terpandang...
hati terguris sedikit
beristifar
itu jalan yang terbaik
akhirnya ini yang harus saya simpulkan:
bersangka baik...
biarlah segalanya Allah lebih tahu
dan saya tak mahu membuat andaian
andai andaian itu salah
maka hanya akan mengundang bencana
teringat perbualan bersama seorang kawan:
"Aku rasalah kan, ada dua benda penting yang harus kita belajar. Berani
bercakap benar dan berani berkata tidak. Dan aku rasa lelaki harus lebih
perlu untuk berani berkata benar dan perempuan harus lebih perlu untuk
berani berkata tidak."
"Sebab apa?"
"Sebab aku rasa kebanyakan lelaki atau ramai, ujiannya lebih kepada membetulkan keadaan yang salah. Dan kalau dia belum cukup berani untuk berkata benar sebagai contoh demi menjaga nama baiknya tentu kesalahan akan terus bertapak dan bernafas. Sebaliknya perempuan, ujian kebanyakan dari mereka lebih kepada menolak ajakan berbuat dosa. Dan kalau mereka belum cukup kuat untuk menolak, mereka akan sama-sama menjadi ahli dosa walau pada awalnya mereka sendiri tidak rela."
"Jadi kenapa lelaki tidak perlu ada keberanian untuk menolak?"
"Bukan tidak perlu ada, maksud aku lebih utamanya berani bercakap benar. Sebab aku rasalah, lelaki tidak perlu rajin menolak kerana ada banyak perkara yang perlu dia 'rai'. Sebaliknya, perempuan perlu kuat menolak kerana ada banyak perkara yang perlu dia 'jaga'."

perbualan itu sebenarnya meninggalkan tanda tanya dalam diri saya sebenarnya
entahlah..
apa-apapun
ada benarnya
kerana pasti ada sesuatu untuk dipelajari atas perbualan itu
jika tidak pasti Allah tidak izinkan untuk berlaku
kadang-kadang ada perkara yang perlu diraikan
dan kadang-kadang ada perkara yang perlu berani ditegaskan
dalam mahu menjadi muslim dan mukmin yg baik
ujiannya pelbagai
pada saya tidak kira dia lelaki atau perempuan kedua-duanya perlu berani berkata benar
dan berani berkata tidak pada sesuatu yang sebenarnya salah.
semoga Allah memberi kekuatan untuk saya menjaga diri saya sebaiknya
semoga Allah melindungi saya pada satu-satu situasi yang tak mampu saya hadapi Allah
semoga saya mampu menjadi hamba Allah yang lebih sabar dan tabah
yang lebih mampu berhusnuzhon baik denga Allah mahupun dengan manusia.
(^_^)
(senyum jek.. langit mendung pe de hal... Allah ada...k!)
p/s:... alhamdulillah kejap2 lagi mahu menyelesaikan hal-hal dunia yang insyaAllah semoga ada sahamnya di akhirat.. dan petang ini mahu berriadah bersama kanak-kanak di rumah... insyaAllah semoga Allah izinkan dan gembirakan hati dengan melihat-lihat alam sambil berzikir kepadaNya...=)
No comments:
Post a Comment