Tuesday, November 30, 2010

TQ Dr. Syarifah Zarina

(*_^)/ sebab dpt kurma dangan air zam2... tq2..

nak share sikit pasal adap nak minum air zam2...

Rahsia kelebihan air zamzam

* Boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan izin Allah.
* Diberkati dan mengeyangkan peminumnya.
* Mampu menyempurnakan hajat peminumnya dengan izin Allah.
* Allah menjadikan air zamzam sebagai penyebab kepada pembangunan dan kemajuan bumi Makkah. Seterusnya, kewujudan Baitullah di bumi itu.
* Antara mata air syurga.
* Antara tanda kekuasaan Allah di bumi Makkah

Adab, peraturan minum

ADAB atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: "Seorang lelaki datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas: "Tuan datang dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."

Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yangsepatutnya?"Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?" Ibnu Abbas menjelaskan: "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda: "Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

Daripada `Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya): "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah). Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.



tu jek nak share... ramai dah kot yg tau... hehehe...

No comments:

Post a Comment