Thursday, May 31, 2012

Termenung dan merenung


aku masih lagi termenung dan merenung, 
siapa aku di sisi alam dan sisi Tuhanku..
 
aku masih lagi termenung dan merenung
andai zikirnya hamba bagai zikirnya alam, 
barangkali tangisnya hamba turut bagai 'tangisnya' alam.
bukankah begitu?


"Sesiapa yang kenal dirinya, kenal Tuhannya."
 
p/s:... 10 Rejab sudah.. Allah kejapnya masa berlalu.. 

Wednesday, May 30, 2012

langit.. mendung.. cantik!

Buat kalian yang telah kehujanan di sana... ketahuilah awan di sini menunggu masa untuk runtuh!
Cantik!
(^_^)

tu jek nak kasi tau pun
hehehe

Tuesday, May 29, 2012

Hijrah...

merenung pokok yang tinggi lampai...
menghiburkan
cantik betul ALLAH cipta pokok niiii

mata layu...
balik daripada meeting
project baru
arghhhh
daripada akta kepada transformasi bandar.
boleh ke???

ermmm
boleh tak boleh kene bolehkan jugak..
memandang akta yg tersusun.. cam sedih plak rasa
lama gak la bergelumang dengan diorang
selalu gak la kene campak2
sanderd la kan..
time sengal and rasa enough dah..
mestila rasa cam nak baling2 je.. nak campak2 jek.. nak sorok kasi tak nampak terus..
haha
padan muka lepas ni dah tak belek2 dah lagi akta niii

kepada buku-buku akta yang baru disusun rapi
ketahwilah..
kalian sangat bermakna dalam hidup aku
macam2 aku belajar
tenang sabar
tenang tabah
tenang marah
tentang sakit hati
tentang hidup la senang cerita

hidup ni kene selalu hijrah kan?
untuk menjadi yang lebih baikk..
insyaAllah
semoga banyak lagi perkara baru yang boleh dipelajari
ape2pun... syukur jek
senyum jek
relex2 jek...
(relek ke???)

p/s:.... (^_^).... walaupun plastik kadang2... senyum je la jugak!..hahaha

Monday, May 28, 2012

Menempuh hidup dan mujahadah..

menempuh hari
bersama mentari dan bulan
silih berganti
mengikut aturan Allah...

2 hari yang sangat melelahkan... 
keletihan.. namun indah.. 

BBB-Wangsa Maju- PD- Salak tinggi-Bangi lama-Puchong-BBB

Alhamdulillah.. sekali lagi Allah izinkan untuk menikmati rasa-rasa yang pelbagai.. gembira.. terkejut.. gemuruh.. bahagia.. serba salah.. dan macam2 lagi.. hahaha... hidup memang macam nii.. menikmati hidup dengan syukur insyaAllah ;p

dalam kesibukan menempuh hari... otak ligat berfungsi memikirkan perkara yang berlaku kebelakangan ini.. bukan meragui sebaliknya percaya punya hikmah..
lalu.. ini yang dapat disimpulkan:

1. kadang memahami jauh lebih utama daripada mengerti
2. Dua benda penting yang harus dibelajar, berani bercakap benar dan berani berkata tidak 

Allah jalan mujahadah ini hanya sedap dan mudah disebut.. 
tetapi sangat sukar untuk dilalui.. lebih-lebih lagi mujahadah hati... 
izinkan aku ya Allah mencintaiMu mengatasi segalanya.. 

 Wahai Allah aku sedang menanam impian,
Dan pintaku Allah lorongkanlah jalan...
ringankan dan permudahkanlah...
 

dalam sebuah perjalanan... 
aku mencari jalan pulang...
mencari redho Allah..
bolehkah kau berjanji?
aku tidak kau lukai...
aku akan kau lindungi...
tanganku akan kau pimpin
dalam meniti hari?
suatu hari nanti.... 
demi jalan pulang yang abadi
mengembalikan diri ku di sisi syurga...

T_T
*tabah..tabah!!*

p/s:... insyaAllah menjadi pelajar kepada TABAH untuk selamanya...=) .. jom dengar lagu 'selamanya harimau malaya'.. kehkehkeh, adoiii tabah je la...




Thursday, May 24, 2012

Belajar untuk Hidup...

Alhamdulillah..

(^_^)
(senyum jek walaupun agak huru-hara....belajar untuk hidup memang macamni mungkin)

Petang semalam kelang kabut balik rumah daripada office buat preparation untuk mengajar.. sempat la jugak study sikit2 (hahaha... dalam tgh2 study tu yg sekejap tu leh plak pencil terlepas drpd tangan.. kahkahkah.. adoiii).. lepas solat memulakan langkah untuk meneruskan hidup... (^_^)...lepas habis kelas berkejaran ke Az-zahrah... budak sakit takleh makan apa2... maka makcik dia la tlong makan elok plak tu tengah lapa ya amat.. makanye memang tepat laaa makcik dia dtng masa tu dengan makanan yang melambak.. hehe.. lepastu balik rumah kejap pujuk muhammad... macam2 drama dengan muhammad... kesian muhammad.. sayu plak nak tinggal tp memang terpaksa jugak.. maka keluar rumah jam 11.45... sampai rumah kak na... menyelami mode kak na yang akan bermusafir esok...

semoga kak na selamat pergi dan balik.. mengembara melihat bumi Allah dan semoga mendapat apa yang di cita... sebak plak masa bersalaman dengan kak na di KLIA tadi..

"baik-baik jalan kak.. nanti sampai London barang berharga jaga elok2..."
perkataan lain tak terkeluar dah ..sebab sebak.. nasib baik kakyah ada.. hehe segan jugak kot tumpah airmata... sahabat hari2 mengahabiskan masa bersama.. tetiba nak pergi jauh plak seorang diri pulak tu.. mana tak rasa risau dan kehilangan walaupun sebulan jek...

Menarik nafas dalam... dalam beberapa jam.. macam2 perkara yang di lalui... sebelum ke opis.. balik rumah sekejap ..kesian mak dan bapak.. menjaga cucu2.. kepenatan mungkin.. dan Muhammad sekali lagi berdrama pujuk memujuk... 

'cikyuz hantar la Muhammad jumpa ummi kat az-zahrah...'

adoiii Muhammad kalau buat ayat sayu...memang tress makcik dia... Alhamdulillah sampai opis dengan lambat sikit... hahahaha.. satu perkara atas perkara yang agak sukar beberapa jam yang lalu Allah permudahkan urusan bersama Prof Samad tadi.. Allhamdulillah... adilMu Allah meruntun jiwaku... maka senyum ku bertambah... memaknakan hari dengan syukur itu perlu kan!

dengan apa yang Allah izin kan untuk dirasa.. ada sesuatu yang dipelajari semlm petang.. kadang-kadang diri ini seperti merasakan rajuknya dia, dan sekejap2 seolah-olah diri ini ditinggalkan lalu hati berlagu sayu dan airmata pasti tidak pernah lupa untuk mengalir laju... namun ada sesuatu yang tersirat.. terima kasih atas keterbukaan perbincangan petang semalam.. Alhamdulillah ia menyedarkan diri ini akan sesuatau..atas setiap kejadian-kejadian itu.. atas doa untuk menjadi tabah.. atas doa untuk memperkuatkan rasa pergantungan dengan Allah... sebenarnya.. Allah menjawab doa-doa itu dengan ujian2 ini.. alhamdulillah.. mencari hikmah atas tiap2 kejadian itu bukan mudah namun setelah terjumpa.. ternyata ia indah... semoga selepas ini pergantungan diri yang hina ini dengan Allah semakin bertambah dan bertambah kukuh.. insyaAllah

mahu terus positif...isnyaAllah
HAITTTT GAMBATE KUDASAI!!!!

sekali lagi bait-bait kata BUYA HAMKA ini ku amati sekali lagi...

Air yang hanya bergenang adalah bahaya. Batin yang tidak memberi, dan tidak menerima adalah lebih berbahaya. 


Pepatah lama mengatakan 'Cinta itu buta' memang, orang yang bercinta sekali, tidak melihat ada kecacatan pada yang dicintainya. Atau sekali-kali tidak melihat kepada yang lain, hanya kepada yang dicintai. Itu sebabnya ia dikatakan orang buta. Kalau itu yang dikatakan buta, itulah buta yang seindah-indahnya. Aku rela dikatakan buta, lantaran aku memang tidak melihat lagi kepada sesuatu, melainkan kepada yang aku cintai.


Tuan silap sebenarnya! Cinta bukan buta. Cinta mempunyai suatu penglihatan yang dapat menembus segala hijab. Maka berbahagialah kita kalau mata kita telah dibersihkan oleh cinta, sehingga tidak ada lagi di dalam alam ini satu apa pun yang tidak kita cintai. Mata yang memandang segala sesuatu cacat, mata itulah yang sebenarnya cacat.

Cinta adalah perdamaian dan benci adalah pemakluman perang. Dan perang adalah maut, dan perang adalah neraka.


 Mengharapkan bait-bait berbicara ini terus sampai ke dalam hati.
Wahai Allah selamatkanlah diri ini  daripada kebencian-kebencian yang liar.
dan tunjukkanlah diri ini Ya Allah pada kecintaan-kecintaan yang benar.


p/s:  Sedang belajar untuk hidup.. tabah..tabah..dan tabah... bersama Rejab yang pasti penuh barakah..insyaAllah =)..










Wednesday, May 23, 2012

Memilih menuju syurga bersama..


Alhamdulillah berita-berita gembira berlegar-legar diruang udara menjemput hati untuk gembira bersama atas kegembiraan sahabat-sahabat.... berbahagialah kalian atas apa yang telah kalian putuskan, jangan ada sesalan kerana pasti ini adalah yang terbaik buat kalian insyaAllah...

Apabila sudah memilih arah
berdoalah segala kebaikan menjemput
tenangkan gelora di dada,
lepaskan nafas meresah
kerna nikah itu ibadah
luas terbuka pintu rahmah.

Insan bisa bersama kerana harta,
atau kerana peri gemilang wajahnya
juga kerana tinggi susur walinya
atau kerana agama yang dipakainya
bernikahlah kerana pakaian itu,
maka bahagialah.

Itu benar jika keluarga terbina kerna cinta
tetapi tidak menjadi landasannya
yang memacu kebahagiaan terindah
adalah pahit-getir mengejar redha Allah.

Itu jelas hidup bercinta manis bergula
tetapi bukan tujuannya
yang membawa sakinah, mawaddah, rahmah
adalah rindu-dendam surga Allah
Barakallah buat shbt2 sayang yang bakal bergelar isteri mahupun suami:

Zan + pasangan
Kak Airena + Farid
Musliha + pasangan
Julina + pasangan
Norliyana + pasangan
Salleh + pasangan
Amal + Kamal
Asyikin + pasangan
Humairah + pasangan
Afiqah Hana + pasangan
Najwa + pasangan
Imma + pasangan

insyaAllah ada lagi... shbt2 yang bakal tiba saatnye menjadi suri buat sang suami.. sedang menunggu kad dan perkabaran dari sang empunya diri...

besar harapan untuk sampai ke majlis kalian... namun andai diri ini tidak hadir insyaAllah pasti doa akan dikirimkan tanda kasih diri ini buat kalian...

p/s:... perjalanan ke perbukitan Bangi pagi ini tenang.... kicau burung berlagu riang... Allah.. Allah.. Allah.. sesungguhnya tidak sepatutnya aku meminta lebih sedang aku hanya hamba yang hina yang telah kau izinkan untuk bernafas di bumiMu bersama seisi alam yang indah lagi mendamaikan...

Monday, May 14, 2012

Tentang cinta...

"Aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan kata yang tak sempat diucapkan
kayu kepada api yang menjadikannya abu

Aku ingin mencintaimu dengan sederhana;
dengan isyarat yang tak sempat disampaikan
awan kepada hujan yang menjadikannya tiada"

-Sapardi Djoko Domono

 Inilah adalah hasil cetusan Sapardi Djoko Domono yang sangat terkesan di hati... duduk-duduk di PTSL tadi sempat membelek beberapa buah buku yang ditulis oleh Sapardi Djoko Domono.. penulis indonesia yang agak popular dengan bahasanya yang indah dan lain daripada yang lain...

"Hatiku selembar daun melayang jatuh di rumput;
nanti dulu, biarkan aku sejenak terbaring di sini;
ada yang masih ingin kupandang, yang selama ini senantiasa luput;
sesaat adalah abadi sebelum kausapu tamanmu setiap pagi."

Bait-bait kata yang dinukilkan oleh Sapardi yang ini juga menjadi kecintaan saya yang paling dalam. entah mengapa berfikir sejenak... penulisannya menyampaikan sesuatu makna yang pada kiraan saya ia dalam. saya cuba mencari perasaan yang sepatutnya dirasa bila menjadi kata 'kayu' dan isyarat 'hujan'. Adakah dia bahagia? Adakah dia sengsara? Dalam kesamaran itu, saya temui kepedihan yang menyenangkan... hebatkan kesedihan itu boleh menjadi satu perkara yang menyenangkan bila kite sedar yang kuasa memiliki itu bukan kite tapi hak mutlak Allah semuanya.

Saya cuba merungkai bait kata-kata yang ditulis.. pada pendapat saya penulis ini menulis antara dua, pertama mahu berkongsi pendapat kedua meluahkan apa yang terpendam di hati yang bila disurah berkata-kata tidak mahu tetapi disuruh menulis dia mahu... maka apa yang menjadi masalah adalah pembaca... pembaca mahu mentafsirkan sesuatu tulisan itu yang mana... maka.. saya mengambil langkah mahu mengenali siapa Sapardi Djoko ini untuk saya kenal dan faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dalam setiap perkataan yang digunakan dalam puisi-puisinya...

hehehehehe.. menelaah bahan bacaan lain laju... menelaah MP niiii.... Allah payahnye nak faham......huhuhuhu.. memandang sekeliling.. ada yang kusyuk menelaah bersama lambakan buku di atas meja.. ada yang kusyuk melentukkan kepala di atas meja... macam-macam... apa yang jelas.. pasti semuanya punya hasrat untuk berjaya lantaran exam yang semakin menghimpit meragut masa.. dan saya? masih di meja hujung di level 5 menikmata indah hijau perbukit di celah jendela.. bersama chapter-chapter yang masih tertangguh minta untuk diselesaikan sebelum bulan tujuh ini....=)


p/s:.... balik jek rumah tgk box.. hahaha kad jemputan lagi.. aishh hari2 dapat kat jemputan nampaknye...berbahagialah buat shbt2 yang bakal menamatkan zaman bujang... tidak bermakna sy tidak bahagia.. pasti Allah tahu saat dan masa ini sy  lagi bahagia untuk sendiri =)..positif2! ingat kata Prof JJ.. 'Bahagia ni kite yang pilih.. nak ke tak nak'.. betul walaupun ianya pahit awalnye.. =)


Thursday, May 10, 2012

Sembang kosong...PTSL

ngantuk.. letih.. penat bergelumang dengan bahan-bahan bacaan berunsur fakta yang sangat sukar dicari indahnya bahasa. sebab itu di temani dengan beberapa buku BUYA HAMKA yang sangat indah bahasanya dan tak pernah gagal menyentuh hati...
(nampak sangat tulis tesis nye sikit.. menyelak buku lain yang banyak... hahahaha)

PTSL dibanjiri dengan student2 yang study nak exam... kami???? takdek exam tapi bersepah chapter tak siap lagi tulis... paper tuk confrence bulan Oct tak satel lagi...kerja-kerja kumpul data Akta pending jek memanjang... nak gi Lib law malas plak harini.. sebab dah janji dengan meja hujung tepi tingkat mengadap bukit level 5 PTSL.. tu yg pagi2 datang sini tu.... (mengarut dah...) 


so sembang kejap dgn cik syira kite kat ym... macam2 drama ada... tetiba teringat dulu-dulu... org pertama yang jumpa kat perbukitan bangi ni syira... maka syira jugak la yg jadi tour guide kami... kemana-mana bersama-sama.. best time tu... petang2 buat drama kat PTSL... aci main tahan2 gelak kat PTSL.. pe perasaan nak gelak sngt2 tp duk kat tempat zon senyap??? memang tabah laaa pe lagi kan... kenangan tu berlalu bersama masa... dah setahun lebih dah rupanya kami berjauhan.. tp insyaAllah dekat jek rasa...semoga selamanya mempunyai rasa yang sama macam niii...


tadi baca beberapa tulisan BUYA HAMKA pasal cinta (suka!hahaha sengal).. pasal perjuangan, pasal persahabatan, pasal pandangan orang terhadap diri, pasal perjalanan hidup kat dunia...macam2 la... ermmm hidupni penat sebenarnya.. hari-hari kite lalui macam-macam benda yang semuanya tak sama.. hebatkan Allah...kadang-kadang terluka dengan pandangan dan kata-kata orang walaupun tahu ..pandangan Allah lebih utama... kadang-kadang gembira yang sangat walaupun tahu..jgn gembira sangat nanti nangis... kadang-kadang nangis teresak-esak padahal tahu.. apalah yang nak disedihkan sangat Allahkan ada...

*senyum*

hakikat hidup adalah ujian... hakikat manusia itu penuh kekurangan... maka sebenarnye dalam penatnye menempuh hidup di dunia... rupanya Allah hias dengan ketawa..kecewa..sedih..airmata.. sebagai peneman untuk lebih dewasa..
jadi...

Ambil pandangan dunia padamu itu dan lontarkanlah pada langit dan tanyalah pada diri
Kita musafir yang berkelana atau hanya merayau tanpa hala tuju?... semoga penghujung kita kelak berada di langit tertinggi bukannya di jurang api yang terdalam. 

p/s:... melihat dunia dari penjuru tingkat PTSL level 5 =)

Sunday, May 6, 2012

Minda yang penat dan Hati yang sarat...

 Terlalu fikir... masa hilang...
terbuang...
namun.. tetap mahu terfikir
 
Hari ini berprogram. kereta dibuka. naik, bergenang  air mata.
'tabah..tabah.. tlonglaaaa... penat dah niii'
katakan
pada hidup yang memberi ruang luka
di sisiku ada penawar 
meski tidak aku pinta
pasti terdahulu Dia menyua 

Alhamdulillah melihat semangat makcik-makcik itu menyumbang untuk Islam.. 
membuatkan diri ini terfikir jauh... 
dimanakah diriku saat seusia mereka nanti??? 
Wahai Allah
 jalan ini yang telah aku pilih 
maka Ya Allah kuatkan diri untuk terus istiqomah hingga ke akhirnya...

berjumpa sahabat-sahabat yang sudah lama tidak bersua... 
Allah hebat nikmat ukhwah ini.. 
melenyapkan segala kekusutan di hati dan minda.. 
keserabutan fikiran... hilang!...
sampai-sampai jumpa kakak sayang... kak SS... 
alhamdulillah terubat rindu.. 
seperti biasa lincah dan sangat bersemangat... 
banyak kenangan bersama kakak itu... selamanya indah!
sedang sebuk berMuktamar...
sempat juga akhirnya meriba Aiman..
 permata hati Kak B + Akhi Saifuddin.. 
aduhai anak kecil ini.. menghiburkan hati.. 

terima kasih kak sab atas kata-kata semangat
'selawat banyak yuz semoga segalanya mudah'...

terima kasih LiNa atas pelukan dan senyuman...
(best kire duit kutiman infa' sama2 tadi..)
thank you Ajat 4 your understanding...
terima kasih kak Sharhila + Shikin peneman di perjalanan...
terima kasih Fateha.. sahabat baru dikenali keluarga Nisa' Serdang...
(anda sngt sabar menjadi student kepada Dr Kadar + Dr Kadir + Dr Hadi yang sngt horrer itu..Hebat!)
selesai programme. kereta dibuka. naik, sampai rumah, turun, airmata tumpah lagi.
"huh!! bile nak jadi tabah niiii...."
*kesatkesat*
Tuhan,
aku tak pernah tahu, hidup sesukar ini.
tanpaMu.
p/s:.. padan muka layan sngt perasaan... bukak spek.. mata berkaca.. masuk bilik air nak amik wuduk...'gedubuk'...jatuh!.. macam nak gelak.. tp terasa sakit kat pinggang... 
Ya Allah semoga sakit ini kau pandang untuk kifarah dosa-dosa ku... tak pasal2.. mata yang berkaca.. retak habis... Allah... takkan esok ada drama kat Azzahra plak.... semoga tidak..

Saturday, May 5, 2012

Kelelahan...

hari-hari
mata melihat dunia
pada celah yang berbeza

mata redup
kelelahan
keletihan
sarat

mata menatap
jari jemari menaip
namun hasilnya
kosong
mata berkaca
lelah...

perasaan yang rojak
Allah...
leraikanlah segala kekusutan
lenturkan kelembutan
jangan biar perasaan ini
meragut kewarasan akal ku
tantaran aku perempuan

Allah..
berikanlah kekuatan
untuk menyelesaikan paper ini
campakkanlah ilham
lantaran kosongnya fikiran
campakkanlah rasa tenang
lataran hatiku keresahan

lantas...
KalamMu ku buka....

an-nisa: 66; yakin dengan perintah Allah
al-balad: 10-12; jalan yang sukar adalah jalan kebaikan
al-insan: 29; jalan Allah adalah jalan terbaik untuk diri
al-mudassir: 7; demi Allah, bersabarlah!
 
demi Allah, bersabarlah
demi Allah, bersabarlah
demi Allah, bersabarlah
 
 
 
 



Maaf atas kekurangan diri yang mengundang pedih di hati


Andai bisa bulan berbicara
Pasti di sapa akan diri yang enggan mendongak memandangnya
wahai bulan
malu untuk kupandang malam ini
kerana senyumku tidak bersama
kupohon
bisakah kau menunggu
hingga senyumku kembali
pasti
indah serimu akan kutatap semula
dengan senyuman

Wahai  Allah
Saat air mengalir pada alurnya
Saat burung berkicau dengan riangnya
Saat mentari menampakkan cahaya indahnya
Saat malam menjelma menunjukkan serinya
Lantas hati ku tunduk syukur
 atas nikmat-nikmat yang telah kau beri untuk aku melihata dan merasa
damainya air mengalir
 riangnye burung berkicau
terangnya cahaya menyinar
pekatnya malam yang indah...

Namun..
saat dan ketika ini..
gundah bertandang menyinggah ruang hati
Allah...


p/s:... betapa lemahnya diri ini atas kejadian sebagai manusia itu punya kekurangan, yang kadangkala mengguris hati insan sekeliling... maafkanlah diri ini andai terluka atas segalanya... T_T. Wahai Allah Yang Maha Agung... pintaku agar segala kemarahan terlerai.. dukacita pergi..kepedihan hati lenyap.. dan semoga yang tinggal hanya damai...ameen....