Wednesday, June 29, 2011

kembali

Bismillah..

Assalamualaikum wbt.
menyepi buat seketika atas kesibukan (betulkah sebuknye??). Mungkin kerana ilham tiada, atau mungkin juga kerana hati ini terlalu jauh..

Banyak kali sudah hati ini ditegur oleh-Nya. Dan banyak kali juga hati ini menghiraukan teguranNya.

Astaghfirullahalazim.

Aku hamba yang sombong. Ampunkan aku Ya Rabb.

Sungguh, aku rindukanMu. Aku rindukan tangisan dalam jahiliyah. Aku rindukan hati yang bertawakal padaMu. Aku rindu mengingatiMu. Aku rindu pada hari yang dimulai dan diakhiri dengan namaMu. Hati ini rindu kehangatan belaianMu.

Tapi, pada siapa patut aku tuding jari ini? Kau tak pernah menzalimi hambaMu...

Aku yang menzalimi diri ini.

Diri ini terlalu hina dalam pandanganMu. Kerana perbuatan diri ini sendiri.
Tapi layakkah aku untuk memohon padaMu, supaya jangan Kau tarik nikmat2Ku?
Ya Allah...ku pohon kekuatan. ;(

Tarik tanganku.

"Allah selitkan kemanisan dalam setiap ujian. Jadi, senyumlah walau diuji. Innallahhama'ana."

mode: muhasabah

Tuesday, June 21, 2011

mode di pg hari selasa


kadang-kadang 
kita perlu belajar sabar daripada alam

pg2 dah ngantuk!
sabar..sabar...
huhuhuhu
macam tak cukup tabah jek rasa menahan ngantuk ni...

Friday, June 17, 2011

gerhana

saat bulan itu di litupi
dan
saat mata itu berkelip

gerhana bulan...
Allah berbicara...
menunjukkan kuasa...
agungnya Dia...

gerhana insan...
monolog bersuara...
lemah hamba dhaif...
tidak berupaya...

dan dua itu sama gerhana...
tapi berbeza makna...
 
p/s: salam jumaat shbt2...semoga gerhana di hati kian surut untuk terus taat  dan terus tabah menapak di bumi Allah

Thursday, June 16, 2011

jeles dgn daun...


Bismillah...
Alhamdulillah 
setelah 3 hari berbengkel...
hari ni
menjejakkan kaki semula ke office
menyiapkan kerja2 yang masih tertangguh

tadi masa lalu pokok kat tepi parking tu
banyak sngt daun2 pokoktu gugur...
macam ada satu aura kat daun tu
aci jap mata ni tenung lama kat daun tu

ada satu perasaan yg muncul bila memperhalusi daun2 tu
perasaan jeles!
boleh lak ek....
jeles 
jeles dgn daun..

sebab daun..

lebih tabah..lebih taat!!

p/s: ermmm mencari damai dalam kekalutan.... buat2 selamba walaupun serabut....boleh kah??

Wednesday, June 8, 2011

bile ditegur... n jawab...

 
'ah kubur masing2'

it’s true pun anyway.
nnt kita duk dalam kubur sorang2.
masing2 punye kubur.
setiap soal-jawab,
xde nak teamwork2 ngan manusia lain.

begitu juga ketika dihisab.
Dan mereka masing-masing akan datang mengadapNya pada hari kiamat dengan seorang diri.”   (Maryam:95)

tp quote “kubur masing-masing” macam sudah ditwist plak kan.

sepatutnya jadi satu quote yg mengingatkan kita pada keseorangan dialam barzakh.
tp tiba2 dah jadi quote utk escape dari teguran dan nasihat from other people.

“awak apsal x puasa.berdosa tuh.”
“ah kubur masing-masing.”
masa kat dunia ni la kita nak bina teamwork kan.


hey lapar la plak.
nak g makan.

p/s: apepun...tegur-menegur perkara baik tu memeng dituntut...tegur je la kalau tgk membe korang buat benda yg agama suruh dia tak buat... apa jawatan dia belakang kire...

Friday, June 3, 2011

ALMAWLID



pujian padanya yang satu
tiada selainnya pada ku
kekasihnya yang ku puja ku rindu
cahaya penerang alam ku

bermula disini
disaat ini
langkahkan kaki menuju waktu
yakinlah kita punya tujuan yang satu
cinta Rasulallah sepenuh hatimu

ayuh kita
ke hijrah
segalanya
bermula di sini

p/s:...sy...sy...jatuh cinta.....dgn....ALMAWLID!!!!
(tp sy lebih cintakan Allah n Rasul..)
(^_^)



pesta ibadah bermula...


Bismillah walhamdulillah

Demi Dzat yang semua jiwa manusia ada dalam genggamanNya
Demi Ramadahan dengan segala kesucian didalamnya
Demi jiwa dengan segala penyempurnaannya

  Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa :
”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”

Artinya, ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)


bila hari berganti hari...
dan tahun berganti tahun...
masanya tetap tiba...


dan setahun yang kunantikan...
berakhir hari ini...
alhamdulillah... 
salam Rajab buat semua shbt2..
pesta ibadah telah bermula
semoga kita tidak membiarkan ianya berlalu begitu saja


p/s: selamat berpuasa kepada shbt2 yg berpuasa hari ini (^_^)/