Thursday, June 14, 2012

catatan...apakah??

terkadang hingar di luar menjadikan sepi di dalam
dan 
terkadang hinggar di dalam meriuhkan sepi diluar
apakah???

lontaran kata ini bukanlah perlu di sambut.. 
biarkan ia terkena dinding atau andai bisa..terbang keawanan 
kerana si pelontar bukan seketul raksasa, 
mahupun spesies unta merah tetapi si pelontar adalah kelahiran Malaya. 
Walau nama kurang tsiqah (puteri semut), tulisan bukan sampah. 
Haaaaaaaaaaa~ 
 Jaga-jaga Cik Salmah! =O


ADOIIIIIIII
PARAH2... DAH2 
memang kene kemas2 balik rumah niiii
 suh writting tesis..
nganga2 jek daripada tadi
update blog
update status fb
perghhhh
gigih betul!! 

p/s:.... bersedia telinga untuk mendengar cerita-cerita Muhammad yg balik drpd 'rumbungan'...hahaha...

Wednesday, June 13, 2012

DR. FAIRUZ....insyaAllah..

Masuk meeting dengan muka blur yang amat

topik perbincangan
'bengkel untuk Tranfer knowledge sustainability'
apakah??

yang paling best tu
tulis nama-nama yang hadir

'ni siapa ni Fairuz?'..
"Dr Fariz..."
'betul ke cuba awak tenguk apa yang awk tulis tu...'
"betulla Dr Fariz.."
....senyum...'ok cuba awak eja...'
erk!
malu sehhhhhh

apasal leh tulis DR. FAIRUZ?????....................
.hahahahahahaha
giler malu... aci plak tu berbalah dengan Prof...
 lg malu mempertahankan benda yg salah plak tu
adoiii.. tabah2...

siap prof usik lg:
'bagus-bagus tak sabar nak buat PHD laa tu....'

 

DR. FAIRUZ... 
insyaAllah dalam 5thn lg .... 
(yeke.. rasa cam leh dpt cepat drpd itu.. kalau rajin laaa.. kalau tak rajin... 
10thn pun tak tentu lg tuu... hohoho)

so bulan 7 adalah masa2 yang akan dihbskan dengan bengkel
mari berbengkel!
seronoknyeeeeeeeeeeeeeeeee
[(=,=')tabah je laa]

p/s:... makan dengan prof-prof and Dr. dan pegawai2 LESTARI... terasa diri ini sngt comot dan selekeh.. aduhaiii apasalla korang pakai cam nak p kenduri kawen niiii...

Monday, June 11, 2012

Memulakan hari dengan...

Bismillah...

kembali ke office
semoga hari ini dipelihara daripada sifat-sifat yang negatif
sifat-sifat yang tercela.
dan semoga diri ini tidak lupa untuk terus dan terus sentiasa bersyukur dan berzikir pada NYA..

"O' Allah, through this knowledge, make me a better person, make me a better human being, make me a better son, a better daughter, make me a better eventually husband and wife, make me a better father and mother, make me a better human being, a better community member.." 

-SHARING FROM  men of understanding, sh. abd nasir jangda-

P/s:.... mari bermeeting! =p.. dan makan free.... insyaAllah andai hari ini Rejap tak bisa ku penuhi dengan puasa esok masih ada.. semoga.. Allah izin.

Sunday, June 10, 2012

Bila sesuatu yang kurang senang di pandang...


terpandang...
hati terguris sedikit
beristifar
itu jalan yang terbaik

akhirnya ini yang harus saya simpulkan:
bersangka baik...

biarlah segalanya Allah lebih tahu
dan saya tak mahu membuat andaian
andai andaian itu salah 
maka hanya akan mengundang bencana 

teringat perbualan bersama seorang kawan:

"Aku rasalah kan, ada dua benda penting yang harus kita belajar. Berani bercakap benar dan berani berkata tidak. Dan aku rasa lelaki harus lebih perlu untuk berani berkata benar dan perempuan harus lebih perlu untuk berani berkata tidak."

"Sebab apa?"


"Sebab aku rasa kebanyakan lelaki atau ramai, ujiannya lebih kepada membetulkan keadaan yang salah. Dan kalau dia belum cukup berani untuk berkata benar sebagai contoh demi menjaga nama baiknya tentu kesalahan akan terus bertapak dan bernafas. Sebaliknya perempuan, ujian kebanyakan dari mereka lebih kepada menolak ajakan berbuat dosa. Dan kalau mereka belum cukup kuat untuk menolak, mereka akan sama-sama menjadi ahli dosa walau pada awalnya mereka sendiri tidak rela."


"Jadi kenapa lelaki tidak perlu ada keberanian untuk menolak?"


"Bukan tidak perlu ada, maksud aku lebih utamanya berani bercakap benar. Sebab aku rasalah, lelaki tidak perlu rajin menolak kerana ada banyak perkara yang perlu dia 'rai'. Sebaliknya, perempuan perlu kuat menolak kerana ada banyak perkara yang perlu dia 'jaga'."

perbualan itu sebenarnya meninggalkan tanda tanya dalam diri saya sebenarnya
entahlah.. 
apa-apapun
ada benarnya
kerana pasti ada sesuatu untuk dipelajari atas perbualan itu 
jika tidak pasti Allah tidak izinkan untuk berlaku

kadang-kadang ada perkara yang perlu diraikan
dan kadang-kadang ada perkara yang perlu berani ditegaskan
dalam mahu menjadi muslim dan mukmin yg baik
ujiannya pelbagai
pada saya tidak kira dia lelaki atau perempuan kedua-duanya perlu berani berkata benar 
dan berani berkata tidak pada sesuatu yang sebenarnya salah.

semoga Allah memberi kekuatan untuk saya menjaga diri saya sebaiknya 
semoga Allah melindungi saya pada satu-satu situasi yang tak mampu saya hadapi Allah
semoga saya mampu menjadi hamba Allah yang lebih sabar dan tabah
 yang lebih mampu berhusnuzhon baik denga Allah mahupun dengan manusia.
(^_^)
(senyum jek.. langit mendung pe de hal... Allah ada...k!)


p/s:... alhamdulillah kejap2 lagi mahu menyelesaikan hal-hal dunia yang insyaAllah semoga ada sahamnya di akhirat.. dan petang ini mahu berriadah bersama kanak-kanak di rumah... insyaAllah semoga Allah izinkan dan gembirakan hati dengan melihat-lihat alam sambil berzikir kepadaNya...=)



Thursday, June 7, 2012

disuatu petang.. tentang cinta.. di LESTARI...=)


keletihan meneliti dokumen yang sangat menuntut untuk difahami
pantas lembaran kata-kata insan2 hebat di teliti...
(yg ni boleh plak ekkk...=p)

maka inilah hasilnya:

Cinta adalah milik dua hati yang memahami perbezaan
bukan sekadar mengetahui persamaan

kan?

(^_^)

sekali lagi... 
kata-kata Buya Hamka:

“… cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lain menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah seorang dan lain-lain perangai yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi, dan lain-lain perangan yang terpuji.”

ermm.. petang2 yang redup.. 
bersama kesejukan yang palsu di bilik tertutup LESTARI..
 maka mata menuntuT hak untuk ditutup...
perlukah hak mata itu ditunaikan???
hahaha
apakah???

mode:.. telinga drpd tadi tgh dgr talk free drpd Kema yng tak puas hati.. haha =p

Monday, June 4, 2012

Selamat bertunang..

salam Tahniah buat sepupu yang bakal menjadi suri hujung tahun ini
semoga segala harapan dan cita-cita tercapai..

Fatin + Shafiq
Tahniah..selamat bertunang

dan mereka... permata hati sy...=)
husna + sofia + sarah + najiha + muhammad + hasyim
(ni baru 6 ada 23 lagi tak sebut nama hahaha.... raya thn ni duit raya dibekukan! ;p)

hidup adalah setitis air dari langit
yang jatuh ke tanah tinggi sebelum
mendakap ukhuwah titisan lain
menjadi sungai ke muara abadi

p/s...hujung minggu yg padat...padat juga dgn persoalan2 yg biasa yg naik rimas nak dgr sebab jawapannya sama je... 'oh.. belum ada jodoh lagi' .. aish kene rakam ni.. senang!