Tuesday, January 17, 2012

zaman kanak-kanak


erm.. 
tadi tgk gambar kawan opis masa kecik2.. 
alahai mengundang memori lama bermain di minda... 
aduhai zaman itu telah lama ku tinggalkan yang pastinya menyimpan seribu kenangan...

budak-budak
apa yang diorng tahu?
hidup penuh suka sakan dan gembira
yg duka hanya sedikit 
(duka kalau mak panggil balik drpd sebuk bermain.. atau kene rotan sebab malas solat n malas wat kerja sekolah hahaha...)

mereka bergelumang dalam dunia sendiri
wahh sangat rindu suasana bermain di laman..
main kejar2.. gelak ketawa yang tiada nokhtah...
(kalau jatuh, luka baru ada nokhtan sebab nangis dah tak senyum dan gelak2 dah hahaha)

'kite taknak kawan dgn ko'
ayat biasa yang teramat biasa...hahaha.. 
kanak-kanak..apa yang mereka faham dengan ungkapan itu, 
kerana esok pasti mereka bersatu kembali dan bergelak ketawa semula 
tanpa pernah ingat dan tahu mereka pernah mengungkap ayat itu semalam... 
simple kan?! nice... itu tandanya apa?
mungkin sebab hati anak-anak kecil itu masih suci tanpa noda.. 
hidup mereka penuh dngn kasih sayang dan kegembiraan..

esok besar ko nak jadi apa?
cikgu, dokter, polis, bomba, jurutera, blablabla
itu antara jawapan-jawapan skema kawan-kawan saya dulu
saya mahu jadi apa bile dewasa??
rapunzel!!
hahaha...
takpun jadi org dapur... hahaha
bile teringat kembali semuani...
adoiii adakah saya memang sengal daripada kecik???
apakah???
haha

alhamdulillah walaupun saya dah tak kejar untuk jadi rapunzel lagi.. tp apa yang dikejar adalah menjadi seperti Khadijah insan terbaik sayap kiri nabi.. Fatimah puteri kesayangan nabi yang penuh kelembutan dan hikmah..
tp cita-cita untuk menjadi org dapur akan saya kekal kan setelah saya terbaca ini..

"..kerana itulah, kita Melayu oleh rasa hormat kepada perempuan memanggil isteri kita orang dapur kerana isteri itu diandai bagai rezeki, memberi anak, menjamu juadah dan mengurus rumah tangga. jadi janganlah ada orang perempuan di kemudian hari meminta yang bukan-bukan, merasa hina digelar orang dapur, atau memandai-mandai mahu melawan fitrah kerana erti dapur itu bukan main mulia dan baiknya. Berada di dapur itu menjadi dia penjaga rezeki keluarga, tidakkah itu molek sekali duduknya.." (Ketupat Cinta, Faisal Tehrani: hlmn. 16)

Subhanallah. Fuuhh  itu makna orang dapur rupanya, macam biasa. Karya yang tak pernah lagi mengecewakan.
Setakat ini.

Novel yang ditulis hasil daripada kajian mendalam tentunya sarat dengan falsafah. Punya makna. Ada maksud di sebaliknya.Mendalam sungguh sampai kadang-kadang saya tak terselam dibuatnya... Dr Faizal Tehrani.. sejak dua menjak ini... kita ditakdirkan sering berjumpa.. walaupun anda tidak mengenali saya... tetapi saya mengenai anda.

hehehe.. sengal la plak..
dah2 cukup2
 
p/s:.. elok plak berceloteh kat sini yek... kerja bertimpun depan mata aci wat tak nampak jek.. adoiiii





No comments:

Post a Comment