Thursday, March 31, 2011

bersenang-senang....

layang-layang koyak sebelum terbang
tali tangsi putus sebelum tegang
angin kuat tetap menghembus
  kami gagal menongkah arus.

apakah???
..
..
takdek pape..sajejek..
melontarkan kata2..sekadar lontar..
berani lontar sebab tak beracun..n insyaAllah takkan mencederakan sesiapa
..
..
Dalam kembara yang berat, perlu rehat yang tepat.
Maka kembara menuju akhirat, ibadah-lah rehat yang paling tepat.
 
p/s: baru balik drpd lunch dgn CINTA HATI..singgah ke pesta buku kat pkns..sempat pengang beberapa buah buku...pegang jek jadilah nak beli...berkira2 lg..hehehe... apepun tq kepada CINTA HATI ...SITI SYAHIRAH RUSLI kerana telah menghadiahkan kami sebuah buku ...dengan pesan.."kene katam dulu buku ni.. nanti baru faham benda yg dibincangkan"...baikkk miss

sekadar...

menjawab kata2 kawan kami sebentar tadi...

'Mengapa salahkan cermin berdebu;
andai diri yang kelabu?'

ke camne TINI??
huhu sekadar kata2 jgn amik peduli jika ia mengganggu hati anda..

p/s: jgn sibuk nak mencari si sempurna kalau diri sendiri tak sempurna...so kene la pandai2 ukur baju di badan sendiri.. hohoho..tak emo..just ckp jek...takdek masalah kalau takleh terima....selamat menabahkan diri untuk menempuh hari2 yg mendatang (^_^)

tgh hari ni...

kami nak jumpa dengan CINTA HATI kami...
hehehe..
sila la jeles ek..
nak tau tak sape CINTA HATI kami ni???
..
..
..
..
nak?
..
..
ok2
..
..
orangnye tegas dalam lembut
orangnye sengal kadang2
(org lain yg ckp..tp kami kata...ada benarnye..hehe..sila jgn marah ye CINTA HATIKU...hehhe)
asal pulau pinang
kalau bercakap memang hebat...
sangat pandai menggunakan bahasa yg sngt indah n berbelit2 kadang2
yang penting CINTA HATI kami ni best!
hohoho
..
..
ce teke sape???
..
..
hehehe
..
..
mestilah..
SITI SYAHIRAH BINTI MOHD RUSLI
(^_^)

p/s: all the best syira...semoga segalanya berjalan lancar dan berakhir dengan baik..insyaAllah kite lunch sama tgh hari ni...

Hari Ni....

manis..
esoknya mendung..
esoknya bahagia..
esoknya tenang..
esoknya cinta..
esoknya gila..
esoknya pahit..
esoknya masam.. 
esoknya kecewa..
esoknya sedih..
esoknya gelak..
esoknya senyum..
esoknya bangga..
esoknya berjaya..
esoknya jatuh..
esoknya bangkit..
esoknya belajar..
esoknya luka..
esoknya sakit..
esoknya sembuh..
esoknya merana..
esoknya suka..
esoknya benci..
esoknya mungkin manis kembali...

hidup memang begitu rupanya
tabah k!

ish tak sangka korang baca satu-satu... ni yang terharu niii..hehehe

mode: sedang2 jek..huhuhu nak gi kelas kejap2 lg ada discussion jek takdek lecture.. but still kene attant..tabah2

Wednesday, March 30, 2011

soklan sengal dan memerlukan ketabahan untuk menjawabnye...

actually soklan ni kami dpt drpd seorg student forener yg tengah buat kajian pasal apa tah..yg pasti pasal kawen2 ni...soalan2 itu adalah seperti berikut:
1. How old are you?
25 thn

2. Are u single?
yup.tak kawen lagi

3. At what age do u think ull get married?
ermm jap nak fikir

4. Do u think ull b marrying d person u are wif now?
ada Zuhaili jek dalam opis ni...tapi tengah seorang diri berjaga dalam opis ni... Zuhaili tido...mesti dia terkejut kalau kami tiba-tiba kejut dia bangun ajak kawen.

5. If not, who do u want 2 marry?
jodoh tu kan rahsia Allah


7. Do u want a garden/ beach or traditional wedding?
traditional wedding.kat kampung sudeyh!

8. Where do u plan to go on honeymoon?
lorh.tak kawen lagi pun.tataw.pegi bulan kot.nama pon honeyMOON.

9. How many guests do u think ull invite?
kawan sekolah rendah,sekolah menengah,universiti,orang kampung.ramai tu! =D

10. Will dat include ur exes?
hape-hape ntah pye soalan.

11. How many layer of cake do u want?

27 tingkat? Boleh tak??

12. When do u want 2 get married, morning or evening?
tak kisah...tengah hari pun ok jek...ke camne??

13. Name d song/tune u'd like 2 play at ur wedding?
lagu pengantin laa.... kata kawennn.. adehhh

14. Do u prefer dining or just normal spoon n fork?knife?
tangan je.kan ke traditional wedding. hailaaaa!

15. Champagne or red wine?

tanak! Sebab saya muslim.... nak sunquick orange jek... takpun air standerd kenduri..of coz sirap..kasi power tambah limau huhuhu~

16. Honeymoon right after d wedding or days after wedding?

lagi la ntah pape soklan niiii.... serius sengal nak jawab

17. Money or household items?

money~ (materialistik! hohohohoho)... nak choki2 boleh tak???

18. How many kids would u like 2 have?

ntah... nanti tanya balik la ek after kawennn.. ni kawen pun tak lagi camne nak jawab..

19. Will u record ur honeymoon in DVD/CD?
maybe~

 hohohoho sengal giler kan soklan dia... boleh SV dia lepaskan dia kasi soklan tu kat respondent.. ke dia tak refer Sv dia..ke camne tah ...suka hati dia la... sory la bro i'm not interested to answer yr question... sila cari respondent lain ek...hohoho..

p/s;alhamdulillah getting beter... tq atas setiap kata2 semangat yg telah dilontar oleh dia, kamu, awk n mereka...kata2 anda2 semua sngt kami hargai... kembali untuk tabah.

untuk si dia yang tidak jemu...

melayan celoteh kami...
tq Jie... (^_^)
mode: bersenang-senang sambil makan choki2 and.....panda duk sebelah hehehe
(hohoho..choki2 beli tadi masa on the way balik rumah...huhuhu..makan choki2 sambil buat report dan jeling2 kat blog...aci ke cenggitu??)

tadi bergayut dengannnnnnnnnnnnnnnn hehehe......
JIE..
sngt bangga n terharunya akak sebab awk sngt tabah!
sila tabah selalu camtu ek...
tabah sungguh awk mendengar akak bercerita
sampai akak terpaksa panggil nama awk..tuk make sure yg akak tak syok sendiri..
hehehe... sengalkan akak ni... (takpe akak mengaku sendiri...huhu)

buat Jie yang dikasihi...
Jazakumullah khairan kathira sebab beri peluang akak mengenali awk
perkenalan singkat kita sangat memberi kesan 
itulah indahnya jika ukhwah berlandaskan aqidah
pasti indah..manis..macam gula...
yeke? 
tp akak rasa gula pun tak semanis ukhwah kite kan Jie...hohoho..
all the best 4 your final exam Jie..


ukhuwah dan kasih sayang tersulam
rindu mula menapak
bila lagi dapat bersua muka
Jie...
akak sayang awk...


Tuesday, March 29, 2011

DIA...

Ada rindu
Ada sayang
Ada resah dan gelisah jika tidak 'bertemu' walaupun sehari
Dia hadir tanpa kuduga
Kami punya 'cerita belakang'
Di sebalik 'cerita' itu, ikatan ini telah terjalin
Perancangan Allah itu sangat teliti

Rasa cinta itu wujud tanpa diundang
Mudah sungguh diri ini memendam rasa
Rupanya dia juga sepertiku
Syukur!

Terima kasih Allah
Terima kasih..
kerana hadirkan dia dalam diriku

Terima kasih kamu
Terima kasih banyak-banyak
kerana sudi menerima diri ini
menjadikan diri ini antara insan yang paling hampir dengan kamu
aku rasa sungguh bertuah
sungguh
bukan hanya manis di bibir
tetapi ia tulus ikhlas dari hati

saya sayang kamu kerana Allah
kita jadi insan yang saling ingat mengingati ye?

Buat SITI SYAHIRAH RUSLI, NURUL HIDAYAH SAHAT, AZIAH DAUD, NURUL ATIKAH, SITI ZUHAILI, HAJAR, HASLINA terima kasih kerana Sudi menjadi 'dia' itu untuk yuz. :)
tak lupa juga buat semua shbt2 disekeliling ku yang sentisa bersusah n bersenang bersama terima kasih kerana sudi menjadi 'dia' untuk ku
MODE: *RINDU KAT SAHABAT*

Monday, March 28, 2011

masih belum cukup tabah rupanya.....

'Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain'
 
so tabah k
jgn berputus asa


tak


insyaAllah tak berputus asa


cuma


kadang-kadang rasa..
penat
tak larat
kaki lenguh
otak sarat
 
p/s; Ya Allah kenapa rasa sngt down niii...... semua benda pending..semua kerja tak menjadi... nnn terasa mata panas balik... 
T_T
(tadi singgah kedai kat unikep...cari choki2..tapi takdek..peh tu terasa sebak sebab choki2 takdek..rasa cam mood spoil giler... adeh..kenapa la jadi camni...sila tabah puteri semut oit)

As SweEt As SuGar


Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him
Mode: happy
Hohoho
Menumpang gembira buat kedua-dua shbt yg bakal mengemudi bahtera perkahwinan tidak lama lagi...
Tahniah..tahniah...tahniah..
akhirnya..
Kepada
akhi musafri (Q1) dan kak syida(Q1)
selamat menuju damai insyaAllah semoga menjadi keluarga SAMARA... Sakinah Mawaddah wa Rahmah...

This feeling...


Assalamualaikum...

This feeling...
Make me feel sick each days..
This feeling..
Make me can't focus what i'm doing..
This feeling...
Make me to be strong and put trust in Him..
Sometimes this feeling make me cry..
Pretend to be that i'm ok..
But when i'm alone, i'm crying deep in my heart..
 He give me this feeling..
Because He knows that i can conduct it..
And it is not easy for waiting ...
waiting for that day.. 
The day that given by Him..
InsyaAllah... i will wait for it..
And continue our journey in in this way for Mardhatillah..
To become His Devotees... 
 
p/s: tq for all feeling that u give me Allah.. setiap rasa yg dirasa pasti ada hikmah yg tersendiri.. sedang n sngt berusaha untuk menjadi tabah

Friday, March 25, 2011

TQ Nurul n Aziah...

sebab menceriakan pg jumaat yuz.....
Kadang-kadang, dalam kesibukan, dalam kehangatan dengan komitmen masing-masing, best bila dapat luangkan masa sama-sama dengan kawan kita walupun sekadar berym,
menceriakan hati yang gundah gulana
bertukar pendapat
usik mengusik
yang paling penting, buat sesuatu yang dapat menyegarkan semula IMAN kita,

bila bersembang, mesti ada,
'dulu.........' [merujuk kepada cerita yg lepas-lepas]


Seronok bila imbas kenangan-kenangan lama, ada yang sedih, pedih, susah, senang.
gelak-gelak je bila teringat.
Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa satukan hati kami walaupun satu hari nanti kami sudah berkeluarga, beranak pinak nanti
hohohoho

Kenangan lepas, jadikan panduan untuk hadapi hari muka InsyaAllah

Terima kasih Allah, untuk hari semalam :)

p/s: mata bengkak bukan sebab nangis ekkk sebab makan ubat ... ubat apa la Dr kasi ni...sampai bengkak2 mata kami..adeh.. batuk cam biasa masih lg bersisa...doakan kami sihat ek shbt2..huhu

Thursday, March 24, 2011

Pesanan....

“Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. JAdi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!”

Mungkin sesuatu yang kelihatan sederhana pada pandangan mata, tetapi sangat cantik bila dipandang dengan mata hati. Begitulah rasa hati… semoga kita semua kembali kepada Ilahi, kerana di sana ada keindahan yang hakiki dan abadi. 

Berfikir tentang jodoh anak-anak, adalah satu cabaran yang dipenuhi pelbagai misteri. Ia sukar ditebak dan diduga. Namun, pesan saya cuma satu… untuk anak sendiri dan anak-anak di luar sana, ikutlah syariat, pasti selamat. Islam itu sejahtera. Tidak ada kebahagiaan tanpanya.
Ya, kesalahan dan kesilapan boleh berlaku -  ada ampun, maaf dan taubat di situ. Namun mukmin sebenar tidak akan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Cukup hanya sekali… pertama, kerana kejahilan. Maka belajarlah. Kalau kedua, itu kerana kedegilan. Hubaya-hubaya, kekadang harga yang ditagih untuk ‘membetulkannya’ terlalu pedih dan menyakitkan.

Belajarlah melakukan yang benar dan betul buat pertama kali. Itu yang terbaik. Tetapi jika tidak, cubalah membetulkannya buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jangan jemu untuk cuba melakukan yang terbaik, kerana kata bijak pandai: Kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali!

-pesanan dan coretan asal drpd UST PAHROL- 

p/s; syukran ust atas kata2 itu...dan perkongsian ini sngt bermakna dalam mengatur langkah ....

Wednesday, March 23, 2011

Allah berhak atas apa sekalipun

actually just nak share la ..
baru-baru ni jumpa la dgn dgn shbt lama.. masa jumpa tu serius tak kenal dah...
masa dia pegang tangan kami kat PKNS tu...tersentap gak...terkejut kot
tiba2 ada org pegang tangan..
"nor fairuz abu bakar"
"erk...ye... siapa ye?" 
(serius takleh cam sebab yg menegur tu pakai purdah)
"tak kenal dah ek... fiqa laa..shafiqa Adnan"
 Allah masa tu macam terkesima yg teramat .... biar betul ni Fiqa???? budak ala2 tomboi yg kami kenal dulu.. 
sesungguhnya hati2 ini Allah yg pegang..dan hidayat n taufiq itu milik Allah n pasti Allah berhak untuk mencapakkannya kepada sesiapa sahaja yg Allah kehendaki..

bersalaman dan berpelukan buat seketika...sebak menyelubungi.... mata tak mampu untuk menahan ..maka air mata gugur juga... gugur atas menginsafi diri.. gugur melihat hebatnya Allah mengubah seorg hamba yang dulunya agak jauh menjadi seorg yg sangat rendah hatinya..gugur kerana kerinduan terubat setelah hampir 7 tahun tidak bersua.. 

pada kami perjumpaan yg seketika itu sngt bermakna.. 
"Fika datang dgn sape...memang duduk sini ke.. kerja kat mana..???" 
(macam2 kami tanya hehehe...excited yg teramat hohoho..)
"datang dengan suami n anak2.. mak mertua org sini.. kami duduk di terengganu.. kami balik cuti.. fika tak kerja..suami tak kasi...suami suh jaga anak2 je.."

diakhir pertemuan membuatkan hati kami sebak balik....
"yuz terima kasih..."
"untuk apa?"
"kata-kata yuz dulu..........."

bila satu persatu perkataan yang pernah kami lontarkan suatu ketika dulu disebut oleh fika....
Allah terima kasih atas hidayah yang berikan dengan asbab nya kata2 itu shbt ku ini mula berfikir... dan pasti tidak aku mampu untuk melontarkan kata-kata itu jika tidak dengan izin Mu...
alhamdulillah shbt ku menjadi seorg yg sngt tunduk kepada Pencipta

p/s: sedang dan sngt mencuba untuk menjadi seorg hamba yang sebenar-benarnya hamba...


 

 

Tuesday, March 22, 2011

please do not be angry, I'm just joking

Gurauan itu berbunyi:

Dalam dunia ni, ada 2 syarat untuk anda di beri lesen berkata:
"Awk buat first degree Engineering ke? Senang.."

Syarat-syarat nya:
1. Anda ada PHD dalam apa juga bidang
2. Anda budak medic


Sebab kebanyakan budak medic selalu datang kat saya cakap macam ni:
"Awk buat engineering bolehla"
 
tapi dokter tak pernah cakap macam tu kat kami...hehhe... ok2 sila jgn marah ek sahabt2 medic ku...gurau jekkk


Dalam Dakapan Kasih-NYA

Ya Allah 
jadikan aku penyabar
dan 
bersabar dengan setiap dugaanMU


"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada-NYA. Aku pasti DIA akan mengubat, melapang, dan memberi kemenangan di sebalik semua ujian ini. Ya aku tidak tahu kenapa semua ini berlaku padaku kerana ilmuku terbatas. Tapi Allah Yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku, maka aku yakin ilmu-NYA Maha Luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat, dan yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya Allah, tingkatkan imanku bagi mendepani segala ujian dari-MU !"

p/s: tension dah dgn thesis ni...Ya Allah jauhkanlah drpd sifat berputus asa...huhuhu

Friday, March 18, 2011

"Di mana DIA di hatiku?"

siapa Dia??
siapa?
siapa?
siapa?
..
..
..
..
..
of coz
PEMILIK SEKELIAN HATI
PEMILIK SEKELIAN ALAM
..
..
..
ALLAH RABBUL JALIL

jom ramai2 serbu UKM 20/3 Ahad untuk sama-sama duduk dalam majlis ilmu
'FEWWIT : Di Mana Dia Di Hatiku?' 
 Wardina Safiyyah sebagai moderator, dan menampilkan Ustaz Pahrol Md Juoi, Suffian Amrin (Pyan Saujana), dan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree.

jom2

\(^_^)/




Thursday, March 17, 2011

dah macam p kelas politikal sains la pulak...

kelas harini sangat menyeronokkan
we are talking on how to handle the interview
interview is one of the method under qualitative research or in the short form is QRM

rupa2nya ramai dalam kelas kami buat research pasal politik. so bile dah berkaitan politik of coz my clas dah jadi huru hara

" macam mana nak berdepan dengan respondent yg konon-kononnya mereka ni hebat tahap dewa contoh khairil jamaluddin (highlight terus...terbaikkkkk)... sebab sy ada pengalaman interview dia, bile dia jwb persoalan yg sy timbulkan beserta bukti-bukti kukuh yg saya dapat, jawapan dia menyebabkan sy terasa nak tumbuk muka dia."
(one of the student statement yg mengkaji persepsi golongan cina terhadap kepimpinan UMNO)

"pengalaman sy menghandle interview dengan kepimpinan PAS, sy sngat berpuas hati dengan layanan yang diberikan walaupun sy introduce diri sy sebagai student yang tidak menyokong PAS. mereka akan sngt menghargai setiap persoalan yg sy ajukan dan akan cuba menjawab dengan sepenuh hati."
(one of the student statement yg mengkaji sejarah penglibatan muslimat dalam kepimpinan PAS )

hohohoho
apepun menarik dan sngt terbuka perbincangan kami
so
pilihan ditangan anda
yg mana anda nak pilih
(tetiba lak masuk bab mengundi huhu)

Monday, March 14, 2011

korang suka lagu apa?

adoiii mata sangat layu... 
tunggu masa nak tertutup je ni... 
kene lak econ yang sangat sejuk.. 
camne lg nak tabah?

teringat kat this video...
jom layannnnn


p/s: sekadar suka2 cuba bertahan dgn ngantuk yg menggila....

thesis

suka2!
(tipu)
...
..
...
..
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
T_T

Sunday, March 13, 2011

jawapan ini...

wahai Yang Maha Hidup, 
Yang Maha Berdiri,
Yang Menguasai segala urusan
 dengan rahmatMu aku mohon pertolongan
baikilah urusanku keseluruhannya.
Dan janganlah engkau serahkan aku pada diriku walau sekelip mata...
Ya Allah 
aku bermohon agar keputusan yang ku buat dan jawapan yang ku terima
tidak akan memudaratkan mana-mana pihak... 
sesungguhnya Kau Maha Mengetahui sedang aku tidak mengetahui walau sedikitpun ..
Ya Allah 
berikah aku kekuatan untuk bergerak menujuMU
dan
hanya kepada Kau sahajalah sebaik-baik tempat untuk aku bergantung

I wish the answers would be simple and easy

Could I be your happiness?

...............................................

Do you want to be my happiness?

..............................................
 
I wish the answers would be simple and easy

jepun bergegar, sudah bergegarkah hati kita???

tsunami kembali kali ini melanda negara timur yg hebat dengan teknologinya...
sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas taip2 sesuatu...
sehebat manapun bagunan itu dicipta kekuatan Allah itu mengatasi segalanya...

adakah hati kita turut terkesan dengan gegaran di jepun itu??
apakah yang sebenarnya Allah ingin sampaikan kepada kita?
dengan apakah kita melihat kejadian itu dengan mata kasar kita ataukah mata hati?
persoalan demi persoalan menerjah ruang minda untuk dimuhasah..

sama-samalah kita berdoa semoga kita tergolong dalam golongan yg bersyukur dengan nikmat Allah dan bukan golongan yang kufur dengan nikmatNYA....

WUT cedera..

huhuhuhuhuhuhu
sngt sory WUT takdek niat nak cederakan WUT...
kami sayang WUT..
TP..
entah macam mana laaa leh terlanggar tiang masa mengundur kat kolej kenanga tu...
ni yg nak salah kan tiang niiiii...
ke salahkan kolej
ke camne??

hohohoho
salah sendiri sebenonye...
insyaAllah WUT akan dirawat dengan secepat mungkin


Friday, March 11, 2011

KHAS: SAMARA

Ya Allah..
kepada-Mu aku memohon..
Wujudkanlah Sakinah
Hadirkanlah Mawaddah
sulamkanlah Rahmah
dalam rumah tangga sahabat2 Ku... 



NORZINI & PASANGAN
SHIMA & FAHIMI
INTAN & PASANGAN
NABILA & PASANGAN
BUSHRO & PASANGAN



Selamat pengantin baru sahabat2.. semoga langkah kaki kalian lebih kuat dalam jalan dakwah ni..
Barakallahulakuma wa jama'a bainakuma fi khair.. 
semoga mahligai cinta kalian berserikan TAQWA.. 

kat luar...

mendung...
erm...
nak hujan nampaknye..

terasa cam otak tertinggal kat rumah..
huhuhu...

tabah2!

Thursday, March 10, 2011

di suatu malam itu...

cerita ni lama dah... hahaha...baru nak story.. tp... takla lama sngt...2,3 minggu yg lepas jek..
di seksyen 7..di blakang rumah lama kami(rumah sewa jek) zaman-zaman duk shah alam dulu....
ce teka kat ne???
..
..
..
ICT!

HUHUHUHU...
org lain dah pergi...kitorng baru sampai hahaha...tabah je la... tu pun nasib baik en n pn pengantin ajak
kalau tak tah bile laaa nak sampainyek...tempat tu oklah... tuk suka2.. tuk pergi selalu..tidak la kot...
apepun tq juga kat miza yg sudi datang join kitorang...lama dah tak jumpa miza...besar dah miza ni...tp adoii ape kes wei..kurus ni...ko frust ke??? hahaha..jgn marah ar...

bnyk kenangan duk dengan miza ni... pernah la buat drama sedih sama2...drama ketawa memang selalu la dgn makcik niii.... sejak sem 1 dip sampai hbs digree..n insyaAllah sampai bila2.. sedap 0o0o0 aiskrem kitorang makan....jgn tertipu yek..bukan kami yg blanja n bukan miza gak...tp...en pengantin! hahaha..tq2..sila2 la belanja selalu...
bersama ahli rombongan hehehe.. kak ain n family..kak imah n akhi amri...kami n ?????... hohoho.. tu... yg duk depan sekali pakai baju biru tu...seluar belang2 nampak tak??...ye! tepat sekali si hensem Muhammad tu dia la buah hati kami...hehehe..



ni plak sape gi...en n pn pengantin laaa...hohoho...

lepastu ada plak drama makan tengah mlm... terima kasih sekali lg kepada en pengantin yg sudi belanja...hehe.. ni yg suka ikut diorng ni..makan free...hohoho..semoga dimurahkan rezeki la yek..
mlm tu sampai rumah dah pg...2.30 kot sampai bangi...seram gak la driving... jalan kat area UNITEN tu lg la...sunyi tak hengatnyek..dah la semua tido...huhuhu..
apepun alhamdulillah sampai dgn selamat n jayanye..

p/s: hari ni kelas method sngt best...hehe fokus lebih sebab memang method yg diajar hari ni yg kami nak pakai tuk research kami...TQ Prof Azizah Kassim atas penerangan yg amat jelas..
LIKE!!
(leh lak like2..hohoho)