Wednesday, November 30, 2011

Hari ke4 Hijrah..


Mahu berHijrah..
daripada terus berfikiran buruk..
kepada..
sentiasa berbaik sangka..
insyaAllah (^_^)

.:menolak keburukan dari fikiran,mencari kebaikan untuk difikirkan:.

Tuesday, November 29, 2011

Pagi Sabtu itu...


andai bisa langit berbicara...
pasti disapa...
kamu yang tidak memandangnya...

pandang bawah takut tersalah langkah sampai langit tak sempat nak pandang
pandang keliling penuh dengan hijau...
MasyaAllah TabarakaAllah
indah ciptaan Allah
mendamai jiwa

sampai di kaki perbukitan
mahu meneruskan
hanya sekejap cuma..
huhuhuhu
sebab pandang bawah dah gayat
dalam hati menjerit
"YaAllah.. macam mana nak turunniiii???"

alhamdulillah menjejaki Broga adalah satu nikmat
untuk lebih kenal dan dekat pada Pencipta
mendaki ke atas berempat
mendaki turun bertiga!
aish kak Baiii niii tak sbr2 nak balik 
sampai tak ingt dah kitorang yg kat blakang ekk

terima kasih kawan2 yg sudi mendaki sama
Broga akan dijejaki semula untuk misi yg lebih besar
untuk sampai ke puncak!
huhuhu..
haritu tak sampai..
sebab tak mampu dah
masa nak turun tu pun gigil ooo kaki 
siap ada drama nampak bintang dah... nasib baik tak tumbang!
hahaha

kak Bai+kak Na+kak Neng
tq..
anda2 memang kacaklah (*_^)!

yang pasti Sabtu yang melelahkan
pg: Panjat Bukit Broga
tgh hr: nilai-kenduri 2pupu
ptng: ziarah pakcik kat hospital putrajaya 
+ konvoi balik perak + 
baca doa akhir + awal thn dalam kereta...
hahaha terasa sngt comel!
mlm:  keletihan yg teramat.. 
tp sempat lagi merenung langit yg gelap gelita...
sedih.. takdek bintang pun......
aduhai...

p/s:...nak taruk picture masa drama panjat2 bukit tu.. tp tak amik lg drpd kak Na.. ;p

Saturday, November 26, 2011

TQ Wardah... (^_*)

 
"Perempuan jika emosi, mulutnya lebih banyak berkata2 dari menggerakkan rasional di fikiran. Tetapi jika tidak mampu untuk diluahkan kepada siapa2, hanya mampu menangis semahunya untuk mengurangkan beban rasa..

Hati yang gundah.. Kembalilah kepada-Nya, menangis janganlah pada manusia tetapi pada Pencipta kita.. Adukan kekusutan kita, minta Dia bantu leraikannya.. Dia cintakan kita, lalu kita sambutlah cinta-Nya yang Maha Agung itu"
terima kasih.. sahabat
p/s:... lama dah tak sembang2 dengan wardah..;p.. padahal baru jumpa bulan lepas!

Friday, November 25, 2011

Syurga yang diimpi... hanya sekadar angan2kah??



“medan fikir lebih luas dari medan cakap.
medan cakap lebih luas dari medan amal.
medan amal lebih luas dari medan jihad.
medan jihad lebih luas dari medan jihad yang muntij”

tak semua yang kita angan-angankan akan terzahir dalam tutur kata kita.
tak semua yang kita tuturkan akan kita buktikan dengan perbuatan dan amal.
tak semua yang kita amalkan akan kita laksanakan dengan penuh mujahadah dan jiddiah.
tak semua perkara yang kita mujahadahkan, kita lakukan dengan efficient dan membawa natijah.

kesimpulannya,

jangan sekadar berangan-angan nak masuk syurga,

kalau amalan seharian langsung tidak seperti amalan AHLI syurga.

ahli syurga kah yang tengok cerita korea ?
ahli syurga kah yang solat subuh kadang2 lewat?
Ahli syurgakah yang malas nak bangun malam?
ahli syurga kah yang kutuk2 pakcik teksi bila kena tipu tambang mahal tak hengat sedangkan jarak drpd komuter ke teras jernang tu.. sikitnye dekat?
ahli syurga kah yang  p kelas kadang2 terpaksa.. siap boleh tido lg?
ahli syurga kah yang solatnya tidak khusyuk?
ahli syurga kah yang quran nak tadarus 2 maqra' sehari pun susah?
Ahli syurgakah yang ma’thurat kadang baca kadang tak.. siap leh buat2 lupa lak tu kadang2?
ahli syurga kah yang bertambah amalan sunat solat hajat etc hanya bila hati kacau dan sedih?
ahli syurga kah yang playlist mp3 lagu2 mengarut  daripada bacaan ayat quran syeikh saad al ghamidi dll dan zikrullah?
Ahli syurga kah......??????
Waaaaaaaaaa bnyknye .......

memikirkan semuanya ini..
 aduhaiii pg JUMAAT yang menyedihkan.. selami hidup hanya memikirkan kepentingan dunia... dunia...semua nii.. dunia...

P/S:..ALHAMDULILLAH satu nikmat yg indah bila mana bertadarus surah AL-KHAFI bersama-sama mak mlm tadi...  memandang jernih mata mak mengundang sebak.. mahu meluahkan segalanya tp tidak mampu.. takpelah mak.. sentuhan dan kata2 mak sudah memadai.. Alhamdulillah... (^_^)..

Thursday, November 24, 2011

Anger Management..

Bismillah Walhamdulillah

bercerita tentang marah...
semua org ada sifat ni
cuma..
bijak atau tidak dalam menguruskannya

saya org yang cepat marah
dan 
kadang-kadang orang sekeliling akan terkene tempiasnya
(terukkan... huhuhu)
kepada anda2 yang pernah terkene tempias marah kami ni...
sila maafkan ye..
huhuhu...

walaubagaimanapun
saya akan cuba mengawal dan 
manage kemarahan ini dengan baik selepas memahami video ini

  
video yang sngt bermanfaat
THANK YOU BRO NOUMAN ALI KHAN!

mode:... semuani dunia je... akhir lebih baik...(^_^).. so sila kawal emosi MARAH anda ye puteri semut!

Damai yang berpanjangan...

Bismillah Walhamdulillah

perasaan yang diuji dipelbagai sudut dan penjuru
cuba berlagak tenang...walau hakikatnya payah
beristifar panjang
alhamdulillah sedikit tenang
meneruskan langkah sendiri
untuk suatu misi
akur shbt2 lain sedang dalam kekangan yang tersendiri

hikmah besar Allah mahu menemukan shbt sayang
yg baru pulang dari tanah suci
alhamdulillah
mengutip semangat kakak2 itu
menyusun semula langkah yg agak goyah
aduhai hati
tabah itu perlu pada saat dan ketika ini

melangkah pulang
sampai di rumah
merayau ke rak buku, terlihat, dan..mahu pinjam yang ini. 
"..because ignorance is sometimes a bliss :) maturity is an option. And currently choosing a line in between."
sebelum melelapkan mata
surah AR-RAHMAN menemani
tenang.. damai..
(semoga rasa-rasa yang sedih ini perlu .. agar esok bisa berdiri dengan tersenyum kembali)
dan pagi ini..
surah ADH-DHUHA pula menemani untuk rasa-rasa damai yang berpanjangan
ÙˆَالضُّØ­َÙ‰
Demi waktu pagi.
ÙˆَاللَّÙŠْÙ„ِ Ø¥َِذا سَجَÙ‰
Dan demi waktu malam ketika sunyi sepi.
 Ù…َا ÙˆَدَّعَÙƒَ رَبُّÙƒَ ÙˆَÙ…َا َÙ‚َلى
 Tiada sekali-kali Tuhanmu meninggalkanmu dan tiada pula ia
murkakanmu
ÙˆََللْآخِرَØ©ُ Ø®َÙŠْرٌ Ù„َّÙƒَ Ù…ِÙ†َ اْÙ„ُأوَلى
 Dan sesungguhnya Akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia.

..
..

ALHAMDULILLAH


mode:... semlm tak sempat nak sembang dengan Muhammad... huhuhuhu.. insyaALLAH mlm ni boleh duduk2 dan sembang dengan MAK... semoga...

Tuesday, November 22, 2011

MeMaKnAkAn



KENANGAN
...Tentang hari-hari sudah

IMPIAN
...Tentang hari-hari mendatang


Malam tadi tenguk bola, Malaysia menang adalah satu KENANGAN
Dan bukanlah itu yg menjadi perkara pokok..
Perkara pokoknya adalah..

BOLA...

Saya punya IMPIAN yang besar
Untuk mencapai impian itu saya perlu mengenali permainan ini
Walau pada asalnya payah
Minat itu boleh dibentuk
Asal sahaja mahu!

kecamne?

p/s;... disebabkan kat FB bersepah status kengkawan cerita pasal harimau malaysia menang.. kat sini nak ucapkan tahniah gak la... apepun.. indonesia pun main best!... Cuma mungkin rezeki memihak kepada Malaysia... dalam hidup.. turun naik tu lumrah.. patah lagi pertandingan.. menang kalah itu adat... seriusly mlm tadi tgk dengan emo nye bersama kak ain n shahid... muhammad??... si kecik tu tak tgk... dia dengan berat hati membawa diri main sorang2.. tgk2 dah tertido dah muhammad tu.. huhuhu.. aduhai.. bola2.. dengan demam yg masih berbaki.. memang demam bola lah!

Friday, November 18, 2011

Hei semut!

 sErIuSLy!...
I want strong like you
 
please pray 4 me... to be strong like that 'semut'!


DIA sentiasa ada..

wahai hati.. kenapah terlalu rapuh??
terlalu ingin mencari tempat bernaung,
Bukan pada dahan yang kaku.... bukan dibwh pohon yg merimbun,
Tapi pada jiwa seorang insan... ,
 
 
 
Sepi menyelaputi pagi hari,
Bumi dibasahi titisan hujan 
seolah-olah mengerti gelora hati,
Hati ingin sekali berbicara,
Sekadar berbisik di angin lalu,
dan akhirnya...
Tenggelam dalam gerimis pagi,

Nafas semakin sesak dek saratnya perasaan,
Lalu goyah dan terlerai... aduhai hati..,
Terkapai di lautan ciptaan sendiri,
Saat pintu kebenaran dibuka,
Segala-galanya seakan kembali,

Lupa adanya Allah disisi,
Yang mana seharusnya terlebih dahulu dicari....

"......I am quite near, I hear and answer the call of the caller whenever he calls Me......." [2:186]
Allah kan ada.. :)
 
maafkan diri ini Ya Allah yg sering lupa bahawasanya KAU sentiasa ada untuk diri yg hina ini 
 
alhamdulillah berpeluang menyelami kalamMu dipg JUMAAT yang penuh barakah ini
akibat ke'busy'an malam tadi.. surah AL-KHAFI.. tidak sempat dijengah
pg ni  surah itu menemani... tenang
semoga ke'busy'an mlm tdi adalah ke'busy'an yg berpahala
 
mode:..... mengharap hati n jiwa ini terus tenang..

Monday, November 14, 2011

mencari damai

banyak perkara-perkara yang mengejutkan 
semenjak 2 menjanjak ni
yg memerlukan diri untuk tetang
akhirnya pulang
ke kampung halaman
damainya mungkin di situ
bersama menatap wajah ayahanda dan bonda
menyusuri jalan2 yg perlu di lalui suatu ketika dahulu
yg pasti meninggalkan seribu erta
menjejaki sekolah lama
melihat kelibat burung-burung bayan yg terbang di padang sekolah
mengundang senyum
terasa seolah hidup di dunia sendiri
meninggalkan segalanya menghantui difikiran

kepada shbt2 sayang..
mohon maaf andai
sms anda tidak berbalas
call anda tidak berangkat

tiada niat untuk mengenepikan anda2 semua
namun .. sy mahu masa sendiri.. 
untuk melegakan hati yang semakin sarat..

Ya Allah
duka apakah yang sedang melanda hambaMu ini??
Menghimpit meresahkan jiwa..
Entah angin apa yang melanda kalbu..
Meruntun diri,meronta-ronta mencari..
Rindu ini tak tertahan lagi..



Ya Allah..
Dengan penuh kerendahan hati, dengan penuh kerdil, dengan penuh pengharapan..
Hamba memohon kekuatan dariMu..
Cukuplah hamba meminta padaMu..
Jangan biarkan hamba mencari yang lain selain dariMu..
Ya Allah..
Lemahnya kudratku berdepan dengan kuasaMu yang Maha Hebat..
Lalu jangan Kau biarkan hamba terkapai-kapai di persimpangan yang tidak berarah..
Ya Allah..
pandulah hidupku ke jalan yang Kau redhai..
bimbing hamba ini kepada cintaMu dan RedhaMu...
Ya Allah...
perkenankanlah permintaanku..
Amiin
 
 

Tuesday, November 8, 2011

menyelami ADHA

semalam
malam menyusur kenangan
ingat dan fikir
dan cari
punca apa yang membentuk diri hari ini.
dan andai sahaja disedari
sejak bila pula jadi begini...
semoga pembentukan 'rumah pn rohani dan sahsiah diri ini' semakin menampakkan hasil yg positif
kepada kamu, anda, dan mereka yg mendoakan
agar diri ini terus membuat kebaikan
agar diri ini terus berada pada jalan ini
agar diri ini menjadi hamba yg sebenar2nya hamba
terima kasih atas doanya
mohon doanya hingga nyawa meninggalkan jasad

sekali lg
Allah memberikan kita ruang n peluang untuk memaknakan AidilAdha
saban tahun kita sinonimkan adha dengan kisah pengorbanan nabi ibrahim (as)
dan nabi ismail (as).
mungkin juga kisah tabah redha si hajar.
dan mungkin juga disinonimkan dengan penyembelihan binatang.


 Kami tertarik dengan jawapan kepada gurauan seorang sahabat apabila ditanya apakah yang dia sembelih pada raya adha ini.

dan jawabnya,

"Raya korban thn ini sy sembelih nafsu~"

gurauan yang menjentik hati.. terima kasih
cuma menyelami makna jawapan yg berbentuk gurauan itu..
lalu mengakui
makna 'sembelih nafsu' itu sngt meluas
pada diri yg sngt malas ini
adalah satu jihat untuk
menyembelih nafsu malas yg kadang2 merimaskan


semoga pengajaran kisah2 agung terdahulu
sampai dan terus mengalir ke dalam hati
untuk dibuat bekalan disepanjang
perjalan dan penuh liku dan ujian
yg menuntut redho dan sabar

kepada semua shbt2 yg dikasihi...
salam juang
salam korban
salam aidil adha
terima kasih atas segala kebaikan yg kalian telah curahkan pd diri ini
maaf atas segala khilaf

Melihat langit di Kota Singa

Bismillah.. walhamdulillah..

berkesempatan untuk sampai ke negara jiran
menyusuri jalan2 penuh gah dengan pembangunan
meneliti bait2 papan tanda di setiap lorong
satu pujian yg perlu di beri
kebersihan tiptop!

namun tetap mengundang sayu di hati.. 
begitu banyak jalan2 yg di lalui..
begitu banyak lorong2 yg di jejaki..
Rumah Allah tidak juga kelihatan
hanya satu.. 
Masjid Sultan..
bersolat di sana.. 
mendiami rumah Allah yg satu2 nya 
dibenarkan azan berkumandang untuk memenuhi ruang2 udara Kota Singa itu

menikmati titis2 gerimis di Kota Singa
mengundang sayu...
membuatkan rasa ingin kembali ke tanah asal
(kehkehkeh... camne nak duk oversea niiiii??? aishh..)

(antara jalan & lorong yg ditempuh)

(antara tempat2 yg dijejaki)

(bersama kwn2 yg sngt baik hati...\(^_*)/)

Kota Singa.. semoga..
Islam kembali bertapak 
dan semoga..
disegenap pelusuk Kota itu dihiasi dengan kalimah2 Allah
selamat berjumpa lg InsyaAllah