Wednesday, February 29, 2012

Luahan rasa insan sekecil semut...atau sebesar habuk?? aduhaiii

bersandar di dalam kereta seketika usai mematikan enjin. 
selesai seharian aktiviti.. kerja + writting + mengajar dan berusrah bersama shbt 'UNGU'.. 
mata dipejam seketika... jam menunjukkan 12.30 mlm ke pagi? huhuhu
aduhai kelelahan yang seakan-akan sampai ke puncak... 

sekali lagi tanpa pernah untuk lupa memandang langit yg luas indah lg mendamaikan
teringat akan sesuatu

Lebih seribu tahun lalu, setiap kali masuk bulan baru, Nabi akan mengucapkan;
“Ya Allah terbitkanlah anak bulan yang baharu ini kepada kami dengan disertai keberkatan, tetap di dalam iman, selamat dari semua kemudharatan dan kejahatan dan tetap di dalam Islam, Tuhanku dan Tuhanmu (anak bulan) adalah Allah.” 
(Kata al-Tirmizi Hadis ini Hasan Gharib)

senyum seketika
aduhai sngt terbuai saat melihatmu bulan..

memandang buku-buku akta yg bersepah seolah-olah merontan-ranta minta dibaca dipandang sepi...
(kerja dunia yg masih belum selesai)

saya cuma terfikir. kadang, bidang mana pun yang Allah campakkan, kita yang menentukan untuk 'melihat' atau tidak. 'syukur' kita bukan semestinya pada diangkatkan tangan menadah doa dengan nikmat di depan mata. 'syukur' kita sebenarnya, pada apa pun yang Allah salurkan, kita lihat Dia.

pada setinggi mana ilmu yang Allah bagi, kita berbalik pada Dia. pada sehebat mana ujian Allah uji, kita bergantung pada Dia. pada segetir mana hidup yang kita lalui, kita yakin ini lakaranNya.

yang bahagia pada hati saya, di celah kering itu, Allah basahkan dengan indirect pengisian. sekurangnya, pada masa yang hampir 24 jam digunakan untuk macam2 benda, Allah selitkan 5 minit untuk sejenak duduk beriman. kerana Dia maha mengetahui atas segala kesukaran.
Allah...Allah...Allah...
 (^_^)


p/s:.... saat kepadatan yng mencengkam lupa akan sesuatu yg lapang... Allah

Thursday, February 23, 2012

angin malam ini...

menyapa lagi..
tanpa pernah gagal 
membawa hati ku terbuai

dada langit ku tatap
senyum dibibir terukir
menikmati indahnya taburan bintang
juga sang bulan di penjuru itu
setia menemani

aduhai alam 
sesungguhnya kau ibarat kitab yang paling luas
dah hatiku... sering terusik dek 'bahasa'mu
lantas mata ku pejam
lalu aku berbisik pada Pemilik alam ini

'Ya Allah, jauhkan aku dari segala permusuhan, yang dicipta aku atau mereka. 
Benihkan rasa sayang kepada insan yang Kau sayang. 
Hindarkan aku dari merendahkan perjuangan aku, atau mereka. 
Kuncikan mulutku dari kata yang sia-sia. 
Ya Allah, sujudkan aku pada malam-malamMu, imankan aku seteguhnya padaMu. 
Tumbuhkan rasa hina dalam diriku, angkat darjatku dengan cahaya malamMu
Ya Allah, bantulah aku dengan rahmatMu, bantulah aku dengan rahimMu.
Amin ya rabbal 'alamin.'

pelan-pelan kelopak mata kubuka
membiarkan air jerning itu terus mengalir
tanpa pengharapanku kepada MU...

p/s:... lepak-lepak di buaian beranda rumah sambil memaknakan malam dengan penuh syukur..=)

Monday, February 20, 2012

menjelang dewasa...

dulu-dulu, cinta itu menerima.
lepas-lepas, cinta itu memberi.
kini-kini, cinta itu berkongsi.


interpretasi kita berbeza,
menjelangnya dewasa.
(nak kabo nye dah dewasala niii... hahaha hopefully)


-ecehs.

ermm
Kalau dahulu, satu permintaan yang kami minta dari Tuhan ialah;

Lupakan aku terhadap kenangan-kenangan silam yang menjadikan aku kecewa.

Tapi hari ini, 

Tuhan
Aku mohon agar benarkan aku belajar hidup bersama kenangan-kenangan silam itu
kerana aku telah tahu,
kenangan itulah sahabat paling jujur yang mendampingku.

kepada semua shbt2 yg telah mendoakan yang terbaik di ulangtahun hari kelahiran puteri semut, terima kasih yang tidak terhingga semoga doa2 itu kembali kepada kalian juga
=)

p/s:.... berdiri, duduk, berbaring pada hari kelahiran dengan penuh syukur dan mohon agar Allah beri kekuatan untuk terus struggle menjadi hamba yg sebenarnya hamba di bumiNYA.. sedang dalam nikmat yg padat! T_T....

Tuesday, February 14, 2012

back to school

Alhamdulillah telah mendaftar semula hari ini

sem 3
sarjana sains (alam sekitar dan pembangunan)

semoga kaki kuat untuk terus melangkah
otak semakin ligat berfikir
dan andai bisa
mahu selesaikan segalanya pada tahun ini 
insyaAllah

berita gembira paper bersama my big2 bos telah publish dalam journal applied sains
lg gembira sv kasi tau paper kami bakal publish dalam scopes pula
Allah
nikmat2 yang datang dan pergi ini
mengusik hatiku
memujukku untuk terus kuat dan bersyukur
atas segalanya

=)
p/s:..... hehehe semangat tengah naik niii... jom siapkan paper tuk connfrence bulan 6 n 9 ni plak... insyaAllah bakal bermusafir Ilmu ke negara jiran =)

Wednesday, February 8, 2012

aduhai.. penulisan yang melelahkan..

air yang jatuh
dari birai mata
aku biarkan

biarkan ia mengalir
kepipi dan hilang
diresap angin

nanti angin akan
ceritakan pada alam
yang aku 
sedang sengsara...
 
T_T

waaaaaaaaaaaaa
gile sengsara menulis tesis niiiiiiiiiiiii

Allah teguhkanlah hati
jauhkan diriku drpd sifat berputus asa..

serius!
kesengalan yang sampai ke puncak!
berminggu2 mengadap... time syok2 idea melambak
dah lupa plak camne nak susun ayat
terasa cam nak masuk kelas Bahasa Melayu darjah 4!
sebab darjah 4 kot belajar ayat pasif, ayat aktif.. dan macam2 ayat lah


bile takdek idea yang sweet lg comel... pandai lak nak bermain dgn kata-kata
hasilnya keluarla ayat2 tah apa2 tah yg takdek isi n sngt la mengarut
tahap petala langit ke tujuh! dan hari ini terpaksa edit balik yg mengarut2 tuuu
apakah????? 
aish buat kerja yang sama banyak kali mengap hasil yang berbeza
 
orang kata buat master tu senang... 
kami rasa senang... senang sebut je laaa... 'MASTER'..
orang kata buat kajian sains sosial senang... 
kami rasa senang... senang baca je la.. bile nak transfer yg di baca ke penulisan... 
perghhhhh azab tak hengat!... terasa cam baik wat kajian sains teknologi.. 
masuk lab.. dapat result analisis.. conclude! selesai..... 
(astagfirullah gaya org tak bersyukur... ampunkan aku Ya Allah.... T_T)
huhuhuhu......
ermmmm....

mengarut kat blog... memang senang! contoh?
ni la contoh terdekat lg sahih! 
comfem tanpa was2... huhuhu

huhuhu
Ya Allah ikhlaskanlah hatiku untuk semua ini
agar senang dan lapang itu menyelimutiku
Campaklah ilham yang benar dan jitu
agar mudah untuk aku meneruskan
derapan langkahku di medan ilmuMU ini
 *******
 
P/S:.. petang ini akan ke janda baik.. untuk misi ilmu juga.. semoga bermanfaat buat diri andai bukan masa terdekat mungkin hari esok ia berguna untuk dimanfaatkan yg lebih penting bukan untuk kepentingan diri semata insyaAllah untuk disebar luaskan untuk anak2 adam, umat Nabi Muhammad S.A.W dan hamba-hamba Allah yang sering dan berusaha memperkemaskan diri dgn ILMU... semoga langkah kaki ini dipermudahkan dan hati ini ikhlas atas segalanya...



Wednesday, February 1, 2012

sopan...=)

melangkah kaki untuk suatu misi tadi penuh dengan debaran..
kerana ini kali pertama.. 
untuk bersua..
dan...
tatkala mengatur langkah pulang...
ditemani bintang-bintang..
jua rasa tenang yang DIA kurniakan..
senyum...
mereka sngt sopan!
=)... 
dan sy???
berusaha menjadi sopan juga 
;p
hehehe..
semoga Allah memberi kekuatan untuk diri ini berkongsi bersama mereka
dan semoga mereka beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat

p/s:... tadi sempat mendongak ke langit sebelum turun daripada kereta... aduhaiii sangat terbuai dengan indahnya langit malam ciptaanNYA... memejamkan mata lantas...Allahamdulillah lafas syukur itu terucap atas nikmat2 yang silih berganti datang dan pergi
Alhamdulillah
=)

Kacak??


 'LELAKI KACAK SUKA MEMBACA'
hehehe terbaca tajuk itu di SOLUSI 38

rasa-rasanye sejak akhir-akhir ni ada dengar ura-ura en tet sedang sangat bergiat untuk membaca... adakah kerana mahu menjadi kacak??? hohohoho
hahaha semoga tercapailah hendaknya.. 
tapi terbaca yang ini juga:
"aku tidak memiliki obsesi agar doa itu terkabul. obsesiku hanyalah keinginan untuk mengucapkan doa. kerana apabila aku terinspirasi untuk berdoa, pengabulan itu pasti datang beriringan, tatkala doa itu diucapkan." 
-saidina umar al-khattab-
terasa cam kacak sungguh saidini umar al-khattab ini
hehehe

maka monolog ini yg keluar di hati:
“hmm, nampaknya lelaki lebih kacak kalau suka berdoa.”

sudahlah kacak depan manusia
kalau depan Allah, oh tampannya 
agak-agak seperti apa?
bidadara Syurga?

cik puteri semut yg pemalu tapi comel....APAKAH?????
OK DAH!
CUKUP!
kestressan melampau!
malasnye nak tulis tesis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
'=,=