Monday, January 30, 2012

Gelora hati takkan pernah mengatasi rinduku padaMU..

duka hati..
atas hilangnya daripada pandangan
tanpa sedar menyundang rindu
yang amat
kerna itu
pemberian daripada insan hebat
yang melahirkan diri ini


tinggal kenangan... 
sekelip mata hilang daripada pandangan..
huhuhuhuhu... serius haru yang sangat..
T_T

namun
rindu akan itu
tidak akan pernah mungkin
mengatasi rinduku pada seorang insan MULIA lagi terpilih

Allah sampaikan salam rinduku buat
junjungan MULIA NABI MUHAMMAD S.A.W
besar harapanku mahu menatap wajahnya
mahu berbicara dengannya
yang ku ingin dengan sangat mahu beroleh syafaatnya
di 'sana' kelak
Allah izinkanlah....

Alunanya damai.. menenang kalbu..
lalu menyundang rintik dihati dizahirkan di mata...
aduhai Nabi.. 
muliamu... 
akhlakmu.. 
sungguh mempesonaku..
lantas rinduku padamu berlagu lagi tanpa henti..
Ya Allah..tundukkanlah hatiku
pasrahkanlah jiwamu
atas segalanya
andai dunia ini menyempitkan nafasku
ingatkanlah diri ku ini kembali
akan dunia ini hanya permainan semata
lalu ku mohon dengan sangat
suburkan cintaku padaMU
jua pada RasulMU..
T_T
p/s:..... harini satu hari jadi pelarian..tanpa ic..menjadi pemandu asing..tanpa lesen.. menjadi miskin... huhuhu kad atm takdek.. lg parah cash dlm tangan paling banyak 50sen jek... huhuhuhu....
dunia semua ni dunia...........
Allah leraikanlah duniaa yang mendian di dalam hati... 
(payahnye nak pupuk redho dengan sungguh...huhuhu..)

Friday, January 27, 2012

semoga duduk-duduk yang berpahala...

Alhamdulillah

(^_^)
bulatan gembira mlm ini sangat mengembirakan
bertemu pejuang2 hebat para muslimat pimpinan kawasan
kata-kata kalian menyentuh hati
mungkin kerana kasihnya kalian itu fitrah sebagai ibu
sehingga bicara kalian bisa melembutkan hati 
anak2 'kecil' seperti saya 
(kehkehkeh... sila jgn marah ek...'anak2 kecil'...)

walaupun mungkin ada percanggahan pendapat antara kite.. namun enehnya tiada sengketa!
hebat bukan... kerana kita sedar dan tahu bahawanya perbezaan pendapat itu satu hikmah walaupun kadang-kadang tidak kene dengan hati kita... percayalah jika bukan saat dan ketika ini mungkin esok atau lusa hikmahnya terbentang luas sehingga hati seakan2 lapang mengingatkan apa yg diperkatakan.

adat berjuang itu bersulam mehnah dan tribulasi
itu sunnahnya yang kita semua sedar dan menganggap itu bukan masalah sebaliknya peneman buat hiburan dalam perjuangan agar 
rasa-rasa yang datang itu menjadi satu nikmat 
yang akan sentiasa disyukuri walau dalam apa jua keadaannya
....................................

buat ibu-ibu yang sedang dalam perjuangan
langkah kaki kalian mengundang cemburuku
betapa diriku yang tidak punya tanggungjwab seberat kalian
tidak mampu sehebat kalian di medan juang ini

aduhhh jiwa ku terasa sarat
seolah ditikam-tikam
hatiku seakan disiat-siat
pedih yang bukan kepalang
lantaran diri yang masih jauh dibelakang kalian

andai dakwah dan tarbiyah itu adalah gerabak
 perlahan tapi bergerak, 
aku tetap mahu menunggumu 
hingga klimaksnya; kelibatmu dari hujung gerabak melambai-lambai padaku
dan aku pasti akan menangis 
haru! 
sekalipun tak ternampak,
 aku akan tetap yakin
kau ada di stesen seterusnya
dan aku takkan pernah berhenti 
menunggu dan mengharap untuk itu. 
Allah, kabulkan!

p/s: kepada para ustazah, para ilmuan, para sahabiah...terima kasih atas perkongsian kalian... aduhai pasti dengan sangat akan merindui detik-detik tadi.. insyaAllah semoga Allah memilih diri ini lagi untuk menjadi salah seorang dalam bulan gembira itu, sambil duduk-duduk yang semoga mengundang pahala... ameen
(^_^)

Thursday, January 26, 2012

Buat anda2 yang bakal menjadi sayap kiri buat si 'dia'


Empat insan yang saya kenali bakal melangsungkan pernikahan pada bulan tiga nanti. besar harapan agar diri ini mampu menghadirkan diri pada hari bahagia sahabat-sahabat saya nanti.


Barakallahulakuma wa baraka  alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair buat :-

i-kak Baiti and pasangan

ii-ka
k Sabrina and pasangan
iii-kak wani AR and pasangan
iv. Wani and Ali


power betul kakak opis saya, hebat betul kakak-kakak nisa' saya, mantap betul shbt seangkatan saya...

mereka insan terpilih untuk membina keluarga mawaddah.



***

Bila suria telah terbit

Sinarnya menyinari apa yang dilewatinya

Dan tumbuhlah apa yang dibawahnya

Kehidupan yang berjalan atas sunnah-Nya



Begitu pun bila cinta telah datang

Dia pun membuat hati menjadi tenang dan juga gelisah

Dan tumbuhlah semua harapan tentang indahnya cinta

Dan jodoh pun berjalan atas kehendak-Nya



Maka lihatlah apa yang telah diubah oleh cinta

Dan mereka yang saling mencintai akan melihat

Dari mana cinta telah hadir di hati mereka

Maka bersyukurlah atas Yang Maha Cinta.


p/s: hehe wish in advance.. apepun selamat pengantin baru juga buat shbt2 yg telah melangsungkan perkahwinan pada cuti raya cina yang lepas ;p
Rizal + Dayah
Aini + Pasangan
dll
huhuhu ramai sebenarnye senarai nama en + pn pengantin.. semoga kalian terus bercinta hingga ke syurga =))

Tuesday, January 17, 2012

zaman kanak-kanak


erm.. 
tadi tgk gambar kawan opis masa kecik2.. 
alahai mengundang memori lama bermain di minda... 
aduhai zaman itu telah lama ku tinggalkan yang pastinya menyimpan seribu kenangan...

budak-budak
apa yang diorng tahu?
hidup penuh suka sakan dan gembira
yg duka hanya sedikit 
(duka kalau mak panggil balik drpd sebuk bermain.. atau kene rotan sebab malas solat n malas wat kerja sekolah hahaha...)

mereka bergelumang dalam dunia sendiri
wahh sangat rindu suasana bermain di laman..
main kejar2.. gelak ketawa yang tiada nokhtah...
(kalau jatuh, luka baru ada nokhtan sebab nangis dah tak senyum dan gelak2 dah hahaha)

'kite taknak kawan dgn ko'
ayat biasa yang teramat biasa...hahaha.. 
kanak-kanak..apa yang mereka faham dengan ungkapan itu, 
kerana esok pasti mereka bersatu kembali dan bergelak ketawa semula 
tanpa pernah ingat dan tahu mereka pernah mengungkap ayat itu semalam... 
simple kan?! nice... itu tandanya apa?
mungkin sebab hati anak-anak kecil itu masih suci tanpa noda.. 
hidup mereka penuh dngn kasih sayang dan kegembiraan..

esok besar ko nak jadi apa?
cikgu, dokter, polis, bomba, jurutera, blablabla
itu antara jawapan-jawapan skema kawan-kawan saya dulu
saya mahu jadi apa bile dewasa??
rapunzel!!
hahaha...
takpun jadi org dapur... hahaha
bile teringat kembali semuani...
adoiii adakah saya memang sengal daripada kecik???
apakah???
haha

alhamdulillah walaupun saya dah tak kejar untuk jadi rapunzel lagi.. tp apa yang dikejar adalah menjadi seperti Khadijah insan terbaik sayap kiri nabi.. Fatimah puteri kesayangan nabi yang penuh kelembutan dan hikmah..
tp cita-cita untuk menjadi org dapur akan saya kekal kan setelah saya terbaca ini..

"..kerana itulah, kita Melayu oleh rasa hormat kepada perempuan memanggil isteri kita orang dapur kerana isteri itu diandai bagai rezeki, memberi anak, menjamu juadah dan mengurus rumah tangga. jadi janganlah ada orang perempuan di kemudian hari meminta yang bukan-bukan, merasa hina digelar orang dapur, atau memandai-mandai mahu melawan fitrah kerana erti dapur itu bukan main mulia dan baiknya. Berada di dapur itu menjadi dia penjaga rezeki keluarga, tidakkah itu molek sekali duduknya.." (Ketupat Cinta, Faisal Tehrani: hlmn. 16)

Subhanallah. Fuuhh  itu makna orang dapur rupanya, macam biasa. Karya yang tak pernah lagi mengecewakan.
Setakat ini.

Novel yang ditulis hasil daripada kajian mendalam tentunya sarat dengan falsafah. Punya makna. Ada maksud di sebaliknya.Mendalam sungguh sampai kadang-kadang saya tak terselam dibuatnya... Dr Faizal Tehrani.. sejak dua menjak ini... kita ditakdirkan sering berjumpa.. walaupun anda tidak mengenali saya... tetapi saya mengenai anda.

hehehe.. sengal la plak..
dah2 cukup2
 
p/s:.. elok plak berceloteh kat sini yek... kerja bertimpun depan mata aci wat tak nampak jek.. adoiiii





Saturday, January 14, 2012

untuk dia yang DIA catatkan dalam buku hidup ku..

pada perkiraan alam,  pertemuan kita lumrah
antara dua makhluk bumi

pada takdir langit, kau mungkin merah, atau ungu
atau coklat atau kuning yang mewarnakan lukisan hidupku

pada 'tulisan' Penguasa, kau sesungguhnya sebahagian dari 'akan' dan 'pernah'
 yang tercatatkan dalam kitab hidup aku
bukankah wajar aku katakan? 
kau istimewa,

PANDA!
 
adoii bile duk rumah sendiri tetiba sengal yang menggunung lak..
apepun mencintai alam itu salah satu tanda cinta pada yang Esa

ermm
nikmat petang ini yang pelbagai
nikmat sakit yang datang tiba2
nikmat menunggu turn di Azzahra yang sngt.. erm tabah!
nikmat duduk sendiri lantaran tak terdaya rasanye kaki nak melangkah

semoga mlm ini bulan dan bintang setia menemani
bersama redup dan rimbun kasih Illahi
 
 
Wahai Allah pintaku satu
tundukkanlah emosi, arahkanlah kelembutan, 
cenderungkanlah keistimewaan, lorongkanlah fitrah dan 
betulkanlah langkah pesong atau sasar dengan
IMAN 
 
p/s:... Busana langit..


Wednesday, January 11, 2012

semoga sabar+tabah bersamanya..


Hujan yang damai itu..
Disulami guruh bukan di langit tapi dihati..
Yang datangnya tanpa petanda..
Terlalu tiba-tiba..

Semasa driving nak balik daripada office tadi hati rasa tak best..
tak tahu kenapa..
sedang asyik menikmati hujan petang yang dingin..
panggilan telifon itu mematikan rasa..
hujan lebat diluar rumah seolah-olah mulai meresap di dalam hati mengundang rintik..
beristifar panjang dan serahkan segalanya pada Pengatur
yang mengatur segalanya
tanpa rasa curiga yakin dan pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Apapun pasrah setiap apa yang berlaku adalah ketentuan Allah
semoga sabar n tabah sentiasa bersamanya,
yakin dan pasti Allah sebaik-baik penjaga ...
maka Allahlah yang layak melindunginya...

Wahai Allah
Andai musibah yang menimpanya itu satu ujian,
kuatlah dia mengutip pahala menikmati ujian itu dengan sabar
.. andai musibah itu satu kifarah dosa,
kuatlah dia memujuk hati agar bersabar
untuk beroleh bahagia lantaran dosa-dosanya terhapus .

Namun dalam guruh itu..
Terselit seribu rahsia..
Yang punya hikmah tersendiri..
Untuk disingkap..

Tuesday, January 3, 2012

memulas tombol hati.. menjentik naluri


Allah... 
lama sudah tidak melontar kata-kata disini
banyak yang mahu di ceritakan
melambak mahu di kongsikan
bersepah drama nak tulis!

tapi...

ketandusan idea untuk menulis
kekeringan minda untuk berfikir
sebu
lelah
payah

dalam seminggu dua ini

presentation progras kat PD
respon para ilmuan.. memang nikmatlah!
tak terkata sangat PADAT + PEDAS
paling sadis
sehari sebelum present food poisaning + gastrik... syaris2 duduk wad
huhuhu

balik PD nak la menghirup udara dunia luar 
tetiba..

BB sengal
opis takdek tenet
task akta yang melambak...serabut!
writting pending.. lepas kene sound dah tak reti nak menulis plak dah!.. PARAH!!
set up soalan utk deep interview
cam biasa masih keliru dgn teori yang nak guna tuk tesis..
tunggu respon NRE pasal data.. macam2 hal!...aish..TABAH!
siapkan assignment local knowledge sustainability.. teras SENGAL sekejap!
huhuhuhu

thn baru.. berniat nak turun shah alam.. 
Allah takdirkan di rumah merehatkan diri 
akibat tiasa daya yang tinggal hanya mampu terbaring.. pasrah!

isu mahasiswa yg ditindas....sngt kejam
diperlakukan seperti haiwan
apa nak jadi M'sia niiii???
tetiba terasa nak berhijrah
nak tukar wargakenegaraan..
tapi.. terfikir..
dalam keadaan negara yg bergolak 
kekejaman yg semakin bertebaran niii
kalau lari
tak dikira munafiq ke??
ke camne??

Ermmm
ya Allah.. aku mahu berdiri kembali di atas tanah negara kasih sayang dan cinta.. 
suburkanlah hati-hati kami agar kami akan sentiasa mencintaiMU.. 
agar kami sentiasa bertaubat ats setiap kerosakan-kerosakan yang telah kami lakukan.. 
agar kami benar-benar tahu dan sedar akan diri adalah hamba...

alhamdulillah atas segala nikmat yang hadirnya pasti drMU untuk ku syukuri nak fikiri..
tq Allah atas segalanya..


p/s:.. tadi penat layan akta-akta yg bersepah.. keluar p kedai buku.. nak cuci mata.. capai kejap buku sebarkan cinta.. terasa nak beli...tetiba... adehhhh tak bwk walet! adoiii .. driving tanpa ic n lesen... masa dtng tadi tak rasa apa.. drive blk ukm.. cuak giler... hahaha.. 
alhamdulillah Allah lindung lg drpd segala perkara buruk... 
sekali lagi n selamanya.. THANK YOU ALLAH...