Monday, January 31, 2011

mentaliti hud-hud

"Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir?”
” Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”
Demikian kata-kata Nabi Sulaiman a.s seusai pemeriksaan barisan tenteranya yang juga terdiri daripada burung-burung.
Ya, di manakah hud-hud?takkan dia tak dtng untuk ‘roll call’ yang sangat penting ini? takkan dia berani derhaka kepada perintah Nabi Sulaiman, yang kerajaannya jika dibandingkan pada hari ini, lebih hebat daripada kerajaan Barrack Obama?
Tiba-tiba…
” Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba membawa suatu berita yang meyakinkan.”
Ah…itu hud-hud! Berita apakah yang dibawa oleh si cute ini? Berita yang lebih penting daripada menghadirkan diri ke ‘roll call’ barisan tentera Nabi Sulaiman? Lebih penting daripada nyawanya sendiri
” Sungguh, kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”
” Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk,”
” mereka juga tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan.”
” Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang agung.”
Hud-hud, seekor burung yang kecil lg cute, tapi mempunyai himmah (semangat) yang besar. Sanggup mengambil risiko demi menyampaikan berita yang cukup kritikal. ‘ Oh Nabi Allah, ada kaum yang berada dalam kesesatan yang nyata! Mereka, walaupun dikurniakan dengan kerajaan yang tidak kurang hebatnya, tidak menyembah Allah, yang telah mengurniakan mereka dengan nikmat itu pada awalnya! Apakah kita harus berdiam diri sahaja? Apakah kita harus goyang kaki sementara kaum ini terus menerus dalam kesesatan? Apakah kita bisa membiarkan saja mereka menyembah matahari?’
Hebat, hebat sungguh mentaliti hud-hud.
Dia tidak merasakan tubuhnya yang kecil menjadi penghalang dalam membawa misi yang cukup besar. Amar maaruf, nahi munkar.
Dia tidak merasakan, ‘oh, aku cuma seekor burung, ini sekumpulan manusia. mengapa aku perlu menjaga tepi kain mereka? Biarlah manusia lain yang menyibuk mengambil tahu hal mereka!’
Dia juga tidak merasakan, alamak, nanti kalau aku tak pulang segera untuk roll call ni, Nabi Sulaiman marah dan hukum aku. Tak perlulah sibuk-sibuk dengan kaum ni. Pandai-pandailah Nabi Sulaiman dapat tahu nanti. Dia kan rasul. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri. Nanti aku kena hukum, kena sembelih, aku juga yang susah.’
Yang penting, yang bermain dalam fikiran hud-hud, cuma satu; ‘ok, ni ada kaum yang menyembah selain Allah. Isu yang sangat kritikal ok! kena sembelih pun sembelih la, takkan aku dapat berdiam diri sedangkan ada kemungkaran yang besar berlaku di hadapan mataku? Menyembah selain Allah! Tidak, tidak mungkin aku dapat biarkan!’

ok cukup cerita pasal hud-hud... insyaAllah peh ni leh cerita pasal binatang lain lak..
p/s: memang best kalau baca or cerita pasal haiwan2 ni...huhu..tersambung lak cerita pasal binatang..haha..mlm tadi selamat dah cerita kambing, pandan n the geng  kat tet..so pg ni cerita pasal si cute hud-hud lak...kalau binatang pun ada sumbangan tuk bela n jaga Islam...kite??? takkan takdek kan..Allah jadikan kite sempurna berganda2 drpd binatang...adakah Allah jadikan kite hanya untuk sia????...tepuk dada tanya iman.. jom do something for Islam!!

Sunday, January 30, 2011

mencari sesuatu yang hilang...

"dalam ketenangan ada keresahan.. dalam keresahan ada kekalutan..
dan dalam kekalutan ada DIA... untuk mengadu dan mengharap"

"....Ingatlah hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram."
(13:28)

Pagi ini, selesai menunaikan solat Subuh, tiba-tiba hati kami rasa tak sedap. Fikiran kami bercelaru, seribu satu persoalan bermain di minda. Alquran di atas rak diambil dan dibaca. Di akhir pembacaan kami, alhamdulillah dipertemukan dengan ayat keramat ini.
Terasa seperti satu jawapan yang tepat hadir di depan mata kami. Ya, inilah yang kami cari. Inilah jawapannya. Inilah penyelesaiannya. Hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram. Apabila ketenteraman hati itu diperoleh, insyaAllah segala urusan dalam hidup akan ditempuh dengan sabar dan tabah, nescaya sifat qanaah tersemai dalam setiap amalan, dan redha menjadi peneman setia kehidupan.

Ya Allah, permudahkanlah setiap urusanku, lapang dan tenangkan hatiku. Jadikan aku hamba yang redha diatas segala ketentuanMu. Ikhlaskan hatiku dalam melaksanakan apa jua keranaMu. Bimbinglah hambaMu ini Ya Allah dan berilah yang terbaik buatku. Hanya kepadaMu aku berserah dan bertawakal..

Ya Allah...

Pinjamkan kami keberanian Umar Al-Khattab,
Ketangkasan Khalid Al-Walid,
Kecekalan Tariq Bin Ziyad,
Kekentalan Salahuddin Al Ayubi,
Dan ketajaman Sultan Muhammad Al-Fateh....

Friday, January 28, 2011

Belasungkawa Nur Saadah..

Al-Fatehah..
buat Saadah seorg lagi shbt seperjuang kembali ke Rahmatullah
pada mlm jumaat yg sngt mulia...di hospital Ampang.

kami menulis entry ini dengan linangan air mata... sebak...terbayang sewaktu Saadah menumpang mengidap di rumah untuk berubat di Darul Syifa'... sayu hati melihat keadaan Saadah ketika itu...sungguh sngt menginsafkan diri yg sering lalai ini... bersembang...makan..n bergelak ketawa bersama Saadah, adk Saadah, kak Pah n Izzah... kenangan itu...takkan kami lupakan sampai bila2

"yuz doakan Saadah sihat tau"
"insyaAllah sihat nye peh ni.. leh jalan macam biasa...nanti leh jogging sama2.. kuat tau Saadah..kami semua sayang n sentiasa doakan Saadah"
senyuman saadah waktu itu...Allah jelas semuanye ..berlegar di ruang mata..

Ya Allah...
tempatkanla sahabatku di tempat yg mulia di sisiMu
sesungguhnya dia hanya seorang hamba yg sangt biasa 
berusaha menjadi hamba yg luar biasa ...berusaha bersama untuk membela Islam
ampun kan dosanye..pandanglah setiap amalannya
jadikanlah kembalinya dia kepada MU ..
kembalinya seorang hamba yang sebenar-benarnya hamba kepada penciptanya

itulah hebatnya Allah..menjadikan sesuatu..merubah sesuatu tanpa boleh dijanka oleh sesiapa pun...giliran Saadah telah tiba dan selesai sudah perjalanan n pengembaraannye di bumi Allah berhijrah ke alam yg lg satu... kite????? bile pula giliran kita akan tiba??? siapkah mengadap yg Maha Agung??
Allah...betapa lemah nye kami dek banyaknye dosa yg kami pikul...semoga sama2 berusaha untuk menjadi hamba yg baik untuk pengakhiran yg baik..insyaAllah.

Thursday, January 27, 2011

entry ini sngt gedik...sila tabah membacanyeee hehehe

"how old are u fairuz?"
ermm....(baru nak jawab)
"21??"
*yes...yes..yes..21 yr old..(dalam hati jek la jawab cenggitu...nasib baik formal converzation kalau tak lama dah kami angguk)
no..i'm 25 this Feb..
ooo i c..u look young
hahhahhah berbunga2 ...dalam hati ada kabun bunga... :-P 
(sambil senyum paling manis la kasi).. tq..

p/s; kepada org yg baca blog kami ni...sila la jgn rasa cam nak hantuk kepala ke dinding ke..nak baham pintu ke..bile baca entry yg berunsur gedik ini yeee...tabah je la...


bnyk org kata kami sombong... coolio ;)

Haha. kami cool je. Rilek je. Rilek2.
(tengah kipas muka nak bagi sejuk dalam hati)
 
Ok2. 
Misi membuat ekspresi selamba diteruskan.
Lantak lah ape nak jadi. kami buat muka selamba aje la.
Tapi kalau degup jantung dah melampau, muke mmg payah nak control.
 
Oh ye, 
kami masih mempunyai alergi tahap maksimum apabila bertembung dengan manusia bernama lelaki. 
maka, sekiranya kami kelihatan agak kerek di hdpn anda wahai lelaki (even member lama), 
sila maafkan kami kerana kegugupan kdg2 akan nampak mcm kesombongan.
 
Sekian, terima kasih.
 
p/s: kata pun puteri semut yg PEMALU tp comey....bukan sombong la malu jekkkk... adoiii...

Wednesday, January 26, 2011

tadi..

I have been waiting.
And it makes me feel sleepy.

tiba2 rasa rinduu..
rindu pandaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!

emo lg...

T_T
cesss apasalah kuat no emo nyek sejak 2 menjak nii...

semlm lepak kat library (do work ok)..tetiba cam sedih lak..kacau sungguhla jiwa nii..
terasa macam nak kene hukum gantung lak rasa... 
entah la kenapa..
nak kata takut kat supervisor...
tak pulak.. 
n ok jek pun pg tadi Dr relex jek layan kerenah kami ni...
(serius tabah giler Dr kami ni..ni kalau Prof S****** ni lama dah proposal tu ditongsampahkan)

p/s: puteri semut yg pemalu tp comel..c'mon what the use of being emo... smile..smile..smile

kami tak layak

Betul. kami tak layak.
Cuba pandang kanan kiri awk.
You deserved better.

So, I'll back off.
itu lagi baik... insyaAllah baik untuk semua

p/s: kadang-kadang memang rasa sangat rendah diri.. walaupun islam ajar kite tuk rendah hati bukan rendah diri.. tp kalau memang betul2 tak layak.. jgn la carik pasal la kan.. ermmm bile parasaan rojak tu dtng..serius sengal...

Tuesday, January 25, 2011

rumput hijau.. biasanyek la...ada jek color coklet...

Grass is always greener on the other side, kan?
Tapi betul ke yang itu yang terbaik untuk kita?
Tak sure. 

-Jadi mari menjadi abid yang bersyukur- 



Amat menakjubkan keadaan hidup orang2 mukmin. Seluruh urusannya membuat kebaikan bagi dirinya. Sekiranya dia mendapat kegembiraan dia bersyukur, maka ia mendapat kebajikan dengannya. Sekiranya ia ditimpa kesusahan dari ujian dan bencana dia bersabar, maka ia mendapat kebaikan darinya. Keadaan ini tidak ada di dalam kehidupan manusia lain kecuali bagi orang mukmin sahaja.
Maha pemurahnya Allah, memberikan nikmat, kepada hambanya, dan melipatgandakan nikmat bagi mereka yang bersyukur dan memujinya.

Sujud Pembebasan

“Sujud itu menundukkan dahi, tetapi
Memuliakan dan meninggikan muslim yg bertasbih padaNya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yg memusnahkan segala belenggu-belenggu itu

Padanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh Alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi
Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik dan was-was di dalam diri,
tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi

Dalam diam, kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujudnya hanya kepada Allah, ia mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
Menghapuskan setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi,dengan keagungannya,
rahmat dan keindahannya“
-Abdul Wahab Azam-

Monday, January 24, 2011

this post sound 'emo'

bukan sekarang
tp
tadi la
dah ok dah nii..

ermm

patience is not the ability to wait,
but the ability to keep a good attitute while waiting

huhuhu jgn salah anggap

sngt memerlukan kesabaran nak mengadap tesis nii

p/s: tq kepada 'tet' yg sudi menjadi pendgr tuk satu luahan berunsur sengal dek kerana give up dgn tesis.. huhuhu.. i feel better now..tq

pernah tak tengok harimau tido??

macam mana la agaknyek ek..
harimaukan ganas..bengis jek..garang jek..
haritu sempat tgk harimau tido..kat youtube je pun..
tetiba terasa cam..
comelnyekkkk harimau tido..(*_*)

p/s: panda sila jgn jeles..ape2pun panda lg comel drpd harimau..semut lg la.. 1000x comel drpd harimau..tp panda tetap di hati...eh..eh..pe kes ni???

pernah tak kite terfikir???

tentang sesuatu...
masa kite lahir kan semua org gembira tp kite jek nangis
nanti masa kite mati..
semua nangis.. kite jek tak nangis.. tp belum tentu gi kite gembira ke tak kann..
so
nak kembali kepada pencipta dgn gembira kene wat pe??
senang jek calculationnye..
buat apa yg Allah suruh n tinggalkan apa yg Allah larang...
mudah kan??
tp tu yg ramai org takleh nak buat...
insyaAllah jom kita sama2 buat..demi sebuah kepulangan yg gembira..

\(^_^)/

Sunday, January 23, 2011

Ada apa dengan Usrah

Most post2 dalam blog kami berkaitan dengan kehidupan kami selama ni... jadi tetiba terfikir untuk start menulis benda2 yang berat sikit kot...hahha..hanya percubaan.. entah berjaya ke tak..tak tahu laa

....................................................................................

Usrah

Pengetahuan kebanyakan orang terhadap usrah:

- bermaksud keluarga
- dibuat perkara yang hampir serupa oleh Rasulullah di rumah al-arqam bin abu arqam
- untuk menjaga diri
- berkongsi masalah
- berkongsi ilmu dan mendengar tazkirah
- ada 3 rukun, taaruf, tafahhum dan takafful
- diasaskan oleh Hassan al-banna


itu sajalah usrah yang difahami oleh kebanyakan orang

terutama di universiti2 termasuklah sekolah-sekolah agama



di sini kami ingin mengatakan

kesemua itu bukanlah usrah

tetapi semua itu hanya sebahagian daripada usrah

yang bertujuan untuk mencapai tujuan usrah yang sebenarnya



ada yang pernah berkata kepada saya

"Usrah ni berbeza2 tujuan dia untuk setiap orang"

di sini saya ingin mengatakan

salah



jika seseorang itu tidak menuju ke arah seperti mana tujuan usrah itu dibuat

maka tidak perlulah untuk mereka berada di dalam sistem usrah

buatlah nama2 lain jika anda ingin membuat satu sistem atau program 'usrah' anda sendiri


Tujuan usrah (ditulis mengikut kepala otak sendiri):

- Membina individu2 muslim yang mengamalkan Islam secara syumul
- Membina pejuang2 Islam yang hidup dan mati kerana Allah
- Menyusun pejuang2 Islam ini ke dalam medan2 yang sesuai dengan kebolehan
- Mengasah bakat terpendam dan melatih kebolehan-kebolehan baru untuk disumbangkan kepada Islam
- Merancang strategi dakwah serta jihad dan menjalankannya
- Membina ukhwah Islamiyah yang kuat terutama antara pejuang2 Islam ini


Itulah usrah

yang diasaskan oleh As-syahid Imam Hassan Al-Banna

“Usrah bukan majlis ilmu, tetapi sebahagian daripada faedah usrah adalah ilmu. Ia juga bukan medan untuk isu-isu semasa, namun mengetahui perkembangan semasa adalah sebahagian daripada pencapaian usrah. Begitu juga dengan ukhuwwah, ia bukan agenda usrah, tetapi salah satu manfaat usrah adalah terhasilnya ukhuwwah. Usrah adalah medan yang mencantumkan ilmu, isu semasa dan ukhuwwah, untuk suatu agenda yang lebih besar iaitu membentuk syakhsiah muslim. Menghasilkan manusia muslim”
(petikan artikel ukhwah manusia hamba-saifulislam.com)
p/s: cuba n sngt mencuba untuk istiqomah dalam usrah...nisa serdang, jundiah serdang, smart09 (AGI Shah Alam), zon tengah (alumni JIKPP).... Ya Allah permudahkanlah dalam pembinaan rumah pn Rohani n sahsiah rupa diri=individu muslim.

dunia 'maya' bukan lagi 'maya'

apabila ada perkara atau info yang ingin dicari, 
apabila ada research yang ingin dibuat
Pakcik Googlelah tempat pertama yang akan digunakan utk mencari


Apabila ada persoalan2 agama yang ingin ditanya

Ustaz Bloglah yang paling senang untuk cari jawapannya
(yang ditanya melalui pakcik Google jugak...huhuhu)



Apabila ada info yang ingin disebarkan

maka Encik Facebook lah cara yang paling berkesan untuk menyebarkannya
(walaupun kami takdek fb dah)

kesimpulannye...hari ni..
dunia dah masuk ke satu 'alam' yang lain
dunia 'maya' bukan lagi 'maya'
tetapi ianya dah jadi sebagai satu keperluan untuk semua orang yang ingin hidup di dunia 'realiti'
 
 
 
p/s: alhamdulillah berusrah bermeeting bersama shabat berkongsi rasa bersama kak midah, tikah, atirah n kak Bee... buat kalian semoga kalian terus kuat di jalan dakwah..terus tabah dengan ujian yg menimpa kalian.. terus istiqomah memberi sesuatu yang berguna kepada shbt2 yg lain... love u all.. planning ke shah alam...kemudian ke Tenang... dan ketentuan Allah meletakkan kami di shah alam..alhamdulillah semoga bermanfaat buat diri n semua.

Thursday, January 20, 2011

Alam itu sentiasa bertasbih

"Apa yang ada dilangit dan apa yang ada dibumi senantiasa bertasbih kepada Allah.."
(62:1)
..
..
..
kite????
dah bertasbihkah untuk hari ini??
..
..
IJLIS BINA NUKMIN SA'AH

p/s: penat bermeeting..bermuzakarah....mencari diri disebalik kisah silam.. kuatkah kaki melangkah?? never lost hope! Allah always be there...so...tenang jek ek Puteri semut... TENANG( ermmmmm...antara Tenang n Shah alam...yg mana satu?????)...T_T

"asing"

بداء الإسلام غريبا فسيعود غريبا كما بداء فطوبى للغرباء
Maksudnya : Islam mula tersebar dalam keadaan dagang ( asing) , dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing~H.R. Muslim

Islam itu bermula dalam keadaan yang asing. Sesuatu yang baru, yang tidak pernah diketahui manusia. Rasulullah diutus membawa agama ini buat seluruh umat. Setelah bersusah payah, berpenat lelah, memerah tenaga mengembangkan Islam, akhirnya hari ini kita adalah sebahagian darinya.

ketika cinta bertasbih

pergh!! tajuk..takleh blah...
bukan2..bukan pasal kcb..
sila jgn tertipu!!
..
..
..
actually nak ceritanye disuatu hari itu
di waktu tengah hari yang indah...
mata pun dah ala2 tunggu masa nak tutup...
tp cam sengal2 jek coz bila pandang atas meja..
ada lambakan journal yg masih lum baca...
..
..
..
pehtu kan..
..
..
tet : mengantuknya..
tot : hesh.jgn tido.bangun2.
tet : tp ngantuk.. =(
tot : jgn gitu,kena kuat.bgn bgn.xleh tido.
tet : k..


beberapa minit kemudian.

tot : zzzzz... *tido*
tet : -___-"


dia pulak tido dulu. -___-"
adoiii
sengal
sengal
memang aci tabah je la..

p/s: tp kan tah bile la tertido gak masa baca journal tu..coz perasan tu bile..tadi baru jek rasanye bibir sebut pasal sustainable development..tiba2 dah ada kat kebun bunga! hahha nyok giler leh lak mimpi p kebun bunga..memang sengal..haha

Tuesday, January 18, 2011

tadi hp terjatuh...

pehtu...
hp kami tu tak sedarkan diri buat seketika..
*buat muka selamba*
..
..
..
tp dalam hati rasa cam sengal dah ni... 
cuak giler
..
..
..
kembali tenang 
lepas beberapa ketika 
hp tu kembali sedarkan diri dan berfungsi dengan baik

p/s: sila la buat selalu cenggitu yek puteri semut yg pemalu tp comel ;-p

Saturday, January 15, 2011

stand by me...

When the night has come
And the land is dark
And the moon is the only light we'll see

No I won't be afraid, no I won't be afraid
Just as long as you stand, stand by me

so darlin', darlin', stand by me, 
oh now now stand by me
Stand by me, stand by me

If the sky that we look upon
Should tumble and fall
And the mountains should crumble to the sea

I won't cry, I won't cry, no I won't shed a tear
Just as long as you stand, stand by me

And darlin', darlin', stand by me, oh stand by me
Stand by me, stand by me, stand by me

Whenever you're in trouble won't you stand by me, oh now now stand by me
Oh stand by me, stand by me, stand by me
Darlin', darlin', stand by me-e, stand by me
Oh stand by me, stand by me, stand by me

Friday, January 14, 2011

kami lemah lembut orgnye.. hehe

"Siapa saja yang dijauhkan sikap lemah lembut adalah orang yang dijauhkan dari segala kebaikan." 

(HR Muslim) 


sekiranya pernah walau sesaat.
kami bersikap tidak lemah lembut ngan korang.
maafkan la kami ek.
kami actually lemah-lembut orangnya.
dan ayu juga...tp yg pasti maintain comey...
(hope takdek sape2 rasa nak muntah lak ek..maklumla pengakuan berani tuu..)
ROFL.
selamat bercuti semua
\(^_^)/

kalau kite nak makan baca doa ape?

of coz la doa makan kan...
...
..
...
yg kawan kami p baca doa naik kenderaanni 
pe kess???

...
..
...
adoiiii
ada jgk yg kene lipas 32 dgn kami ni kang
uish hangin la pulak!

i drank nescafe today

this is nonsense.
THIS.IS.NONSENSE.
badan dah mula rasa semacam ni.
oh no.......
i wonder why u people like nescafe.
minum milo lagi chomel what...

Will you be my penguin?

They say when penguins find their mates they're together for the rest of their lives. 
So, will you be my penguin?
 
p/s: puteri semut yg pemalu tp comel yg sengal!!... takpelah... i'm fine with my panda! hahaha..sah! mereng...

Cinta Sempurna...

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu

Thursday, January 13, 2011

ada org tanya, kenapa berkeluarga?

sebab....................
1.       Keluarga adalah syurga kecil di dunia. Kita akan merasa ketenteraman bila bersama keluarga (pasangan) dalam apa jua situasi.
2.       Keluarga sebagai support system. Manusia tidak pernah lepas dari masalah. Tapi, pasangan selalu menyokong pasangannya dan memahami dengan terbaik melebihi orang lain.
3.       Pasangan menenteramkan jiwa dan penyejuk mata. Bila balik kerja dan pulang dari luar, manusia sentiasa memerlukan kerehatan dan layanan, (tak tahulah kalau ada orang lain yang boleh layan anda sepanjang masa)
4.       Teman sepanjang hidup sampai syurga. Sedangkan Adam AS di dalam kenikmatan syurga yang cukup segalanya juga merasa sunyi. Manusia secara lumrahnya memerlukan teman yang boleh menjadi pendengar yang baik dan penasihat yang bagus.
5.       Pasangan sebagai reminder. Bila terpandangkannya, ingat pada tuhan dan kenapa ia diciptakan.

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬
 وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامً
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: 
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: 
Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. 
(Surah Al-Furqan ayat 74) 

p/s: org yg bertanya itu adalah.... puteri semut!.. kami tanya soklan tu kepada seseorg yg kami sanjung n sayang...tq sis atas jawapan n tq kerana tanpa jemu melayan yuz yg sering n selalu mereng ni... insyaAllah pesanan ITU..akan disimpan dan cuba dipraktikkan suatu hari nanti...i will insyaAllah.. doakan kami jumpa si pelurus bengkok yg pasti sngt2 memahami diri ini!...tq juga buat shbt2 yg sering menasihati dalam hal2 berkaitan dgn BM...tq a lot..sngt menghargai.

Dont give up and mess up.

Sentiasa bersangka baik dengan Allah..! 
Kerna Allah tak pernah menganiayai hambaNya, tetapi hambaNya lah yang menganiayai diri mereka sendiri.


Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '
p/s: i done my class today... alhamdulillah.. tak tido! hehe..so leh tuntut 'sesuatu' drpd seseorg yg dah janji nak kasi kalau kami tak tido dalam kelas.... hello..tet..janji kene tunaikan tau!

Wednesday, January 12, 2011

nak tahu tak...

salah satu sbb kenapa Allah uji kita.
is because Allah nak dengar suara kita cari-cari Dia.
how sweet is that?
ada satu hadis Qudsi ni tau.


Allah berfirman kepada malaikatNya : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."

see?
He wants to listen to u.

Food for soul

  • "Kalau sekiranya kebenaran mengikut hawa nafsu mereka,nescaya binasalah langit &bumi, dan siapa-siapa yg berada di dalamnya." [Mukminun:71]
  • “Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya beroleh kebaikan, nescaya diujinya dengan kesusahan” (Hadith riwayat al-Bukhari)
  • "Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sbg Quran yang dibaca dgn bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya." Yusof : 2
  • "...Kami telah menjadikan di langit: bintang-bintang serta kami hiasi langit itu bagi orang-orang yang melihatnya." (Al-Hijr :16)
  • ‎" Maka nikmat Tuhanmu yg manakah yg kamu dustakan?"

Friday, January 7, 2011

there is a difference between...

GOODBYE and LETTING GO

GOODBYE
is i'll se u again, when i'm ready to hold yr hand and u are ready to hold mine

LETTING GO
is i'll miss yr hand, i realized it's not mine to hold and i will never hold it again


p/s: mode serabai... haha ape kes tah puteri semut ni???

kebun bunga..

cantik kan...
bila la...
nak ada kebun bunga cam ni dalam hati...
;-p..
mereng2.. hahahha
 layannn

Kisah Baitul Muslim kembali lg..

Untuk kak midah,
Seuntai kata untuk dirasa..

tautan hati dari Allah adalah satu anugerah yang tak terhingga.sehingga kita tidak tahu dari mana mulanya,dan kenapa ia bermula..dan mungkin tiada penghujungnya..berterusan sentiasa..friendship is like a miracle.. =)

buat kak midah tq coz being a good sister..a good friend.. tq coz  tak pernah jemu melayan kerenah yuz.. kita ditakdirkan untuk berjumpa dalam satu matlamat yang sama, kita berkampung atas dasar 1 DAKWAH, kita berintima’ atas baiah yg telah dipatri, kita menginfaq segala yg termampu, kita berjemaah dalam tiap derapan, kita menyemai benih-benih kasih , lantas menyemarakkan izzah mujahidah kerna kita mencari NUR dan mardhatillah Allah...

sangat bahagia kak midah nak walimah dah.. menumpang bahagia sahabat.. terbayang kisah antara kita... kisah tido sebantal..kisah nangis n tawa.. kisah kene marah sama2(time Q dolu2..huhu).. kisah buat onar masa duk rumah sewa sama2.. kisah merajuk manja kite... kisah.. macam2 antara kita..insyaAllah walaupun kite tak lagi bersama ukhwah kekal selamanya... insyaAllah dgn walimah ini menjadi jambatan akak untuk berjuang dan menuju syurga...

Sangat gembira dan teruja untuk bersama-sama kak midah saat lafas ikrar sakinah itu nanti numun apa kan daya.. perancangan Allah meletakkan yuz ditempat yang lain.. apepun semoga Lafaz ikrar sakinah yang dilaksanakan semasa upacara akad nikah memberi impak yang besar kepada permulaan untuk kak midah dan pasangan melayari hidup sebagai suami dan isteri.

SELAMAT BERTUKAR STATUS KAK MIDAH...
SELAMAT MENJALANI HIDUP YG INSYAALLAH LEBIH TENANG..
SELAMAT MENYEMAI CINTA HINGGA KE SYURGA...
Semoga menjadi sebuah keluarga SAMARA...sakinah..mawaddah.. wa rahmah!

kerusi itu...

PATAH...tadi.
.
tu jek nak kasi tau pun...
huhuhu sengal lak rasa..
tabah ek korang...
tgh serabai ni...

kami sedang belajar...

  kami seorg hamba yang sedang 
dan 
akan terus belajar 
untuk terbang , 
terbang dalam mencari erti sebenar sebuah 
"Pengabdian".. 
Berdagang mencari ihsan 
SANG PENCIPTA 

...
..
...
salam jumaat sahabat2...jom terbang!

Wednesday, January 5, 2011

tak berani @ tak sedia

masih belum berani 
atau
masih belum bersedia 
untuk meruntuhkan tembok hati dan dinding rasa??
..
..
..
apakah??
merepek sudah.

hello2..puteri semut yg pemalu tp comel oit
kes ape lak ni???
adoiii
tabah2

Tuesday, January 4, 2011

larutan tepu

kalau larutan tepu tu camne rupanyek ek..
oooo
macam ni..
kalau letak gula dalam air tu dah sapai takleh nak kacau dah.

oooo

kalau otak tepu????
erk?

erm...

STRESS

Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu, hati akan menjadi tenang.”

(Ar Ra'du : 28)
 

you're never alone puteri semut yang pemalu tp comel..
 

sepi

lamanye tak menulis kat blog ni...
(;-p padahal baru 4 hari kot... huhuhu)

nak menulis...
bnyk sngt benda nak luah
banyk benda yg terkejut2 je ni..
nak cerita..
tp..
otak penat..
penat dgn akta sisa pejal
penat dgn MEAs
penat dengan governans alam sekitar

stress..stress..stress..

T_T