Monday, July 11, 2011

-bErSiH


Hari ini kita mendengar pelbagai suara mengecam para pimpinan. Ada yang melabel sebagai pemimpin kejam, bahkan kafir ataupun anjing yahudi. Tidaklah saya cukup berilmu untuk mengiyakan, atau menafikan segalanya. Namun suka untuk saya berkongsi kata-kata Ibnu Qayyim;

Katanya -

Perhatikanlah hikmah Allah Taala yang menjadikan raja-raja dan pemimpin-pemimpin mereka, sepadan dengan amalan-amalan yang mereka lakukan. Bahkan seolah-olahnya amalan mereka itu terzahir, tampak pada raja dan pemimpin mereka.
Jika mereka beristiqamah dalam amalan mereka, maka raja dan pemimpin juga akan turut beristiqamah. Selagi mereka adil saksama, begitu juga para pemimpin mereka. Jika mereka zalim, raja akan turut zalim. Jika mereka khianat, maka khianatlah raja.
Apabila mereka bakhil dan tidak memberikan hak-hak Allah dalam harta mereka, lantas raja juga tidak menunaikan hak-hak mereka (bakhil).
Golongan yang fajir dan jahat, maka akan dilantik untuk mengetuai mereka orang yang sejenis dengan mereka dan ini merupakan hikmah Ilahi. Jikalau kita melihat kurun yang awal, kita melihat mereka tergolong dalam orang yang soleh, begitu juga para pemimpin mereka.

semoga kita semua melihat BERSIH bukan sahaja menuntut hak kepada kerajaan tetapi menuntut hak kepada rakyat juga.
p/s: tahniah buat semua shbt2 yg turun BERSIH...semoga msj itu sampai dgn misi n niat yang bersih..

No comments:

Post a Comment