Friday, February 22, 2013

Hadiah Usia dari Illahi..

Melihat tenang
pada bunga yang tumbuh melata
unggu-kuning-putih yang melatari reruput
sekali lagi..
mata terpaku..
pada indah ciptaan Ilahi
membuah damai dan tenang di hati..



Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. 
dengan izinNya.. kaki melangkah pada usia yang baru sahaja bertukar nombor.. 
yang pasti meningkat dan tidak akan pernah berkurang.. 
PadaMu Ya Allah.. 
pada usia yang Kau pinjamkan.. 
sudilah kiranya diri yang kerdil dan penuh dosa ini 
tidak lepas dari pandanganMu.. 
tidak tercicir daripada teguranMu..
tidak tersasar daripada landasanMu..

Hidupkan diri ku ini sebagai sebaik-baik hambaMu Ya Allah
dan matikanlah diri ku ini dengan kematian sebagaimana hamba-hamba yang Kau redhai..
ameen..


kepada keluarga dan sahabat-sahabat sayang yang telah mendoakan.. terima kasih.. dan mohon agar tidak pernah lelah untuk terus mendoakan diri ini.. mungkin juga apa yang telah dikecapi dan bahagia yang silih berganti adalah datang daripada doa-doa kalian yang Allah perkenankan.. terima kasih...

 (walaupun hanya display bersama e-card penuh ceria..  sangat menghargainya.. terima kasih..)


(terima kasih pada insan-insan kesayangan saya yang menghadiahkan ini untuk saya.. namun ada hadiah yang baling indah disebalik ini iaitu UKHWAH.. syukur ya Allah.. izinkan kami terus mencintaiMu bersama selamanya..)

untuk Kema.. 
terima kasih juga atas ingatan bersama sebatang pen comel dan coklet! sangat suka..=)


pada nikmat sebuah usia
moga tidak akan tersia lagi..
dek dosa yang menggunung
hari-hari yang terdahulu..
pada hari-hari yang mendatang
sudilah kiranya
langkahku Kau pimpin..
selamanya..

No comments:

Post a Comment