Friday, March 29, 2013

Pra Perjalanan Ibadah

Bismillah... 

29/3/2013 Jumaat 
Genap lagi seminggu akan memulakan perjalanan ibadah ke bumi penuh barokah in sha Allah. Penerbangan Kuwait Airline akan membawa kami (mak, abg, kak na n adik kak na, kakyah n keluarga) kepada tujuan,
 in sha Allah akan berangkat pada jam 3.30 pagi 6 April 2013... 
semoga Allah izin...

Perasaan bercampur baur..
31/3-4/4 akan berada di langkawi...
5/4 malam dah kene ada di KLIA untuk memulakan perjalanan yang penuh debaran...

Ya Allah..
dalam hamba Mu ini sedang mengatur jadual dalam hidup..
Kau juga punya aturan untuk diri ini...
tiada apa yang kupinta saat ini wahai Allah tuhan ku..
selamatkan dan mudahkan kami untuk menjejakkan kaki di bumi barokah mu..
jadikanlah kami tetamu Mu..
izinkanlah kami bersolat di Majid Nabawi..
izinkanlah kami duduk-duduk di Rawdah taman syurga Mu..
izinkanlah kami menemui Rasul KecintaanMu juga kami..
izinkahlah kami mencium hajarul Aswad Mu..
izinkanlah kami menadah tangan berdoa di Hijir Ismail..
sempurnakanlah ibadah umrah kami..
sempurnakanlah..
sempurnakanlah..
sempurnakanlah..




kepada semua sahabat-sahabat sayang yang singgah di blog saya.. mohon maaf atas salah dan silap.. doakan perjalan ibadah saya, keluarga dan kawan-kawan dipermudahkan dan diterima Allah...insyaAllah jika Allah izin saya akan berkongsi cerita tentang perjalanan ibadah saya nanti.. semoga bersua lagi in sha Allah 
pada 19 April 2013 (*_^)/

Thursday, March 21, 2013

Random..


Ada beberapa hal yang sangat nak tapi tak dapat
walaupun tak tahu lagi dapat ke tak..
tapi kemungkinan tak dapat tu lagi tinggi
jadi?
Wahai hati... 
sila kuat!!

Ya Allah.. 
saat Kau tidak izinkan apa yang Aku minta.. 
Aku pasti dengan apa yang telah Kau aturkan 
dan pasti adalah yang terbaik 
walau pada ketika dan saat ini 
hati ini berat untuk menerima...

Tuesday, March 19, 2013

Muhammad Nabina...


hati kerinduan..
menunggu hari..
mahu bertemu.Mu..Wahai Rasul Kecintaan...

Wahai Allah izinkanlah..

Wednesday, March 13, 2013

tentang cita..

pada angin yang menyapa lembut..
ingin ku kabarkan..
tentang sebuah cita..
mahu menghirup udara dan hawa yang sama
dengan kekasih agung suatu ketika dahulu
Rasulullah s.a.w.....
 

Menghitung hari..
izinkanlah Ya Allah.. kaki ku.. sampai bersama seluruh jasad dan jiwa ku.. 
ke situ..


..

Tuesday, March 5, 2013

MeLonTar rAsa..

 
 
 Kerinduan adalah suatu nikmat yang terkepung di dalam dada.
 
Orang yang merindu takkan dapat hilangkan rindu dia dengan meluahkan
 'aku rindu kamu'.
 
  Walaupun rindu Ini menyeksakan, 
tapi ia suatu nikmat sebab ia tanda sebuah cinta. 
 
 
 Banyak kerinduan akan memberatkan dada, tapi tuannya tetap senyum dengan rindu itu. 
 
 
 

Friday, March 1, 2013

Allah is near....


Dalam menapak menempuh hidup
terkadanga tertanya-tanya
akan apa yang telah Allah kurniakan..
adakalanya membuah gembira
adakalanya menyemai duka
tiba-tiba iman berdetik..
'Allah lebih tahu akan sesuatu yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya'

setiap sesuatu yang dilalui sama ada suka ataupun tidak
Allah itu dekat dan terlalu dekat
Allah.. jadikan aku hambaMu yang selamanya menadah tangan
berdoa kepada Mu untuk setiap apapun keperluan mahupun impian
kerana tahu Kau maha mendengar

Ya Allah
jadikan permulaan hariku kebaikan
pertengahannya kejayaan
dan penghujungnya keredroaan dariMu..
ameen