"Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir?”
” Pasti akan kuhukum ia dengan hukuman yang berat atau kusembelih ia, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang jelas.”
Demikian kata-kata Nabi Sulaiman a.s seusai pemeriksaan barisan tenteranya yang juga terdiri daripada burung-burung.
Ya, di manakah hud-hud?takkan dia tak dtng untuk ‘roll call’ yang sangat penting ini? takkan dia berani derhaka kepada perintah Nabi Sulaiman, yang kerajaannya jika dibandingkan pada hari ini, lebih hebat daripada kerajaan Barrack Obama?
Tiba-tiba…
” Aku mengetahui sesuatu yang belum engkau ketahui. Aku datang kepadamu dari negeri Saba membawa suatu berita yang meyakinkan.”
Ah…itu hud-hud! Berita apakah yang dibawa oleh si cute ini? Berita yang lebih penting daripada menghadirkan diri ke ‘roll call’ barisan tentera Nabi Sulaiman? Lebih penting daripada nyawanya sendiri
” Sungguh, kudapati ada seorang perempuan yang memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta memiliki singgahsana yang besar.”
” Aku dapati dia dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk,”
” mereka juga tidak menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bumi dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan yang kamu nyatakan.”
” Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang agung.”
Hud-hud, seekor burung yang kecil lg cute, tapi mempunyai himmah (semangat) yang besar. Sanggup mengambil risiko demi menyampaikan berita yang cukup kritikal. ‘ Oh Nabi Allah, ada kaum yang berada dalam kesesatan yang nyata! Mereka, walaupun dikurniakan dengan kerajaan yang tidak kurang hebatnya, tidak menyembah Allah, yang telah mengurniakan mereka dengan nikmat itu pada awalnya! Apakah kita harus berdiam diri sahaja? Apakah kita harus goyang kaki sementara kaum ini terus menerus dalam kesesatan? Apakah kita bisa membiarkan saja mereka menyembah matahari?’
Hebat, hebat sungguh mentaliti hud-hud.
Dia tidak merasakan tubuhnya yang kecil menjadi penghalang dalam membawa misi yang cukup besar. Amar maaruf, nahi munkar.
Dia tidak merasakan, ‘oh, aku cuma seekor burung, ini sekumpulan manusia. mengapa aku perlu menjaga tepi kain mereka? Biarlah manusia lain yang menyibuk mengambil tahu hal mereka!’
Dia juga tidak merasakan, ‘ alamak, nanti kalau aku tak pulang segera untuk roll call ni, Nabi Sulaiman marah dan hukum aku. Tak perlulah sibuk-sibuk dengan kaum ni. Pandai-pandailah Nabi Sulaiman dapat tahu nanti. Dia kan rasul. Yang penting, aku jaga diri aku sendiri. Nanti aku kena hukum, kena sembelih, aku juga yang susah.’
Yang penting, yang bermain dalam fikiran hud-hud, cuma satu; ‘ok, ni ada kaum yang menyembah selain Allah. Isu yang sangat kritikal ok! kena sembelih pun sembelih la, takkan aku dapat berdiam diri sedangkan ada kemungkaran yang besar berlaku di hadapan mataku? Menyembah selain Allah! Tidak, tidak mungkin aku dapat biarkan!’
ok cukup cerita pasal hud-hud... insyaAllah peh ni leh cerita pasal binatang lain lak..
p/s: memang best kalau baca or cerita pasal haiwan2 ni...huhu..tersambung lak cerita pasal binatang..haha..mlm tadi selamat dah cerita kambing, pandan n the geng kat tet..so pg ni cerita pasal si cute hud-hud lak...kalau binatang pun ada sumbangan tuk bela n jaga Islam...kite??? takkan takdek kan..Allah jadikan kite sempurna berganda2 drpd binatang...adakah Allah jadikan kite hanya untuk sia????...tepuk dada tanya iman.. jom do something for Islam!!
No comments:
Post a Comment