"Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau
sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu, kerana jika Kau meninggalkanku,
maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan,aurat dan kesalahan. Dan aku tidak
percaya kecuali pada rahmatMu"
(HR Al-Baihaqi)
Jangan tinggalkanku Ya Allah. Jangan Kau biarkanku bergerak sendiri, wahai Tuhanku, walau hanya sekelip mata!
Bukankah Kau Yang Bernama Al-Wakeel?
Ya, Al-Wakeel yang menguruskan hambaNya, dengan kebaikanNya, dan tidak akan menyia-nyiakan dan menimpakan kemudharatan, bahkan Dia akan menunjuki jalan kemaslahatan.
Pabila Kau tutup pintu rezeki kami, Kau sebenarnya telah membuka jalan rezeki yang lain bagi kami. Kau takkan pernah memudharatkan kami. Lalu, mengapa kami enggan bertawakkal?
wahai Allah... hambaMU yg lemah ini sedang bertawakal kepadaMU ....
aku telah merendahkan diri ku...dan aku telah meletakkan serendah2 malu ku untuk urusan itu....
aku bertawakal kepadaMu Ya Allah... kerana hanya KAU lah sebaik2 tempat untuk aku bergantung..
sedang dan sngt berusaha menjadi seorang hamba yg sebenar-benarnya hamba kepada pencipta;
puteri semut yg pemalu tp comey...
No comments:
Post a Comment