Tuesday, October 30, 2012

Mendongak ke langit.. melantun rasa



Memandang gelap malam
Membuai rasa nan kasayuan...


Kadang-kadang kita rasa masanya sudah hampir...
Rupanya Allah kata..
ya makin hampir tapi bukan masa yang terdekat ini..
Senyum terukir dengan harapan terubat segalanya...

Maka diri perlu dipesan...
Adakah layak untuk meminta-minta salji
Selepas hujan yang telah dihadiahkan oleh awan?
Sebagaimana meminta pelangi
Selepas rona jingga fajar menyingsing berkilauan?

Wahai diri...
Percayalah yang terlihat tak semestinya dekat
dan yang terlindung tak semestinya jauh...
apa yang jelas
pergantungan kepada sebaik2 perancang itu yang utama


Wahai Allah..
Jadikan diri ini seorang yang bersyukur
Jadikan diri ini seorang yang sabar
Jadikan diri ini seorang yang tabah
Dan Ya Allah... pintaku...
Jadikan diri ini seorang yang tidak lelah untuk terus berdoa
Kerana yakin akan janjimu...
bahawa Kau maha mendengar setiap rintihan hamba-hambaMu
dalam apa jua keadaan.
 
"Berhati-hati tidak akan melepaskan kita daripada qadar Allah.
Dan doa itu berguna terhadap perkara yang telah turun atau belum turun.Sesungguhnya bala itu turun dan bertembung dengan doa dan akan bergeseran hingga hari kiamat"



Lalu terpandang sang bulan purnama
Seolah-olah memujuk diri
Tabahlah.. sabarlah..
Andai berjaya ganjaranya besar
Disisi tuhan ku dan tuhanmu
Kerana tuhan kita sama
=)

No comments:

Post a Comment