah izinkan untuk dapat Dekan 3 kali.. tapi yela Diploma nii boleh kata taklah susah sangat (dah lepas boleh laa cakap 'takla susah sangat' kan.. ce masa kejadian azab jugaklaa nak hadap menghabiskan dip niii...)

Jodoh dengan kejuteraan awam nii sangat la panjang (sweet kan.. bluekkk!).. berjumpa lagi masa sambung pengajian di peringkat digree.. kali ni agak mencabar.. bertarung dengan diri yang serius plak penyakit tido dalam kelasnya dan pensyarah-penyarah yang menduga kesabaran... tapi yang takleh blah tu.. menunggu kelas En Turahim untuk subjek Coastal engineering bukan main bedebo... siap peluh2 takut... tapi adoiii laaa boleh jugak terlelap dalam kelas tu... paling horer aci tido plak time2 exam!... tapi tu laa Allah nak tlong agaknya.. walaupun tido dalam kelas.. kalau pensyarah soal boleh jek jawab.. tapi jawab aci tabur nyek sebenarnye.. boleh plak betul tu.. agak lawak bila dikenangkan.. ada soklan yang sampai sekarang takleh dilupakan.. masatu kelas environment.. lecturer tu tanya...antara engineering and art what come first?... hohohoho orang baru bangun tidokan.. kene plak soklan nak kene memikir niii memang tabah je laaa... akhirnya terkeluarlaa jawapan.. 'saya rasa art come 1st sebab kalau melihat kepada penciptaan manusia, Allah ciptakan susuk tubuh nabi adam kemudian baru Allah tiupkan roh' hohohoho tahap confident yang sangat tinggi masa jawab padahal tah apa-apa tah laaa tapi nasib baik betul yang 'art come 1st' sabitkan cerita tu berlaku perbincangan panjang antara saya dan lecturer haha tak pasal-pasal adoii laaa...apapun adalah satu perjalanan dan pengalaman yang sangat indah penuh dengan suka duka bersama 'kejuteraan awam' 2 kali jugakla Dekan time digree hohoho..nak tak nak ia membuatkan saya sedikit menyumbang menjadi manusia yang kenal kepada Tuhan.

Bila fikir-fikir balik... sangat laa risau kalau dapat anak macam diri sendiri nii suka tido dalam kelas... orang sibuk study time study week boleh plak maraton tonton cerita korea takpun tido dengan sangat tenangnya..sampai kawan-kawan siap buat seruan jihat untuk study pun boleh selamba landing kepala atas bantal! tapi part paling best.. esok nak test atau exam malam tu comfem gelabah! gaya macam tak cukup mata dan otak nak pakai nak baca nota.. kehkehkeh...tapi boleh lagi selit-selit tengok cerita korea konon-konon nak reward diri.. tabah je laaaa...

Hari ini 'kejuteraan awam' menjadi satu kenangan yang bila dikenang mengundang senyum. ia punya tempat yang cukup istimewa dalam hati saya. ilmu yang saya timba bersama kejuteraan awam hampir 8 tahun itu punya cerita yang tersendiri. Bidang saya sekarang mungkin sudah terkeluar landasan namun dimensi pemikiran ala-ala engineer ni masih ada saya kekal kan hahaha

walau apapun ilmu yang ditimba pasti Allah tahu dan ada perancangan yang terbaik buat diri. kadang -kadang apa yang kita suka tapi Allah kata itu bukanlah yang terbaik untuk kita.. jadi skala redho yang tinggi perlu untuk meredakan kegelisahan hati yang melanda.

Allahmdulillah bersama 'cinta hati ' yang baru (governance alam sekitar) sangat saya hargai sebagai satu hadiah dari ALLAH untuk saya dalami agar mampu saya terokai beberapa ilmu yang tersembunyi.. semoga ada manfaat untuk saya dan orang sekeliling saya In Sha Allah.

tiba-tiba nak berkongsi... hehehe

Wednesday, August 28, 2013

Maaf Kawan..


Membaca email pemberian seorang kawan..
kawan yang sudah lama tidak bersua…
ingatan kepada beliau juga ingat-ingat lupa..
Isinya membuat diri terpaku
Sedikit keluhan keluar tanpa dipaksa..Sekali lagi perlu menempuh ‘drama’ begeni…
Sudah lama mungkin tidak dibelenggu dengan ‘drama’ seperti ini..
Tiada niat untuk melukakan hatinya
Maaf kawan..


Dalam hidup kadang-kadang diundang dengan perkara yang tidak disangka-sangka
Maaf kawan..

 saya telah membuat pilihan ...saya memilih untuk SETIA

Friday, August 23, 2013

menjadi 'Wanita' yang diimpi...

Bismillah

Alhamdulillah untuk kesekelian kalinya Allah memberi pinjam pada degup jantung untuk roh dan jasad diri hamba yang hina ini bersatu

pada pagi Jumaat yang penuh barokah... mata terpandang pada sebuah buku hasil karya Salim A. Fillah.. penulis indonesia itu sangat saya gemari.. tulisannya menyentuh hati..

Wanita tercantik bagi pria terbaik; 
mungkin bukan yang paling jelita; 
tapi yang jika dipandang memberi tenang, 
hingga surgapun terbayang.

Wanita terkuat bagi pria semangat, 
bukanlah dia yang merasa hebat; 
tapi yang menundukkan diri dengan ibadat, 
menempatkan diri dalam taat.

Wanita terdahsyat bagi pria penuh tekad, 
bukan yang pesonanya memukau banyak mata; 
tapi yang siap jadi madrasah cinta bagi anak-anaknya.

Wanita paling kukuh di kehidupan pria nan utuh, 
bukan yang tak pernah menangis; 
tapi senyumnya meneguhkan; airmatanya pengingat taqwa.

Wanita paling bermakna bagi pria bahagia; 
dia yang kala berpisah menenangkan, 
kala berjumpa menggelorakan, 
tiap masa saling menguatkan.

Wanita terkaya di hati pria jatmika, 
bukan yang bertumpuk harta; 
tapi yang ridha pada halal semata; q
ana'ahnya jadi simpanan tak fana.


.Salim A Fillah.

Selamat pasca Aidilfitri, selamat langsaikan hutang buat wanita-wanita dabakan syurga juga selamat menyempurnakan puasa enam, selamat mendoakan kemenangan.

Wednesday, August 14, 2013

Lebaran dan kompang...=)

Salam Lebaran...

sederhana tetapi meriah.. Alhamdulillah..
untuk kesekian kalinya diberi kesempatan untuk memaknakan Syawal tanda kemenangan.. semoga kemenangan ini kemenangan yang sebenar seperti mana kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah setelah berjihat di medan Ramadhan... semoga...

untuk kesekian kalinya juga.. diri yang sangat kerdil ini menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang hidup. kebaikan-kebaikan kalian juga diucapkan ribuan terima kasih..

macam biasa... time2 raya ni ramai sahabat2 yang telah menamatkan zaman bujang dan bakal menamatkan tidak lama lagi...

untuk:
 Lina.. Farhain..Nabila...Nadia..Aisyah.. Ainul.. Syira..
dan sahabat-sahabat lain.. 


semoga berkekalan hingga kesyurga.. selamat membina keluarga yang sakinah mawaddah warahmah =)..

Thursday, July 11, 2013

Sederhana..

Cuaca sederhana..
pada 2 Ramadhan
indah..

menikmati alunan ini juga dengan sederhana...


Wednesday, July 10, 2013

Madrasah Ramadhan

Pada sebuah senyum yang terukir
tanda syukur juga gembira
akan datangnya bulan penuh berkah
di nanti dengan penuh debaran
bersama harapan dan cita
mahu menjadi sebaik-baik hamba..

namun jangan dilupa
pada saat kegembiraan menyambut Ramadhan yang tiba di sebuah negara yang Alhamdulillah berlagu tenang lagi damai malah mewah... 
pada saat dan ketika ini saudara-saudara kita 
sedang menyambutnya dengan penuh tabah lagi sabar

Ada yang sedang mendiami Ramadhan di celahan runtuhan 'kota'. 
Ada yang mendiami Ramadhan dengan baju yang comot, tampal di sini sana. 
Ada yang mendiami Ramadhan sedang kelu di sebelah barisan keluarganya 
yang terbujur kaku. 
Allahu Allah..

selamat mendiami Ramadhan 
tidak lupa selamat memperbaiki diri
dan mempertingkatkan doa buat diri juga saudara-saudara kita seluruhnya.

Ramadhan kareem...
(^_^)





Wednesday, July 3, 2013

Singgah...

habuk bertaburan...
sawang bertebaran..

pada satu saat kenikmatan menulis hilang..
adalah saat yang menjengkelkan..

pada saat rasa cinta untuk menulis kembali...
adalah saat yang membahagiakan..

jerebu yang menjangkiti udara..
rupanya lama sudah menjangkiti blog ini..

semoga jerebu yang semakin hilang
dan udara yang semakin segar
dipenghujung sya'ban ini...
memberi impak kepada blog ini..
agar kembali hidup bersama Ramadhan yang bakal tiba..

In Sha Allah...


insyaAllah akan kembali berkongsi... (^_^)..
dengan izinNya..
In Sha Allah..

Friday, March 29, 2013

Pra Perjalanan Ibadah

Bismillah... 

29/3/2013 Jumaat 
Genap lagi seminggu akan memulakan perjalanan ibadah ke bumi penuh barokah in sha Allah. Penerbangan Kuwait Airline akan membawa kami (mak, abg, kak na n adik kak na, kakyah n keluarga) kepada tujuan,
 in sha Allah akan berangkat pada jam 3.30 pagi 6 April 2013... 
semoga Allah izin...

Perasaan bercampur baur..
31/3-4/4 akan berada di langkawi...
5/4 malam dah kene ada di KLIA untuk memulakan perjalanan yang penuh debaran...

Ya Allah..
dalam hamba Mu ini sedang mengatur jadual dalam hidup..
Kau juga punya aturan untuk diri ini...
tiada apa yang kupinta saat ini wahai Allah tuhan ku..
selamatkan dan mudahkan kami untuk menjejakkan kaki di bumi barokah mu..
jadikanlah kami tetamu Mu..
izinkanlah kami bersolat di Majid Nabawi..
izinkanlah kami duduk-duduk di Rawdah taman syurga Mu..
izinkanlah kami menemui Rasul KecintaanMu juga kami..
izinkahlah kami mencium hajarul Aswad Mu..
izinkanlah kami menadah tangan berdoa di Hijir Ismail..
sempurnakanlah ibadah umrah kami..
sempurnakanlah..
sempurnakanlah..
sempurnakanlah..




kepada semua sahabat-sahabat sayang yang singgah di blog saya.. mohon maaf atas salah dan silap.. doakan perjalan ibadah saya, keluarga dan kawan-kawan dipermudahkan dan diterima Allah...insyaAllah jika Allah izin saya akan berkongsi cerita tentang perjalanan ibadah saya nanti.. semoga bersua lagi in sha Allah 
pada 19 April 2013 (*_^)/

Thursday, March 21, 2013

Random..


Ada beberapa hal yang sangat nak tapi tak dapat
walaupun tak tahu lagi dapat ke tak..
tapi kemungkinan tak dapat tu lagi tinggi
jadi?
Wahai hati... 
sila kuat!!

Ya Allah.. 
saat Kau tidak izinkan apa yang Aku minta.. 
Aku pasti dengan apa yang telah Kau aturkan 
dan pasti adalah yang terbaik 
walau pada ketika dan saat ini 
hati ini berat untuk menerima...

Tuesday, March 19, 2013

Muhammad Nabina...


hati kerinduan..
menunggu hari..
mahu bertemu.Mu..Wahai Rasul Kecintaan...

Wahai Allah izinkanlah..

Wednesday, March 13, 2013

tentang cita..

pada angin yang menyapa lembut..
ingin ku kabarkan..
tentang sebuah cita..
mahu menghirup udara dan hawa yang sama
dengan kekasih agung suatu ketika dahulu
Rasulullah s.a.w.....
 

Menghitung hari..
izinkanlah Ya Allah.. kaki ku.. sampai bersama seluruh jasad dan jiwa ku.. 
ke situ..


..

Tuesday, March 5, 2013

MeLonTar rAsa..

 
 
 Kerinduan adalah suatu nikmat yang terkepung di dalam dada.
 
Orang yang merindu takkan dapat hilangkan rindu dia dengan meluahkan
 'aku rindu kamu'.
 
  Walaupun rindu Ini menyeksakan, 
tapi ia suatu nikmat sebab ia tanda sebuah cinta. 
 
 
 Banyak kerinduan akan memberatkan dada, tapi tuannya tetap senyum dengan rindu itu. 
 
 
 

Friday, March 1, 2013

Allah is near....


Dalam menapak menempuh hidup
terkadanga tertanya-tanya
akan apa yang telah Allah kurniakan..
adakalanya membuah gembira
adakalanya menyemai duka
tiba-tiba iman berdetik..
'Allah lebih tahu akan sesuatu yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya'

setiap sesuatu yang dilalui sama ada suka ataupun tidak
Allah itu dekat dan terlalu dekat
Allah.. jadikan aku hambaMu yang selamanya menadah tangan
berdoa kepada Mu untuk setiap apapun keperluan mahupun impian
kerana tahu Kau maha mendengar

Ya Allah
jadikan permulaan hariku kebaikan
pertengahannya kejayaan
dan penghujungnya keredroaan dariMu..
ameen

 



Friday, February 22, 2013

Sembang petang..


Pada Tuhan..
mereka berjanji
berpimpin tangan
menuju syurga..

sembang petang bersama seorang sahabat (walaupun kat ym.. kire sembang gaklaa hahaha).. banyak juga update cerita-cerita sahabat lama.. terbaru cikKinah kite..dan selamat bertukat status.. Tahniah.. selamat membina keluarga yang sakinah mawaddan wa rahmah =)..

'weii best giler kinah dapat jalan bawah pedang dengan gaun putih cantik!"
'Ahamdulillah rezeki dia'
'ko tak teruja ke??'
'biasa jek..'
"ke ko jeles?"
'hahaha takdeklah memang rezeki dia nak jeles apa..'


Kawin bawah pedang? itulahYang selalu diidam-idam boleh sesetangah orang.

Bagi saya, kawinlah macam mana pun. Selagi kita tahu, perkahwinan itu bukan sahaja untuk menjadikan kita bahagia, tapi menjadikan kita mulia.

Bukankah mulia dalam beragama itu lebih bahagia sifatnya?

(^_^)/ pesss yoo!

semoga janji itu
diizin Tuhan..
dan menjadi tiang
membina bahagia..

Hadiah Usia dari Illahi..

Melihat tenang
pada bunga yang tumbuh melata
unggu-kuning-putih yang melatari reruput
sekali lagi..
mata terpaku..
pada indah ciptaan Ilahi
membuah damai dan tenang di hati..



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. 
dengan izinNya.. kaki melangkah pada usia yang baru sahaja bertukar nombor.. 
yang pasti meningkat dan tidak akan pernah berkurang.. 
PadaMu Ya Allah.. 
pada usia yang Kau pinjamkan.. 
sudilah kiranya diri yang kerdil dan penuh dosa ini 
tidak lepas dari pandanganMu.. 
tidak tercicir daripada teguranMu..
tidak tersasar daripada landasanMu..

Hidupkan diri ku ini sebagai sebaik-baik hambaMu Ya Allah
dan matikanlah diri ku ini dengan kematian sebagaimana hamba-hamba yang Kau redhai..
ameen..


kepada keluarga dan sahabat-sahabat sayang yang telah mendoakan.. terima kasih.. dan mohon agar tidak pernah lelah untuk terus mendoakan diri ini.. mungkin juga apa yang telah dikecapi dan bahagia yang silih berganti adalah datang daripada doa-doa kalian yang Allah perkenankan.. terima kasih...

 (walaupun hanya display bersama e-card penuh ceria..  sangat menghargainya.. terima kasih..)


(terima kasih pada insan-insan kesayangan saya yang menghadiahkan ini untuk saya.. namun ada hadiah yang baling indah disebalik ini iaitu UKHWAH.. syukur ya Allah.. izinkan kami terus mencintaiMu bersama selamanya..)

untuk Kema.. 
terima kasih juga atas ingatan bersama sebatang pen comel dan coklet! sangat suka..=)


pada nikmat sebuah usia
moga tidak akan tersia lagi..
dek dosa yang menggunung
hari-hari yang terdahulu..
pada hari-hari yang mendatang
sudilah kiranya
langkahku Kau pimpin..
selamanya..

Wednesday, February 13, 2013

Pada.. secawan kopi masin itu ada sesuatu..

Bismillah...

Saat jari semari ini bermain dengan perkataan yang dicernakan oleh otak... 
Allahdulillah Allah masih memberi kesempatan akan segenap tubuh hina ini untuk terus menulis...
Alhamdulillah dengan izinNya urusan dimudahkan
semoga Allah mudahkan jalan-jalan seterusnya
jasa-jasa kalian akan dikenang hingga hujung nyawa
kunjungan kalian sangat dihargai dengan ucapan jutaan terima kasih
semoga Allah izinkan bersua lagi untuk lebih hakiki

Dan..

pada sebuah 'hadiah' yang datang dengan tiba-tiba
menyentap segenap rasa
ternyata paling indah...
yang pasti asal usulnya daripada Allah
MasyaAllah TabarakaAllah..
terima kasih.. 
terima kasih..
terima kasih..
terima kasih atas penghargaan ini..
terima kasih kerana sudi berkongsi

saat mata menatap.. 
membaca bait-bait perkataan.. 
terpaku.. 
terkesima.. 
Allah hu Rabbi.. 
senyum terukir di bibir..
 (tgk entry kat sebelah since 2011....makk aiii)

setiap coretan dibaca penuh makna.. 
sekejap ketawa.. 
sekejap terkedip2.. 
sekejap rasa panas kat mata 
menahan air mata nak keluar haha.. 
dek terharu yang sangat..
 adoiii.. 
sekejap rasa cam... alahai..... 
pejam, celik, pejam, celik,
kusyuk sangat membaca
rupanya tiba di entry yang terakhir 
(yang terakhir tu maksudnya yg mula2 kikiki)

akhirnya perkataan ini yang terkeluar "sweet nye laa haiii" 
(tak boleh sebut selalu takut pakai baju senget sebelah plak kang hehe)
..haha..

ya Allah, didiklah hati kami untuk sentiasa mengenal-Mu,
sampai jatuh, lagi dan lagi, mencintai-Mu... demi mencapai redhoMu..

ameen.
 
 
 
dalam satu hal yang membuatkan diri di awang-awangan dengan tiba-tiba... 
tak sangka kopi pun boleh masih... kahkahkah..apakah?? 
apabila aku hilang kosa kata ... lalu.. garam ku sangka gula alahaii... 
sekali hirup.. Allah masinnya...
memang angau dah niii! 
hei otak sila berfungsi..hei hati jangan main2 boleh tak..kuat no berangan nye pun..
kahkahkah 
boleh tahan jugak penangan 'Demi sebuah keredhaan hakiki' ni..  
seolah-oleh 'lafas yang tersimpan' lalu dihadiahkan sebelum waktunya.. 
dengan penuh harapan untuk lebih menghargai..insyaAllah
 
terima kasih Ya Allah menggerakkan hatinya dan 
memberi ku ruang untuk mengenalinya dari sudut sisi yang berbeza
 
=_=' wei..wei.. dah..dah.. gi tido!
=p