Tuesday, November 30, 2010

it feels just nice.

can i smile now?

:D

okay.

TAQWA..

takut tapi...... rindu....

SIAPA AKU?

(sebuah puisi biografi Sheikh Ahmad Yasin,1938-2004)



Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

http://www.palestinkini.info/index.php




p/s: T_T....WAAAaaaaaaaaaaaaaaaaa.... apa nak jawab dengan Allah ni????.... Ya Allah..

TQ Dr. Syarifah Zarina

(*_^)/ sebab dpt kurma dangan air zam2... tq2..

nak share sikit pasal adap nak minum air zam2...

Rahsia kelebihan air zamzam

* Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
* Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
* Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
* Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
* Antara mata air syurga.
* Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah

Adab, peraturan minum

ADAB atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."

Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yangsepatutnya?"Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Ibnu Abbas menjelaskan: "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: "Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah). Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.



tu jek nak share... ramai dah kot yg tau... hehehe...

Morning!!

Bismillah.... (mulakan pg anda dgn bismillah...)

Assalamualaikum..... (*_^)/

morning semua!!!...

wah overdos suger lak today...

manis la puteri semut harini! (hope takdek sape yg rasa loya nak muntah... hehehe)

bile dah manis2 nikan... nak share la sikit...


“Sesiapa yang merungkaikan dari seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia.
niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.

Siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan.
niscaya Allah akan memudahkannya di dunia dan nanti di akhirat..

Siapa yang menutup aib seorang muslim.
niscaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan kelak di akhirat.

Dan Allah sentiasa menolong hamba-Nya.
selama hamba-Nya itu menolong saudaranya….”

(Hadis Riwayat Imam Muslim)




p/s: mlm tadi teman anis study SPM subjek agama... wish u all the best anis!!

Monday, November 29, 2010

Rindu datang lg...



rindunye nak kumpul ahli keluarga semua ramai2...

ok lepasni turn sape lak nak naik pelamin???

wei sepupu2 ku cepatla kawen... tak sabo nak kumpul ramai2 ni...


p/s: gambo masa kakyung kawen(my sepupu)... terbaikklah.. kitorang punya baju bercop 'F'... nak sedap bunyi..disponser.. hehehe... tp cam tau jek peh ni sape nak naik pelamin.... jeng...jeng... i'm swear is not me ok!!

did i hurt u.

im sorry....

only that word i can say...

sory...

sory...

maaf...maaf... takde niat nak melukakan hati sesiapa.. kami hanya insan biasa.. nnn... i will pray 4 u insyaAllah...



p/s:
adoiiii pg2 dah dibelenggu dgn perasaan yg rojak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! T_T... tak sukanye..

i have to..

286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." al-baqarah..



p/s:mode muhasabah sebelum tido ni....love letter from Him mmg super power la kan.. i'll try. i have to..no matter what!.. perh..

Sunday, November 28, 2010

FIFA...

Fight Israel Free Al-Aqsa.!!!

Akta 672

AKTA PENGURUSAN SISA PEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM 2007

M/S 5

TRIBUNAL PERKHIDMATAN PENGURUSAN SISA PEJAL
SEKSYEN.....





ZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz






hampeh!!!
pantang baca buku.....
huhuhu
tabah..tabah....


jgn putus asa ye puteri semut yg pemalu tp comel!!
usaha lg!!



mode: ngantukk arrrr.....k ..tido!

Assalamualaikum,,,,

salam nikan biasanya kita tau,
sunat untuk bagi salam.
dan wajib untuk jawab salam.
tapi mcm biasa.
islam itu flexible.
ada keadaan tertentu,
hukum berubah.

ada waktu2 tertentu.
bagi salam tu x jadi sunat pun.
so hukum menjawabnya pun jadi x wajib.

contoh org solat.
x sunat pun bgi salam kat org yg sedang solat.
dan org tu pun x wajib jawab salam tu.
(apekejadahnya(ASR 786) bagi salam kat org yg tgh solat)

sama jugak untuk kes lelaki gatal nak mengorat.
feewit feewit....assalamualaikum..
x sunat bagi salam kat perempuan yg bleh timbulkan fitnah ye.
dan perempuan tu pun x wajib jawab salam laki tu.
especially kalau perempuan tu cantik.
ehem (sengal+mereng la pulak...)

weh sila kaji sendiri untuk learn more about spreading salam.
dan amik perhatian.
tactic ngorat bagi salam tu is so yesterday.
tata...




p/s: mode baca komik... wei...cik puteri semut yg pemalu tapi comel... bilenye nak start baca buku akta sisa pejal ni.. kalau dah tiap2 masa mengadap komik ni??? adoiii...

"Orang yang memulakan memberi salam adalah terlepas daripada sifat sombong dan takbur"

( Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib )

Assalamualaikum semua.
jawab2.


\(*_^)/

if you're not famous among manusia.

that doesnt mean you're a loser.
if you're close to Allah and He loves you,
you're famous among penghuni langit.

so pe de hal... relex jek.. tenang jek...

Dari Abi Hurairah berkata, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: “ Jika Allah mencintai seorang hamba, Dia akan menyeru malaikat Jibril dan berfirman: “Wahai Jibril, sesungguhnya Aku mencintai si Fulan, maka cintailah dia, ‘maka malaikat Jibril pun mencintainya, kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ‘ Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah dia, ‘maka penghuni langitpun mencintainya, lalu dijadikan untuknya penerimaan baik atau simpati di bumi.” (H.R. Bukhari dan Muslim).

(*_^)/

Saturday, November 27, 2010

you're my mirror

“Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya.” (Al-Bukhari)

kalau ada aib kami yg korang nampak.
tolong nasihat sikit k.
tq.

tp....

satu jek kami mintak...
kalau aci nak tgr tu ..
jgnla dah tgr2 sound baikk punya.. peh tu selamba blah camtu jek.. w/out any explaination... boleh down kami..
tgr n explainla sikit jgn aci blah je... terkapai2 kot..


p/s; dolu2 punya kisah setelah disound dgn selambanye si tuan punya diri yg sound tu pergi begitu sahaja... kami yg kene sound ni ibarat macam jatuh terjelepuk.. payah ooo nak aci berdiri tegak balik... huhuhu.. apepun berlapang dada je la.. tq la pada shbt tu yg tegur.. cuma cara tu yg buat kami tak leh blah..

kami dah pandai guna chopstick (*_^)/

kalau kepit 10 bijik nasik.
2 bijik je masuk mulut.
nice.

rasa cukup dah comel dah tu...

never give up yuz.. teruskan usaha!!

ingt pesat sshbt..
"buat jek ..usaha jek.. outcome jadik camne biarkan..janji usaha..tu yg penting.. Allah tak pandang kejayaan sesuatu itu.. Allah pandang usaha kita tu.."

TQ SAHABAT!!

p/s; sape gi nak support diri ni kalau tak diri sendiri... huhuhu

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time


ok..ok..
dah..dah..
cukup..cukup..

sambung wat report!!


p/s: mode mereng... malas wat report tp rajin tgk video klip MZ.. sape2 muka cam MZ let me know ..please...hehehhe (*_*)

sedekah paling mudah ialah?

hehhehehhehe....


hehehehehe...

Ini adalah....



Bismillah....

ehem...

ehem..

Pengumuman!!!

dengan ini sy ingin mengumumkan...

gambar di atas ....
si dia di sebelah sy adalah...

hehhehe

segan la pulak....


hehhehe

adalah...

adalah...

buah hati saya !!!

eh2

silap!!


ANAK BUAH SAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!

jgn tertipu anak buah kami tu baru 12 tahun... giler besor dah... dulu pernah jalan dgn ank buah kat shopping complex... sekali jumpa lak kengkawan ank buah kamini...

tet: wei ayep.. awek ko ke??
ayep: apasal?
tet: alim la pulak...
ayep: ko takyah tau la ni awek aku ke tak.. kang aku kasi tau kang siapa awek ni.. pengsan terkejut lak ko kang..

wakakakkaa... layan jek lak budak2 ni... kami jadik awek ank buah kami!! sah! mereng giler....
tpkan... heheheh... adakah itu membuktikan kami ni berwajah muda???? adoiii mereng..mereng... jgn di layan


p/s:mode membelek2 gambo lama2 bersama ank2 buah yg 26 org tu.... fuhhh berpeluh nak selak.. maklumle...ramai no..

TQ...




Bismillah..

buat en abu bakar dan pn siti rahmah...
terima kasih diucapkan tidak terhingga...
atas kebaikan... ketabahan... kesabaran...
dan bnyklah lg...
selama menjaga anak kalian yg selalu mereng, sengal, overdos suger, pengaratan n pengoksidaan yg melampau dan banyak lg...


tq mak...


tq bapak...


love u both!!

Friday, November 26, 2010

Tentang si dia.... yg bernama....

Bismillah...

Saya baru je nampak awak,
saya pernah nampak awk jalan dgn kawan saya,
Selalu saya tak heran pon,
tapi sejak dua hari lepas,
Saya cuba jejaki awk,
Kat kajang....

Nantikan,
Bile saya ada awak,
Mesti saya kena bawa awak,
kemana2 saja sy pergi,
Kan awak kan???

Pastukan,
masa lunch semalam kawan sy kata jom la,
ini je masa yg ada nak cari awk
sy ikut je kawan sy tu
kawan sy yang beriya2 bertanya itu dan ini pasal awk
sy tgk jek,
awk...
sy terharu...
akhirnye...
sy dapat memiliki awk...
awk smart... macho jek pandang..

tapikan.....

Satu je kurang awak ni,
Dari mata saya,
Awak silver,
Saya suke warna puple,
Tu sikit punye hal,

Saya nanti nak cerita kat mak saya la pasal awak,
bwk terus awk jumpa mak sy,
Harap-harap mak setuju... sebab awk cinta hati sy sekarangni,

Lepas tu boleh la saya bawak awk jumpe family saya,

Nanti mesti mak saya cakap camni:

Mak: ooo, ini ke yang kamu cerita haritu?

Akmal: Ha, yang ni la. Amacam mak?

Mak: Eh, x reti la mak nak gune yang macamni.. apa nama ni?

Akmal: namanye NOKIA 2730 mak.... hehehhe


p/s: mode pakai hp baru... kami syng hp baruni... (kenela belai2 kang merajuk gi lari lak... payah lak ceritanye)...

Semut kat kutub utara???

ada ke???



pg2 kak syima dah tanya.... adoiiii


tak tahu nak jawab pe...

tetiba blur!!!


p/s;mode tabah..biskut kat opis semlm lupa nak ingt dgn getah n telah diserang oleh semut!!!!!!!!!!!

Thursday, November 25, 2010

Tet sayang Tot

tet : weh.smalam nampak ko bisik2 ngan tat....baikk punya story..wei..cite la kat aku jugak.

tot : xleh.aku dah janji ngan tat aku xleh cite kat sape2.rahsia la wei..
tet : ala xpe.cite je la...apa de hal!
tot : xleh.kalau cite nanti aku mungkir janji,dosa.doh
tet : xpe weh.ko cite je.dosa ko tu aku tanggung.sbb aku yg suruh ko cite.
tot : oh ek?boleh ek? mana ko blajo ni wei??
=====

''Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa yang berbuat jahat maka (dosanya) atas dirinya sendiri; dan sekali-sekali tidaklah Rabbmu menganiaya hamba-hamba(Nya)..''

[Fussilat : 46]


p/s;... kalau dah janji nak rahsia, jgn la mungkir janji..even kene paksa2pun aci pertahankan la jugak.... attitute tu.. keje jaga gak..ingt benda main ke??? apa hal lak kami nak hangin tiba2 ni... jgn dilayan.. tak berkenaan dgn cerita di atas hehehe

syira.. yuz sayang syira!!

Bismillah...

baru 2 hari lepas rindu giler kat syira...

sesungguhnya Allah itu sangat malu untuk mengembalikan tangan hamba-hambaNYA yg meminta dengan tangan kosong....

akhirnye...

tadi jumpa syira...
jalan2 dgn syira waktu lunch
pegang tangan syira...
buat onar lg dgn syira...
"onar" ape????.... hehehe biarlah rahsia...
adoiii tabah2..
masuk kereta aci gelak tak henggatnye...

demi siti syahirah... tak kisah aci turun naik lestari ke bustop PPA dua kalipun tak kisah... janji leh jumpa...
wakakaka

giler lawak... ingtkan dh tamat dah kes lawak
aci masuk kereta ada gi rupanye kisah lawak..
kamini lg lawak tak hengat

akhirnye... pertemuan 2 shbt dibanjiri dgn gelak tawa...
bahagianyeeeee


walau jarak kita jauh
walau kita tak bersua
insyaAllah doa ku sentiasa untuk mu...

cinta hati saya... SITI SYAHIRA BINTI ROSLI!!

P/S;... mode suka..gembira... alhamdulillah.. syukur ya Allah atas nikmat persahabatan ini.. sesungguhnya tiada harga yg layak untuk ditawar... terlalu tinggi...n tersangat tinggi nilainye...
(dah macam gaya bercinta lak dgn siti syahira rosli ni.. kepada org2 yg berkenan n tak berkenaan sila jgn jeles ye... layan...)

peringatan tuk hari ini : KEMATIAN

bismillah...

Katakanlah : “Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)”.

Al-Jumu'ah : 8

"Everyone knows their date of birth, but no one knows their death date"

D.O.B; 20 FEB 1986
D.O.D;.............


P/S; takot mati tu benda yang positif ke negatif? ni bukan soalan, ni pertanyaan

Wednesday, November 24, 2010

bye..bye..hanset..T_T...

Alkisahnye...
maka setakat ini sahajalah perkenalan kite ye henset.. huhuhu... kami tahu kami kene pasrah dgn apa yg berlaku menerima hakikat akan hidup tanpa mu lagi...
wahai henset...
maaf andai selama kita bersama
kami jarang meluangkan masa...aci campak2 merata2... aci ngigau siap baling henset... kau tetap tabah melayan kerenah... tak pearnah merajuk walaupun ada la kadang2 tu jek kau mereng sikit...huhuhu... kami pasti merinduimu... henset ku.. bye..bye.. semoga kau tenang n damai...


p/s: huwaaaaaaaaaaaaaaa...henset excident di sahkan mati ditempat kejadian... kejadia itu berlaku dgn tiba2.. n segalanye berakhir dgn sekelip mata!!!.. sesungguhnye memang benarlah dunia ini hanya permainan buat manusia... insyaAllah berlapang dada dgn apa yg berlaku.. mode takdek henset.. br balik p celcomcenter amik dptkan no yg sama...

T_T....rindu

SITI SYAHIRAH ROSLI.... SAYA RINDU KAMU!!!!!!!!!!!

BILE NAK JUMPA NI?????

RINDU!!!
RINDU!!!
RINDU!!!

p/s: huhuuhu syira.................. syira yuz sayang syira... yuz tau syira sayang yuz jugak...cop!! yuz sayang syira lebih!! love u sis!! (*_^)/

Qunut Nazilah

"Ya Allah, Sesungguhnya kami letakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami!

Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka...

Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka! Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka!...

Hantarkan Ya Allah, anjing- anjing ke atas mereka!

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa! Wahai Tuhan Yang Penuh Raksaka! Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!

Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan KITAB! Wahai Tuhan yang mengerakkan awan! Wahai Tuhan yang menewaskan Bala Tentera Ahzab Kalah Mereka.. Menangkanlah Kami..... ke atas mereka"

amin ya rabb




p/s: teringat pasal kapal Mavi Marmara.... huhuhu... Maafkan akak adik, gula-gula yang akak kirim melalui pakcik-pakcik itu tak sampai. Mereka bawa lari ke tempat yang akak tak pasti di mana.T_______T Plus akak lagi sedih ramai tak ambil tahu.... insyaAllah akak takkan lupakan adik dlm doa akak...

jam di laptop telah menunjukkan 12.30mlm

jangan ada sape2 nak halang kami pi dapur!!!!

(jgn ikut jam kat blog tu...mereng, hehehe... kata pendatang baru dalam dunia blog ni... nak setting pun terkial2... so malas nak layan gi... bile2 rajin sok godek2 la cam ne nak ubah jam tu... tabah je la korang ek...)

tadi kami rasa down

gembirakanlah hatiku ya Allah.
plis.. plis...


"Mintalah kepada Allah seperti anak kecil yang meminta dan bermanja dengan ibunya.."

tiba-tiba rasa diri comel.\(*_^)/
haha.


p/s: betul tadi memang serius down giler... p KL sesat.. balikpun sesat.. sampai opis 7.30ptng... tabah je la... apepun insyaAllah learn something!!

kami suka cakap kat org "wei kami dah gemuk la"

sebab kami nak org tu kata " wei mana de.. kurus jek aku teguk"
:-P

hehehehe pecah rahsia!!


p/s: camne la nak diet... aci makan best jek... 2 kali best lepas meeting jek makan... lepas meeting jek makan... di buatnye meeting ada 3... 3x la makan...adoiii.... rezeki2 tabah je la..

x semua benda yang kite suka

Allah suka...

Let's learn to please Allah.

rase cam x pernah dlm satu hari Allah x gembirakan hati kami ni.
kamu x sedar2 ke wahai cik puteri semut yang pemalu tapi comel???!!!
ish lipat kang.... ketuk kang... babab kang...
dah2.. cukup2...

aku tertekan!!

pe tenguk-tenguk
p main jauh2!!

tet n wine

kami de sorang kawan ni. Jarang je chat ngan dia. Sejak dia dah study kat UK memang sngt jarang la sngt2, tp de satu mlm tu die cam tegur kami tetibe. Dah la ym mereng...

edited.


tet :salam kak.. td sy minum wine
yuz : tipu?
tet: sbb sy menang competition
tet: so basically group yg menang dpt special
yuz : serius?
yuz : wine?
tet: yups2 red wine
tet: sedap2 hurm
tet: yg dah lama nyer gak la
tet: at least 10 years gak kot
yuz : mabuk x
tet: hurm x
tet: tgk org la.. sy rs aku ok je kot
yuz : tp xle gak... HARAM.. jgn la minum
tet: sedap~~~ hurm
yuz : nak kena lipat tul la tet ni
yuz : akak kan dah pesan dulu ...akak kan kate jgn minum..jgn sentuh pun benda2 haram tu
yuz : degil
yuz : x kire la sedap ke x
yuz : x boleh k?
tet: hahahahhaha.... lepak la
yuz : mane bleh lepak
tet: sy try jek... tp xtau la get addicted x
yuz : x perlu try
tet : lagipon dpt free kot
yuz : jgn minum lagi
tet: prof sy bg
yuz : prof awk tu islam ke?? Takkan.. ikut tu nape
tet: hurm .. saje je nk try rs dia
tet: dia keras sikit la
yuz : jgn la minum lagi
tet: still drinkable
yuz : as long as die arak... xle minum
tet: nape akak invi???
tet: akak invi kat sy je ke???
yuz : xla... ym akak sengal
tet: lps ni nk try beer .. diorg ckp beer xsedap sgt
tet: vodka xde gas s
yuz : ko ni knape degil
yuz : JGN MINUM... nape nk degil
tet: hurm
tet: apa akak nk wat???
yuz : akak rotan awk 40 kali.... meh sini!!!!!!!!!!!!!!!
tet: hahahahha...kalo akak mampu~~~
tet: k la
tet: gtg
tet: nk g clubbing
yuz : awk saje je ek reka2 cite
yuz : nk kasi akak emo ke
yuz : ckp btul2
tet: xdelah
yuz : awk minum ke x
tet: sy btl2 nk g clubbing ni
tet: k gtg
tet: bye~~~
yuz : awk nk g watpe?? duduk umah!
tet : hahahahah
tet : lawak la akak ni
tet : sy main2 je ...sy tak buat la perkara cam tu.. tak caya ce tanya kak humairah! Usrah sy tak tinggal kot..hehehe
yuz: arghhh
yuz : akak da agak da
tet : xtau nk ckp apa dgn akak... tetiba rindu nak kene ‘ketuk’+ ‘lipat’ dgn akak...
tet : sorry kakyuz
tet : sy bosan ni
tet : saje jek nak kasi akak tension
tet : hahahah

p/s: hampeh punye tet..gile emo dah kami siap nak kuar air mata kot dgr pengakuan... but alhamdulillah pengakuan tipu .. memang itu yg diharapkan di awal conversation... Ya Allah tetapkanlah hati2 kami di jalanMU lindunganlah kami drpd melakukan perkara maksiat...

Tuesday, November 23, 2010

Baitul Muslim

Bismillah

Buat kak aishah + daus.... semoga menjadi keluarga SAMARA (Sakinah Mawaddah wal Rahmah)

Sesungguhnya amanah untuk menjaga isteri bukanlah suatu bebanan tapi sebaliknye adalah anugerah.. bajai n sayangilah sebaiknya....

sebuah rumah sekuntum bunga
seorang pemuja dalam rumah tangga

dapurnya menanti dengan gejolak api
kamarnya menanti dengan gelombang mimpi
ruangnya menanti dengan alunan sepi

tanakkan nasi tidurlah diri
tabahkan hati suami isteri
demi mencapai matlamat suci

untukmu wahai pengantin
kami alun lagu berwasiat
pesanan ikhlas sepanjang liku di jalan dakwah
agar kau tetap bersama

rumah tangga kau bina
berasaskan teras agama
demi membina usrah muslimah
yang menjadi teras masyarakat

cita-cita untuk melihat
islam kembali gemilang
ia bermula dengan tarbiyah
dirimu keluarga dan masyarakat

nikah kahwin sunnah nabawiyah
mari bersama kita junjungi
demi membina daulah muslimah
menjadi matlamat suci

akhirnya kami berpesan
kami berpesan padamu wahai mempelai
jangan kau lalai jangan kau lupa
tugas dakwah dan perjuangan



dan penulis menjadi sebak tiba...T_T... ;-p..semoga dipermudahkan....

Monday, November 22, 2010

Kemanisan itu perlu dicari

perlu dicari.
jangan ditunggu.
sugar!sugar!
where are you!...
:-p...

ke camne???


p/s: mode makan gula2... ait kenapa gula2 ni pedas tak manis??? sah! mereng sudah....

Saya ada HERO... nama HERO saya...............hehhe malula nak kasi tau...

tepi dinding. Seorang lelaki pernah berkata kepadanya:

“Adakah aku boleh membina sebuah rumah untuk tempat tinggal engkau?”

“Aku tidak perlukan rumah,” katanya.

Lelaki itu tetap berkeras dan berkata:

“Aku tahu bentuk rumah yang sesuai untuk kamu.”

“Terangkanlah padaku,” kata Salman.

“Aku akan membina sebuah rumah yang jika engkau berdiri di dalamnya, maka bumbungnya akan terkena kepalamu dan jika menghulurkan kakimu, maka dindingnya akan terkena ia.”

Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai gabenor di Al-Madain yang terletak berdekatan Baghdad. Salman mendapat gaji sebanyak lima ribu dirham. Semua wang tersebut disedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau menyara hidup dengan bekerja sendiri. Bila beberapa orang datang ke Madain dan melihat beliau bekerja di sebuah kebun kurma, mereka berkata:

“Tuan adalah amir di sini dan rezeki tuan sudah dijamin, tetapi tuan masih melakukan pekerjaan ini!”

“Aku suka memakan hasil dari kerjaku sendiri,” jawabnya.

Diriwayatkan bahawa suatu ketika beliau pernah menziarahi Abu Darda’, yang dipersaudarakan oleh Nabi dengannya ketika sampai di Madinah. Beliau dapati isteri Abu Darda’ berada dalam keadaan tidak terurus lalu beliau pun bertanya:

“Mengapa dengan engkau ini?”

“Saudaramu tidak lagi menghiraukan dunia ini,” jawabnya.

Bila Abu Darda’ datang, dia menyambut kedatangan Salman dan menjamunya makanan. Salman menyuruhnya makan tetapi Abu Darda’ berkata:

“Aku sedang berpuasa.”

“Aku bersumpah tidak akan makan kecuali engkau juga memakannya.”

Salman bermalam di rumah Abu Darda’. Pada waktu malam, Abu Darda’ bangun tetapi Salman memegangnya lalu berkata:

“Hai Abu Darda’! Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu. Keluargamu mempunyai hak ke atasmu dan dirimu juga mempunyai hak ke atasmu. Maka berikanlah hak kepada masing-masingnya.”

Pada waktu subuh, mereka solat berjamaah. Kemudian, mereka keluar menemui Rasulullah SAW dan menceritakan kisah yang telah berlaku. Rasulullah SAW menyokong perbuatan Salman itu.

Sebagai seorang yang terpelajar, Salman terkenal kerana ilmunya yang luas dan hikmah kebijaksanaannya. Ali berkata mengenainya bahawa beliau seperti Luqman Al-Hakim.

Kaab Al-Akhbar berkata:

“Salman dipenuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan – seperti lautan yang tidak pernah kering airnya.”

Menurut riwayat yang sahih, beliau meninggal dunia pada tahun 35 Hijrah, di zaman Khalifah Uthman bin Affan, di Madain. Beliau meninggalkan tiga orang anak perempuan, yang seorang tinggal di Asfahan, manakala dua orang lagi tinggal di Mesir.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farizi. Sambil memegang bahu Salman, Rasulullah SAW bersabda:

“Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari bangsa Farsi ini.”

“Sirah, Perjalanan Membina Sejarah”


p/s: semoga keperibadian SALMAN AL-FARISI menjadi ikutan n kekal menjadi hero di hati org2 muslim....

setiap jiwa yang hidup.

pasti akan merasakan mati.
xde peluang untuk lari.
mati tu confirm kena kat setiap roh.
termasuklah kami.
termasuklah korang semua.

life is once.
and short.

kawan2 kita yang mati muda.
xtau pun dia akan mati muda.
sedar2 dah dlm kubur kan.



p/s: mode layan lagu kawen... ape kes lak harini asyik dgr lagu kawen jek memanjang... mereng lak rasa... sebab musim kawen dah start kot!! (*_^)/

"this is hard.."


“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan”

(Hadith riwayat al-Bukhari)

Sunday, November 21, 2010

Allah.. tenang n damaikanlah hati..

Bismillah.

mata tak mengantuk lg... tapi penat... dah try nak melelapkan mata tp still terkebil2 gak...
mlmni.. kenapa tah..
hati sedih jek.. perasaan yg tak boleh nak tafsir...rasa sedih yg datang tiba2..
kenapa?
sebab ape?
ape puncanye?
entah.....................
layan perasaan yg mereng...
ada sahabt tanya.. x tenang lg ke hati tu??
entah lah.. nak berkongsi tapi... susah nak tafsir... aci pendam jek
sebab sunyi ke??
takkan kot muhammad ada jek...aci gadoh2 jek dgn dia...

cikyuz; muhammad cikyuz nak aiskrim
muhammad; tak boleh ar .. kedai dah tutup
cikyuz: kenapa tutup?
muhammad: sebab tak bukak ar...

adoiiii tabah je la... si muhammad ni boleh lak dia ckp cenggitu.. budak 2thn ckp tu.. tu kalau beso tu lg la bnyk conar2 dia....

semoga muhammad membesar dalam peliharaan Allah.. sesungguhnya besar harapan cikyuz panggil muhammad irsyad dengan panggilan muhammad agar akhlak muhammad sehebat akhlak junjungan besar NABI MUHAMMAD S.A.W....

aduhai muhammad.. kalau pandang tak terasa ape.. tapi kalau sentuh mengundang rasa sebab yang teramat... walaupun muhammad membesar tanpa kasih sayang seorang ayah... tapi muhammad ada umi.. ada cikmah... ada cik yuz.. ada opah.. ada atok... kami semua sayang muhammad!!

mode: rasa cam banyk je kerja yg pending... bile nak start buat..mesti tak jadi.. sebab hati tak best..kenapa hati tak best?? Only Allah know the answer... Ya Allah campakkan sedikit rasa damai di hatiku agar aku bisa tenang.. T_T

Hidup hanya sekali.. jom enjoy!! ke camne??

Disuatu petang di opis sebelah...

tet : jom gi clubbing malam ni weh.

tot : xmo ah.dosa dowh.

tet : jom ah.awek cun banyak.rugi kalau miss nih.

tot : xleh dow.haram.

tet : lorh.relax ah.hidup skali je kot.bila lagi nak enjoy kalau bkn skarang.

tot : ye a.hidup mmg sekali je.kalau fail hidup yg skali nih.xde repeat2 dah.Allah x bagi peluang kedua dah nnt.aku takut dow.

tet : jom gi surau malam ni weh.. T____T

tot: JOM!! TERBAIKKKKKK

(cayalah tot!! Tak sia2 la kami basuh hg ek...bukan calang2 sabun tu.. siap pakai kuat harimau!!! Good.. lega sikit dgr at least dah ada peningkatan.. teruskan meningkat tuk kembali kepada fitrah...)

"Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu?"

(Al-Infitar : 17)

Mode: baca surah al-infitar best..... cerita pasal akhirat....nak dapat feel hari kebangkitan.

boleh la bukak tafsir quran page 587....jangan takut nak baca...sbb surah ni Allah guna bahasa yang lembut. :)...baca k...(*_^)/

--

Ijlis Bina Nu'min Sa'ah

Ijlis Bina Nu'min Sa'ah

[off for 'uzlah ke medan perenungan']

Berkata salah seorang sahabat Rasul saw, Muadz bin Jabal radiallahu anha,

Ijlis Bina Nu'min Sa'ah

yang boleh diertikan, ”Mari kita duduk sejenak untuk membina semua iman kita” yang merupakan kalimat seruan yang ditujukan kepada para sahabat- yang lain pada waktu itu, yang boleh jadi waktu-waktu mereka banyak tersisa oleh aktiviti-aktiviti yang tidak berkaitan dengan pembinaan iman.

Malah Rasulullah saw selalu menyapa sahabat-sahabat baginda dengan pertanyaan "apakah khabar iman kalian saat ini?" setiap kali bertemu, dan tidak ada yang paling baginda risaukan melainkan iman di dada para sahabat serta umat baginda.

semoga sahabat2 semua mendapat segenap ingatan dari ALLAH Az Zawajalla dengan sebanyak ingatan orang yang ingat kepadaNya dan sebanyak kelalaian orang yang lalai dalam mengingatiNya. Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Dzal Jalali wal Ikram...


** huhuhu kisah betul2 maap la ek... tak henggat.. ada sape2 ingt leh ar kasi tau huhuhuhu..... maklumle.. kurang membaca.. lani lagila.. membaca benda2 yg tah ape2 tah...

Saturday, November 20, 2010

Restu..

Kuintai di hujung senja
namun sehingga bulan menyapa
kekasihku belum jua tiba
lewat kejora dan embun hiba
kulangkah menyusur pantai
mencari restu cinta sejati
mode: entah..mode takleh dikesan.. mode rojak..

peer pressure

Bismillah.

alhamdulillah ada gak kekuatan nak menulis huhuhu... nak merapu sebenonye...
tadi balik dari walimah Nada... selamat n selesai dah sorang lg sahabat... barakallah...
lepas ni turn sape lak???? hehehhe
not me of coz!

haritu de wat status ym "peer pressure"
ramei la yg tanya
kenapa peer pressure??
hehehhe
nak tahu sebab apa peer pressure yek..
kawen sekolah kawen
kawan uni kawen
junior pun kawen

pressure oooooooooooooo
tapi...........
tula............
orang suh kami kawen tak nak lak
wakakaka

tak cukup sedia gi..
urus hidup sendiri pun tonggang langgang lg ni...

TAPI...
insyaAllah cita2 tu of coz la ada
sape tak mo kawen
huhuhu

sedang berusaha membangunkan rumah pn rohani+sahsiah rupa diri=individu muslim
sebelum melangkah ke keluarga muslim
(*_^)/

ingt kata2 seorng shbt
"nak kawenni senang... nak jaga perkahwinan tu yg susah"

p/s: mode balik kenduri huhuhu... minggu ni bermula majlis2 walimah... nextweek rumah shbt lain plak insyaAllah kat melaka.... kawen la kawen.. takdek sape halang.. (sengal lak bunyi cam jeles huhu)
..........................proud to be me!!.....................