Wednesday, July 13, 2011

Kasih dr Nya..


memikirkan tentang kasih dari Dia yang tak sudah-sudah
aku gagahkan juga sungguhpun sebenarnya aku sudah mahu berputus asa untuk esok
dunia indah
lagikan pula syurga yang keindahannya berjuta kali ganda

cukuplah
kerana dunia tak pernah memuaskan
semakin dikejar semakin kehausan
fatamorgana yang nyata kerana hujungnya bukan itu yang dicari
bukan
hujungnya hanya sebuah kematian sementara menanti untuk satu lagi kehidupan yang lebih kekal
Tuhan,leraikan aku dari dunia. 
  
p/s: 
walaupun banyak benda yang mohon perhatian dalam kepala otak ni...tetap kene bersemangat,jangan takut jadi comot..dont be too afraid to make mistakesproses belajar memang macam tu... huhu

No comments:

Post a Comment