Thursday, December 13, 2012

^_^ gadiss

duduk-duduk kepenatan
dek rajuk si laptop..
membuatkan diri lelah melayan..
 
 
Dunia harini sangat mencabar diri
tanpa IMAN, tanpa TAQWA, tanpa ILMU, tanpa MALU...
boleh membuatkan diri ini jatuh berkali-kali
 
lalu... 
keluahan ini menyesak dada
 
"sukarnya jadi gadis-abad-ke-21..."
 

 
^_^ gadiss ok! 
 
 
 
*muhasabah, refleks diri sendiri*
 
Allahhu Allah, mohon perlindungan. ameen.

 

Wednesday, December 5, 2012

Menunggu..

Aku menunggu.. 
Kamu juga menunggu. 
Meski terkadang tidak seinci pun mengheret kita untuk bertemu di titik rindu. 
sesunggunya tidak ada yang paling indah dan syahdu dari dua jiwa yang saling menunggu..
Yang tak saling bersua, tapi diam-diam mengucap nama dalam doa..

Monday, December 3, 2012

Adakala..

Adakala kita perlu menyepi
untuk mencari kembali kekuatan diri
Adakala kita perlu menyepi
untuk mencari ketenangan hati
Adakala kita perlu menyepi
untuk kebaikan diri sendiri


Wednesday, November 14, 2012

Pulang bersama harapan dan semangat..

Petang itu kusangka.., 
dalam pandanganku hanya ada laut
yang perlahan-lahan surut di hadapan 
Namun tidak pula aku sangka 
pandangan ku hanya pada dinding putih
kosong!..


 Petang akhir dari beberapa hari yang seakan-akan sekejap tetapi panjang dan punya makna yang tersendiri .. semoga ada ilmu yang di bawa pulang buat bekalan.. 
semoga ada semangat yang di jinjing bersama langkah kaki meninggalkan bumi helang penuh sejarah 
untuk bekalan menuju jaya.. 

Engkau mahu melihat pasir  yang masih putih.
Tapak bangau masih segar...
Camar yang berterbangan.
Angin masin bertiup menghembus damai.

Engkau mahu mengambil ranting kayu, menconteng-conteng kata-kata di atas pasir.


Engkau mahu menghela puas-puas udara masin bergaul lumpur itu.


Engkau mahu merenung horizon laut, memerhatikan kapal-kapal yang kelihatan kecil nun di hujung.


Engkau mahu duduk, termenung dan tersenyum.


 
TETAPI ALLAH KATA...

Engkau perlu duduk di tepi hutan
tanpa coverage telepon..
dalam sebuah kotak..
mendengar dan memerhati
dan perlu kepada penghayatan kepada ilmu-ilmu yang dikongsi..

Alhamdulillah!

sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik buat diri 
(^_^)

Menjejakkan kaki semula
ke perbukitan Bangi
bersama harapan dan semangat
InsyaAllah..

Wednesday, November 7, 2012

Hiburan petang...=)


duduk-duduk
sambil menghibur hati




kedua-dua ini alunan kesukaan saya..
jika diperhatikan ada persamaan.. =)

Sunday, November 4, 2012

Diam seribu bahasa


Aduhaii... 
bila dia membisu seribu bahasa 
tanpa bunyi-bunyian...
penat ku tunggu2.. 
tidak juga bertamu... 
dia terus diam bergitu.. 
statik!!
sering di usik namun tiada balas.. 
terus gelap...

mode: stress la plak dah la takdek kredit.. pengsan plak drpd jam 12 mlm tadi...adoiiii tabah2

Mahu ke Bulan...


tet:Kamu mahu ke mana?
tot:bulan

tet: berjalan kaki?

*geleng  kepala*

tet: jet pejuang?

tot: juga bukan. pakai angan-angan. dan awan. tu... (sambil menuding ke segumpal awan biru)
     awan sudah tunggu. aku pergi dulu!"

***lamanya tak tgk bulan... mlm2 hujan.. bulan terlindung.. tapi Allah ganti dengan titisan rahmat yang pastinya indah saat jatuh ke bumi...

p/s:... habis seperenggan menulis... singgah ke sini.. adoiii...asyik singgah jek nampaknya...=p 

kEmAlAsAn YaNG aMaT...


KeNaPa SaYa SUka TengoK CeRiTa SaLadin????
-
-
-
-
-
-
-
-
sEbAB... Alih Suara UNtUk SaladIn Tu Fahrin!
BolEh Ke????
Erk!
-
-
-
-
-
ArgHHHH
MalAsNyA.. nAK StarT WrItTing!!!!!!!!!!!!!
aDOilaaa

Tuesday, October 30, 2012

Mendongak ke langit.. melantun rasa



Memandang gelap malam
Membuai rasa nan kasayuan...


Kadang-kadang kita rasa masanya sudah hampir...
Rupanya Allah kata..
ya makin hampir tapi bukan masa yang terdekat ini..
Senyum terukir dengan harapan terubat segalanya...

Maka diri perlu dipesan...
Adakah layak untuk meminta-minta salji
Selepas hujan yang telah dihadiahkan oleh awan?
Sebagaimana meminta pelangi
Selepas rona jingga fajar menyingsing berkilauan?

Wahai diri...
Percayalah yang terlihat tak semestinya dekat
dan yang terlindung tak semestinya jauh...
apa yang jelas
pergantungan kepada sebaik2 perancang itu yang utama


Wahai Allah..
Jadikan diri ini seorang yang bersyukur
Jadikan diri ini seorang yang sabar
Jadikan diri ini seorang yang tabah
Dan Ya Allah... pintaku...
Jadikan diri ini seorang yang tidak lelah untuk terus berdoa
Kerana yakin akan janjimu...
bahawa Kau maha mendengar setiap rintihan hamba-hambaMu
dalam apa jua keadaan.
 
"Berhati-hati tidak akan melepaskan kita daripada qadar Allah.
Dan doa itu berguna terhadap perkara yang telah turun atau belum turun.Sesungguhnya bala itu turun dan bertembung dengan doa dan akan bergeseran hingga hari kiamat"



Lalu terpandang sang bulan purnama
Seolah-olah memujuk diri
Tabahlah.. sabarlah..
Andai berjaya ganjaranya besar
Disisi tuhan ku dan tuhanmu
Kerana tuhan kita sama
=)

Monday, October 22, 2012

Hujung minggu yg padat =)

melambai ke arah air yang bergenang
dan dia membalas...
menjerit sesuatu yang tidak jelas 
pada pendengaran...
=)

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah...
sesungguhnya hujung minggu yang sangat bermakna... 
(sebab org lain berhujung minggu 2 hari jek.. tapi saya 3 hari kikikiki)...

hari Jumaat sepatutnya menghadiri Meeting di UMS UKK tapi rupanya ada percaturan lain yang lebih baik telah Allah aturkan untuk diri ini.... bertadabur alam bersama sahabat2 yang di kasihi fillah adalah nikmat hadiah daripada Allah yang tidak ternilai... bersama kak Ss, kak Dila dan Syi menelusuri air yang mengalir tenang di sungai congkak... sungguh memerhati ciptaan Allah yang Maha Indah itu mengusik jiwa... tunduk pada kerdilnya diri dek hebatnya memerhati ciptaan Allah di depan mata... lalu kekaguman yang sngt..=)..


(teruja main air... lama dah kot tak buat perangai cam niii kikiki)



 (tetiba dapat aiskrim.. hehe tq Syi.. belanja aiskrim.. sedap!)





 (menziarahi sahabat sayang.. kak awin yg comel lg ceria... tq coz hidangkan makanan2 petang yang lazat2..sampai piring nampak bunga laaa... hahahaha..)

hari Sabtu Allah menghadiahkan lagi diri ini dengan kelapangan dan peluang duduk2 di masjid Hasanah mendengar kuliah duha yang disampaikan oleh Ust Hasrizal Abu Jamil... alhamdulillah.. tajuk: 5 bahasa kasih sayang. sebenarnye kuliah pasal parenting.. takpelah dgr untuk bekalan di kemudian hari insyaAllah semoga Allah izin=) menjadi isteri dan ibu yang solehah dan mithsali (perghhh cita2 besar! perlu! hehehe)...
kuliah ini banyak membuka mata saya... ada 5 cara kasih sayang ditonjolkan...antaranya sentuhan, perkataan, hadiah, hidmat bakti...

jika isteri atau suami atau anak2 yang suka memengang tangan ibu atau pasanagan.. dia lebih suka di tonjolkan kasih sayang dengan SENTUHAN...

jika isteri atau suami atau anak2 suka meluahkan kata-kata sayang .. dia lebih suka ditonjolkan kasih sayang dengan PERKATAAN

jika isteri atau suami atau anak2 suka menjaga dan melarang sesiapa pun penyentuh pemberian org yg memberi..dia lebih suka ditonjolkan kasih sayang dengan HADIAH...

jika isteri atau suami atau anak2 suka meminta bantuan kepada pasangan atau ibu pada pada sesuatu perkara yang mudah .. dia lebih suka ditonjolkan kasih sayang dengan HIDMAT BAKTI...

(1 lagi apa ek... erk.. tetiba hilang ingatan hehehe.. maaf2... akan di update semula kalau ingt.. hehehe)

Sabtu yang padat selepas pulang ke masjid.. menyelesaikan beberapa urusan-urusan yang tertangguh sebelum melangkah meneruskan misi hari itu menziarahi kak Ss di rumah barunya... =) (baru untuk saya walaupun dah tak berapa baru sebab sy jek yg belum sampai.. haha) bertemankan Ain, Anim dan Nana perjalanan kami penuh ceria... Alhamdulillah tak sesat walaupun 1st time datang... kedatangan disambut penuh sabar oleh Kak Ss.. hehe. lepas solat berpeluang pula 'bersilat' di dapur Kak Ss... hasilnya:




(ini hasil tangan kami-kami semua =))

 (ini bahan bukti sampai di greenhouse ss =))

(bersama tuan rumah Kak Ss.. tq kak!)

Ahdamdulillah.. selepas solat maghrib berjemaah kami semua meneruskan misi menuju ke Masjid KLCC untuk menghadiri progrem cinta rasul. Memikirkan kesukaran jika membawa kereta jadi kami memilih untuk menggunakan LRT.. tapi lepas tu ada drama hahaha... pergi berlima.. yg naik hanya empat yang sorang lg tertinggal tak sempat nak masuk ... 

(si kaki-kaki yang berjaya masuk ke dalam LRT... =))
 (ALHAMDULILLAH akhirnya berjaya bersatu semula di station klcc =))
Duduk-duduk berselawat adalah satu nikmat hebat yang Allah kurniakan sekali lagi hadiah ini sangat meruntun jiwa...
 Katakanlah adakah seseorang yang lebih hebat darinya?
Yang ALLAH Tuhannya memberi padanya rahmat 
untuk diaagihkan pada semesta?
Yang jutaan Malaikat kepadanya tak berhenti bershelawat,
sehingga
Bulan terbelah dan pepohon sujud padanya?


Katakanlah adakah yang lebih indah darinya?
Alif hidungnya, nun alisnya, dan mim bibirnya
Jika Yusuf mendapat separuh ketampanan
Maka dia telah diberi ketampanan sempurna


Adakah yang lebih indah darinya?
Di tangannya ada berkah, dihatinya ada cinta
Di matanya ada telaga
Di dalamnya kita bisa berenang dalam sejuk kasihnya


Katakanlah siapa yang lebih baik darinya?
Kasihnya dirasa hingga bahkan oleh si kafir yang durhaka
Dermawannya tak pernah takut kefakiran mendera
Tawadhu, sabar, syukur, ikhlas, dan selalu berlapang dada
Senyuman dari bibirnya tak pernah sirna


Katakanlah adakah selainnya yang sempurna?
Dia mengingat ALLAH di setiap waktunya
Memberi syafaat hingga selamat umatnya dari siksa neraka
Berkorban bahkan dengan darah dan air mata


Wahai...
Yang kami inginkan darimu
Adalah bisa bersama denganmu
Ya RasuluLlah...
(saat melaungkan selawat ke atas Rasul kecintaan.. hati kesayuan.. semoga rindu ini sentiasa.. lalu mata bergenang air mata... seolah merasai apa yg terselit di hati.... Allah..) 

(saya bersama mereka2 ini semasa duduk2 di masjid KLCC bersama kak ss dan anim juga.. semoga duduk2 kita duduk yg perpahala...=))

 (ok bersedia untuk pulang...)

hahaha(tetiba gelak apakah???)... well ada drama rating tinggi masa balik drpd masjid.. kami sngt confident yg sngt yang LRT tu tutup pukul 12mlm.. lagipun malam minggu kan... tetiba sampai LRT dah tutup. masatu terdiam jap... camne nak balik niii??... Suami kak ss nak amik tp kereta kene blok plak dengan kereta sy.. haha tabah je laaa... nak naik taxi tp kami berlima.. jadi.. dengan usaha kak ss yang bersungguh2 akhirnya.. sebahagian drpd kami naik dengan kak Dila dan syuk.. sy dan kak ss naik dengan Kak Durah.. Alhamdulillah... masa tenguk mereka2 yg tersadai.. sayu betul hati.. rasa mcam nak ajak tumpang sekali tp apa kan daya...rasanya hampir separuh masjid kot naik LRT... dugaan yang mengundang sabar dan pasti atas kesabaran itu ada ganjaran terbaik di sisi Allah..semoga...

Drama tak berhenti di situ sahaja... drama di sambung berjalan hampir 30min lebih menjadi kereta... haha kak Durah lupa park kereta kat mana... kesian kak Durah..
Alhamdulillah akhirnya sampai di rumah kak syida hampir jam 1 pg dan meneruskan semula perjalan pulang ke Bangi...

sesungguhnya nikmat-nikmat Allah bertebaran buat diri ini.. semoga rasa syukur bertambah dan tidak akan berkurang..

as rivers flow in beauty
purifying the whole bank
tears roll in sensitivity
lightening the whole pain
=)

Tuesday, October 2, 2012

Catatan petang..


lama menggilang...
rindu mahu meninggalkan jejak..
di sini...


"Membilas hati dengan kenangan supaya dapat mudik ke dalam ketenangan, terkadang menjengkelkan. Ada kenangan yang berada pada tempat-tempat yang menyisakan garis bahagia masa lalu, namun, tidak kurang juga kenangan yang bergemuruh dengan pekik lirih.

Memekap kedua-duanya dalam hati, lalu cuba mengambil hikmah yang tidak rimbun tetapi tua dan tinggi, adalah perkara yang sering membuat hati saya terbatuk. Tidak mudah walaupun sudah didesak."

Baruddin Bekri, Hidup Penuh Cinta.

petang-petang diperbukitan Bangi..
merenung thesis...
sambil halwa telinga sedang kemas mendengar membincangkan isu semasa
otak mengikut rentak yang mana?

(^_^)

(ok en tet dah suruh balik.. =p)

ok jom balik!

angin sepoi-sepoi berbahasa..
melayang tenang membuai rasa..



Wednesday, September 12, 2012

.....=)

Ombak datang menyapa pantai...
sebagaimana ujian datang
 menyapa insan-insan di bumi Tuhan...

Perbukitan Bangi kebasahan..
dek titisan rahmat dari Ilahi
Alhamdulillah....

pulang dari permusafiran...
yang dibawa pulang











insyaAllah.. andai di izinkan Allah
pasti akan kembali ke tempat itu
memandang laut terbentang luas
menunggu mentari di celah garisan sana
membiarkan mentari terbenam dengan pandangan damai...
Indah!
Allah ciptaanMu membuai jiwaku
(^_^)

dan pepasir bertebaran
menjadi mainan anak2 kecil
senyum...=)

Tuesday, September 4, 2012

Kisah Saidina Ali dan Merdeka?


tiba masa..
laungan itu didegari..
bila tiba 31 Ogos..

Sedang memikir-mikir buku apa yg harus di baca tatkala minda tumpul 1000... terpandang sebuah buku..'Kisah para sahabat'... lama dah tak belek. Ada sesuatu yang menarik tentang pemimpin yang sangat bagus untuk diteladani kisah berkenaan dengan 'Saidina Ali dan baju besi'.

Tirmadhy dan Al Hakim meriwayatkan dari Sya'aby bahawa Ali bin Abi Thalib pernah satu ketika pergi ke pasar, beliau melihat seorang Nasrani menjual baju besi. Setelah dilihat oleh Ali, barang dagangan orang itu, Ali berkata kepada orang itu;

"Baju besi ini adalah milikku yang hilang dan aku akan tuntut kamu di hadapan hakim."

Waktu itu yang menjadi hakim adalah Syuraih. Ketika Ali dan orang Nasrani itu tiba di hadapan hakim maka Syuraih bangkit untuk mendudukkan Ali di tempat mahkamah sedangkan Syuraih duduk di tempat yang disediakan bagi orang yang akan diadili bersama orang Nasrani.

Dalam hal ini, Ali berkata, "Hai Syuraih, jika lawanku ini orang Islam maka aku mahu duduk sejajar dengannya, namun Rasulallah SAW pernah bersabda, 'Jangan kamu berjabat tangan dengan orang kafir, jangan kamu mendahului mereka dalam salam, jangan kamu kunjungi jika mereka sakit, jangan kamu doakan keselamatan mereka, sempitkan mereka dan pujuklah mereka seperti Allah memujuk mereka, kerana itu adillah antara aku dan dia dengan segera, hai Syuraih."

Syuraih bertanya kepada Ali, "Apakah perkaramu, hai Ali?"

Jawab Ali, "Ini adalah baju besiku yang sudah lama hilang daripadaku"

Tanya Syuraih kepada orang Nasrani itu, "Apakah benar yang dikatakan oleh Ali?"

Jawab orang Nasrani itu, "Saya bersaksi bahawa apa yang dikatakan itu tidak benar. "

Tanya Syuraih kepada Ali, "Apakah tuduhanmu itu ada buktinya?"

Jawab Ali, "Tidak ada."

Jawab Syuraih, "Kalau begitu aku tidak dapat membenarkan tuduhanmu."

Jawab Ali, "Benar kamu hai Syuraih atas keputusanmu yang adil ini."

Melihat kelakuan yang amat jujur itu, maka si Nasrani itu dengan takjub berkata, "Sungguh keputusan yang demikian itu adalah keputusan para Nabi dan para Rasul, kini aku bersaksi, baju besi ini adalah miliknya, tanpa diketahui olehnya dan kini aku bersaksi pula bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah."

Kata Ali, "Setelah kamu masuk Islam, maka aku hadiahkan baju besi itu kepadamu."

Dalam periwayatan lain katanya;

"Sungguh aku heran sekali terhadap peradilan ini, seorang khalifah juga dapat diseret ke pengadilan Muslimin kemudian dia juga dapat dikalahkan, wahai Amirul Mukminin, ambillah baju besi ini kerana baju besi itu adalah benar milikmu dan aku ambil sewaktu jatuh dari untamu. Sekarang saksikanlah bahawa aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah."

*****

Dalam pantun kami berbahasa;

Janji ditepati-janji demokrasi;
membacalah kita dengan waras
biarlah adil berhias berbudi;
tingkah dan kata biar kemas

Tanah Melayu tanah pusaka;
darah keringat orang lama
janganlah kita mudah sengketa;
banyak jahat dari baiknya

Merdeka negara dari penjajah;
merdeka jiwa dari dunia
marilah kita menggenggam amanah;
menjaga negara menjunjung agama

Tampuk khalifah dipikul berat;
bulan sabit di puncak gunung
peluk bahasa biar erat;
kelak kita bangsa nan agung
(pantun ini ihsan daripada seorang sahabat.. hehehehehe)

Salam kemerdekaan...semoga kita semua merdeka daripada segala dosa-dosa yang membelenggu.. 
semoga merdeka daripada jahiliah yang semakin bertapak.. 

Wahai Allah.. 
peliharalah bumi kecintaan kami... 
berikalah hidayah kepada segenap hati-hati yang mendiami bumiMu... 
jadikanlah Islam subur bersama kami di bumiMu ini...
ameen..

pada usia..
separuh jagung..
lekanya menggunung..
Allah...

Wednesday, August 29, 2012

Salam Lebaran...

apabila hati berbicara..
jiwa melontar kata..

Bismillah Walhamdulillah...

Salam Lebaran... 
lama meninggalkan 'ruangan' ini... 
bercuti.. memerhati.. menilai.. 
dinilai (agaknye la... hehe poyo jek..)...

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Nikmat-nikmat Allah yang bertebaran ini dirasa dengan penuh rasa syukur. Pastinya Ramadhan yang berlalu dan Syawal yang masih berbaki ini memberi seribu erti buat diri. Apa yang diharapkan ..saat Ramadhan meninggalkan diri ini .. moga-moga diri ini beroleh taqwa... dan saat Syawal datang bertandang takbir dilaungkan..  semoga takbir itu..takbir kemenangan tanda kasih Allah atas kesabaran diri bermujahadah selama sebulan.. dan semoga langkah diteruskan bersama ruh Ramadhan agar hari-hari yang dilalui terus dipandu Allah selamanya..InsyaAllah..


terima kasih atas kebaikan-kebaikan kalian
maaf atas sengala salah dan silap atas kelemahan diri ini..


Thursday, August 16, 2012

kosong..

terbuai...
dek indah hijau serimu...

kosong... sepi...
agaknya berbondong-bondong warga UKM ni dah bercuti harini

melewati jalan-jalan yang sunyi...
tersenyum sendiri
kenapa ya...
terleka sungguh memandang kiri dan kanan..
hijau...
nyaman..
damai..
tenang yang dalam..


sesungguhnya ciptaan Allah indah.. 
dan keindahan itu bertebaran, asal sahaja mata mahu memandang... 
lantas mulut memuji membesarkan yang Maha Besar ..
semoga sampai menjadi salah satu amalan soleh 
dalam derapan langkah mendekatiMu Rabbi..

sedang asyik terleka menjamu mata melihat indah2 ciptaan tuhan
hati berbisik;
' Bagi seorang pencinta, kehilangan hati barang sehari adalah suatu mimpi ngeri!'
tiba-tiba...
=p


Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan.. kemuncak yang bakal pergi..

kadang..
mahu mengajak..
jiwa berbicara..

Bismillah..Walhamdulillah..
terasa lama sungguh tidak menulis di 'sini'...
masa berlalu tanpa pernah berhenti telah membawa diri ini 
ke kemuncak bulan yang penuh keindahan dengan izinNYA..

Minggu terakhir Ramadhan.. mengundang sebak.. pastinya..
memandang kehidupan dari pandang sisi Ramadhan yang kian berundur... 
hari-hari yang dilalui..punya makna tersendiri.. 
yang pastinya Allah tahu itu yang terbaik buat diri..

betapa, hidup ini satu rahsia... memandang, mencungkil tanpa daya.
semoga, di mana sahaja, hati ini..diri ini.. batang tubuh ini ..sentiasa dalam keimanan.

dan malam minggu terakhir Ramadhan ini juga..
saya dapat sesuatu yang istimewa
terima kasih ^_^..
walau hanya berbentuk empat segi,,,
namun sngt bermakna bersama Choco Teddy..
semoga si pemberi terus menerus menjadi baik dan dikelilingi dengan kebaikan
ameen!



untuk satu tujuan
alirkan keinsafan..

Tuesday, July 31, 2012

Nikmat 'AMAN'

melangkah mencari redhoNya..
di bulan penuh berkat..

Alhamdulillah berkesempatan menunaikan solat tarawih berjemaah di masjid Teras Jernang.
sungguh panggilan Allah menggerakkan diri ini untuk sampai ke masjid itu.. ada sesuatu rupanya
menengar tazkirah ringkat yg padat dan menginsafkan daripada Syeh Walid Mustofa seorang hafizz daripada Palasten...Allah..Allah... dan beliau juga mengimamkan solat terawih.. teruja berimamkan insan hebat datang dari bumi penuh berkat...

point2 penting:

1. Bersyukurlah dapat beribadat dengan keadaan 'AMAN'...
(maka apa lagi alasan untuk diri bermalas2 beribadah sedang mereka di sana.. beribadah dengan sangat gigih walaupun bertemankan bom...Allah..Allah.. berikanlah kekuatan untuk diri ini terus beribadah kepadaMu..)

2. Isu masjid Al-Aqsa adalah masalah aqidah...tanggungjawab umat Islam seluruh dunia.. 'terima kasih atas sumbangan muslimin dan muslimat di Malaysia untuk rakyat Palestin.. percayalah sy menjadi saksi sumbangan-sumbangan itu di agihkan.. teruskanlah menyumbang untuk bekalan akhirat yg kekal'
(menitik airmata tatkala mendegar baik kata-kata beliau.. Allah.. insyaAllah dalam bulan yg penuh keberkatan ini pastinya sedang berlumba-lumba mencari bekalan untuk 'masa depan')

selesai tarawih.. doa yang dibaca walaupun jujurnya kurang difahami..namun sungguh2 menyentuh hati
Allah... airmata menitik.. satu demi satu... dan semoga air mata keinsafan ini menjadi benteng diri ini daripada azap nerakaMu yang pasti luar biasa...

usai tarawih melangkah pulang... bermuhasah dalam perjalanan.. Allah selamatkan ummat Islam seluruh dunia.. selamatkan juga ummat Islam di Malaysia.. walau nampak zahir nya tidak berperang dengan senjata.. namun hakikatnye sedang berperang dengan diri sendiri dalam mengejar redhoMu...

semoga langkah ini tidak berhenti
demi akhirat yang abadi...

Monday, July 30, 2012

Tadabbur alam itu ubat..

Bismillah ..
memandu kereta.. menyusuri perbukitan Bangi...
Isnin yang datang dalam Ramadhan yang hampir sampai ke fasa ke dua...
bersama hati yang sarat..
memandang hijau rimbun di kiri dan kanan
Allah... penuhi hatiku dengan zikir-zikir mengingatiMu
hambaMu yang serba serbinya kurang ini memohon agar Kau
hapuskan gundah dan keserabutan di hati..

wahai pokok..
mahukah kau aku bisikkan
senandung lagu memuji Allah...

wahai burung...
mahukah kau aku ceritakan
kebesan Allah yang maha luas...


sebelum aku sempat untuk membisikan dan menceritakan....
 mungkin ini balas mereka,
" Kami adalah makhluk yang sentiasa berzikir memuji asma Allah. Kamu pula?"

terpukul!!

Al-Israa [44] "Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun".

----------------

Allah izinkan hatiku juga jasadku sering diberi kesempatan untuk mentadabur alam. 
Kerana 'mereka' nanti yang akan menunjukkan aku, 
bagaimana menjadi makhluk Allah yang tidak lelah menyembah memuji Penciptanya...
walau dalam apa keadaan sekalipun...izinkanlah ya Allah...

Sunday, July 29, 2012

tentang...KITA 3

kali pertama bersua
menjalin silaturahim...

Alhamdulillah sesungguhnya aturan Allah memberi nikmat-nikmat indah bersama Ramadhan..
Allah..
tidak ada apa yang mampu terucap kecuali kalimah 'Alhamdulillah'
terima kasih atas kemesran dan kebaikan kalian..
terima kasih atas kesudian menerima diri ini dalam rumah penuh ceria dan indah itu...
terima kasih membuatkan diri ini gembira dalam kegugupan..dan segan pastinya..
terima kasih..
terima kasih..

berbuka sehingga bertarawih bersama.. 
buat kali pertamanya
hati kesayuan..
Allah izinkan diri ini bersama-sama dengan mereka lagi..
semoga akan datang lebih bermakna..lebih hakiki..
mendengar suara itu memuji dan berselawat keatas nabi..
terubat rindu... entah kenapa sebak..
Allah bukakanlah jalan2 kemudahan untuk kami jejaki sunnah nabimu
ringankanlah dan izinkanlah...

semoga bersua lagi..
dengan izin Allah
ameen.

tentang...KITA 2..

riuh suasana
berlagu ceria...

Alhamdulillah.. Allah..Allah..
sesungguhNya dengan izinNya betemuan bersama keluarga besar Nisa Serdang
dan sesungguhnya perancangan Allah belaka atas kejutan-kejutan pada petang nan indah itu.... 
mengundang sebak dengan keindagan ukhwah atas dasar agama
Allah..izinkanlah ukhwah kami ini selamanya begini.. 
anadai Kau ubah.. biarlah rasa kecintaan kami semakin dalam bukan semakin berkurang...

sesungguhnya.. 
tidak ada kata yang terbaik selaian ucapan terima kasih 
atas keikhlasan kalian meraikan insan ini yg tidak banyak membantu..
sering kelalaian.. sering tenggelam dalam dunianya sendiri...

terima kasih atas pemberian berharga...
insyaAllah semoga menjadi salah satu wacana terbaik 
untuk lebih menyelami hidup sebagai hamba kepada pencipta...
terima kasih atas kek yang sedap (^_^)... segan sebenarnye potong kek depan shbt2...
terima kasih atas kesungguhan kalian mejayakan iftar ini...

satu perkara lagi yang mengundang haru...
kedatangan si 'dia' yang tidak disangka2..
 Allah..Allah..Allah.. sesungguhnya betapa diri ini hina...jahil.. lalai.. 
namun Kau tidak pernah gagal untuk mendengar doa dan setiap rintihan diri yang hina inii... 
buktinya.. Kau menjawab doaku dengan hadir kan 'dia' tiba2 depan mata...
terlepas segala rindu yang terbuku...
untuk 'dia' semoga selamanya dalam jagaan Allah...
semoga menjadi isteri, anak, ibu, dan pejuang agamanya 
yang kekal menjadi sebaik-baik hamba kepada penciptan...
serius sy terharu jumpa awk!
pelukan terakhir mungkin ini pelukan yang terakhir sebelum awk bergelar Pn.. 
yang akhirnya mengundang sebak yang amat..
namun jauh di lubuk hati ..gembira akan perkabaran itu..
Semoga bahagia milik awk selamanyeJie comel..sayang awk kerana Allah
sayang warga nisa serdang juga selamanya...


(adik UIA, Aida. si 'DIA'.. puteri semut, kak ss)

Bersama redup rimpun Kasih Illahi
menghirup segar udara Ramadhan..
duduk-duduk tatkala mentari kian menghilang
di sebuah kotak penuh dan padat
indah!
ukhwah kita bertaut lagi...
kali ini penuh makna.. menuh ceria..
aduhaiii..andai bisa burung berkata-kata..
mahu disapanya dek iri melihat kita..
sungguh pertemuan kite aturan Illahi..pastinya!
Izinkanlah Ya Allah..
hati-hati kami bertaut keranaMU
selamanya... ameen

riuh itu tidak pernah hilang
tersimpul rapi dalam kenangan...


Tuesday, July 24, 2012

tentang KITA...

menyulam kenangan
bertemankan alam
saksi atas saksi 
atas sebuah pertemuan..


Pada bayu yang bertiup...lembut..
pada dedaun yang berguguran....indah..
pada tasek yang bergenang....tenang...

wahai alam yang indah cintaan Yang Maha Indah
telah menjadi saksi pertemuan KITA
KITA=SAYA+KALIAN



 Buat sahabat sayang...
Syima+Azie+Nurul+Kak Aishah+Kak Syida+Alang+Faza+ Ella+Hidayah+Daus+Musafri+Faizzudin+Azraful+Aly+BIG BOS ..Karem
dan tidak lupa adik cameraman..Iqbal..
salam perkenalan pada yang baru bertaaruf.. 
diri ini bukan siapa-siapa cuma insan kerdil lagi hina sisi Maha Pencipta.. 
pada yang kembali bertemu setelah sekian lama... 
aduhai.. terubat rindu saat menatap wajah-wajah kalian.. 
selamanya ukhwah ini terjalin atas dasar agama insyaAllah

semoga ukhwah
ini kekal selamanya
walau hadirnya datang dan pergi
tetapi terikat di hatilah hendaknya...