Friday, July 29, 2011

Lambaian Ramadhan


Bulan yang dipenuhi kebaikan dan barakah bakal tiba lagi.
(Semoga kita sempat mendiaminya,amin)

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulallah s.a.w telah bersabda, "Umatku telah diberi dalam Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka.
1. Bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah S.W.T akan menghiaskan syurgaNya dan berkata "Telah hampir masanya hamba-hambaKu yang soleh akan dilepaskan daripada beban-beban dan mereka akan datang kepadamu".
4. Dirantaikan syaitan-syaitan yang jahat dalam bulan Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam bulan Ramadhan ini seperti mana yang biasa diperbuat oleh mereka pada bulan yang lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.
Rasulallah ditanya, "Adakah ia Lailatulqadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Namun seorang pekerja akan diberikan ganjarannya apabila dia telah menyelesaikan kerjanya."

Subahanallah!

Bersediakan kita membina ikatan kukuh dengan Ramadhan?

p/s: sedang mengitung hari untuk bertemu yang namanya ...Ramadhan ...=))

Tuesday, July 19, 2011

sebutir mutiara yg pergi dengan Gah menghadap penciptaNYA


ungkapan asy-Syaheed Sayyid Qutb di ambang kepulangannya kepada ar-Rahmaan:

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merinduku
Taman-taman di syurga bangga menerimaku
Burung-burung berkicau riang menyambut ku
Berbahagialah hidupku di alam abadi
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah roh ku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana ke alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar

 
Berehatlah bonda YB Dr. Lo’lo Ghazali dari keletihan dunia.
Tiada lilin yang pernah engkau nyalakan, melainkan akan kami oborkan ia hingga sirna gelap Jahiliah dan terbit fajar kemenangan, tidak lama lagi!
Buat adinda Fawwaz dan Farhan sekeluarga, semoga tabah dan teguh di jalan yang penuh ranjau dan liku ini…
Inna Lillaah wa Inna Ilayhi Raaji’oon…


(PETIKAN DARIPADA SAIFULISLAM.COM)

P/S: Al-Fatehah..... semoga ganjaran besar Allah menanti Mu..wahai serikandi Islam...

Wednesday, July 13, 2011

Kasih dr Nya..


memikirkan tentang kasih dari Dia yang tak sudah-sudah
aku gagahkan juga sungguhpun sebenarnya aku sudah mahu berputus asa untuk esok
dunia indah
lagikan pula syurga yang keindahannya berjuta kali ganda

cukuplah
kerana dunia tak pernah memuaskan
semakin dikejar semakin kehausan
fatamorgana yang nyata kerana hujungnya bukan itu yang dicari
bukan
hujungnya hanya sebuah kematian sementara menanti untuk satu lagi kehidupan yang lebih kekal
Tuhan,leraikan aku dari dunia. 
  
p/s: 
walaupun banyak benda yang mohon perhatian dalam kepala otak ni...tetap kene bersemangat,jangan takut jadi comot..dont be too afraid to make mistakesproses belajar memang macam tu... huhu

Monday, July 11, 2011

sendiri..

Meniti hari2..yang bercampur aduk perasaan dan emosi

mengharap kepada manusia...memang melelahkan... menyakitkan...

sedang belajar untuk kenal diri untuk menjadi org yg lebih kenal akan pencipta... 
supaya andai jasa ditabur tidak dihargai... 
andai kebaikan di hulur tidak di ingati..
andai ingatan tidak berbalas..
sngt berharap untuk terus mampu tersenyum
sngt berharap tidak akan mengganggu hati

'sila kuat ye hati
perjalanan kite di muka bumi ini masih jauh...
andai kata takdir diri hanya tinggal sendiri meniti hari2...
jgn bersedih...
pasti!
ALLAH ada tanpa pernah untuk meninggalkan'

kerana sedar bahawa segalanya itu milik Allah
setiap rasa suka..gembira.. hatta rasa cinta mahupun sedih....semua itu dtngnya drpd Allah
biar Allah sahaja yg memujuk..merawat... bukan manusia

p/s: ...sedang berusaha untuk menjadi org yang tabah dalam memberi walau tanpa dihargai........


-bErSiH


Hari ini kita mendengar pelbagai suara mengecam para pimpinan. Ada yang melabel sebagai pemimpin kejam, bahkan kafir ataupun anjing yahudi. Tidaklah saya cukup berilmu untuk mengiyakan, atau menafikan segalanya. Namun suka untuk saya berkongsi kata-kata Ibnu Qayyim;

Katanya -

Perhatikanlah hikmah Allah Taala yang menjadikan raja-raja dan pemimpin-pemimpin mereka, sepadan dengan amalan-amalan yang mereka lakukan. Bahkan seolah-olahnya amalan mereka itu terzahir, tampak pada raja dan pemimpin mereka.
Jika mereka beristiqamah dalam amalan mereka, maka raja dan pemimpin juga akan turut beristiqamah. Selagi mereka adil saksama, begitu juga para pemimpin mereka. Jika mereka zalim, raja akan turut zalim. Jika mereka khianat, maka khianatlah raja.
Apabila mereka bakhil dan tidak memberikan hak-hak Allah dalam harta mereka, lantas raja juga tidak menunaikan hak-hak mereka (bakhil).
Golongan yang fajir dan jahat, maka akan dilantik untuk mengetuai mereka orang yang sejenis dengan mereka dan ini merupakan hikmah Ilahi. Jikalau kita melihat kurun yang awal, kita melihat mereka tergolong dalam orang yang soleh, begitu juga para pemimpin mereka.

semoga kita semua melihat BERSIH bukan sahaja menuntut hak kepada kerajaan tetapi menuntut hak kepada rakyat juga.
p/s: tahniah buat semua shbt2 yg turun BERSIH...semoga msj itu sampai dgn misi n niat yang bersih..

Thursday, July 7, 2011

kehkehkeh....sengal!


Dia senyum padaku...
aku membalasnya.
Tak tercapai, namun jiwa kami tersentuh. 

apakah?????

p/s: sila jgn tertipu ye semua...hanya sekadar suka2...kehkehkeh..sila la tabah!

Tuesday, July 5, 2011

tadi nampak...

PELANGI
 
lepastu terus teringat zaman2 sekolah dulu


cikgu sains ajar nak ingat warna-warna pelangi ada formula luar biasa dia iaitu Michael Jackson Kata Hidup Bujang Itu Untung. Fuyoo kami masih ingat laaa..


Michael - merah   Jackson - jingga   Kata - kuning   Hidup - hijau   
Bujang - biru   Itu - indigo   Untung - Ungu


Cikgu korang ajar macamana pulak? By the way betul ke hidup bujang itu untung??
haaa sapa nak jawab nih,hehe..
 
 
p/s: syukran ya Allah semalam hati kehujanan pg ni hati terhibur dek pelangi yg nampak jelas di depan mata