sebab....................
1. Keluarga adalah syurga kecil di dunia. Kita akan merasa ketenteraman bila bersama keluarga (pasangan) dalam apa jua situasi.
2. Keluarga sebagai support system. Manusia tidak pernah lepas dari masalah. Tapi, pasangan selalu menyokong pasangannya dan memahami dengan terbaik melebihi orang lain.
3. Pasangan menenteramkan jiwa dan penyejuk mata. Bila balik kerja dan pulang dari luar, manusia sentiasa memerlukan kerehatan dan layanan, (tak tahulah kalau ada orang lain yang boleh layan anda sepanjang masa)
4. Teman sepanjang hidup sampai syurga. Sedangkan Adam AS di dalam kenikmatan syurga yang cukup segalanya juga merasa sunyi. Manusia secara lumrahnya memerlukan teman yang boleh menjadi pendengar yang baik dan penasihat yang bagus.
5. Pasangan sebagai reminder. Bila terpandangkannya, ingat pada tuhan dan kenapa ia diciptakan.
وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬
وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامً
Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami:
Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
(Surah Al-Furqan ayat 74)
p/s: org yg bertanya itu adalah.... puteri semut!.. kami tanya soklan tu kepada seseorg yg kami sanjung n sayang...tq sis atas jawapan n tq kerana tanpa jemu melayan yuz yg sering n selalu mereng ni... insyaAllah pesanan ITU..akan disimpan dan cuba dipraktikkan suatu hari nanti...i will insyaAllah.. doakan kami jumpa si pelurus bengkok yg pasti sngt2 memahami diri ini!...tq juga buat shbt2 yg sering menasihati dalam hal2 berkaitan dgn BM...tq a lot..sngt menghargai.
No comments:
Post a Comment