Tuesday, September 4, 2012

Kisah Saidina Ali dan Merdeka?


tiba masa..
laungan itu didegari..
bila tiba 31 Ogos..

Sedang memikir-mikir buku apa yg harus di baca tatkala minda tumpul 1000... terpandang sebuah buku..'Kisah para sahabat'... lama dah tak belek. Ada sesuatu yang menarik tentang pemimpin yang sangat bagus untuk diteladani kisah berkenaan dengan 'Saidina Ali dan baju besi'.

Tirmadhy dan Al Hakim meriwayatkan dari Sya'aby bahawa Ali bin Abi Thalib pernah satu ketika pergi ke pasar, beliau melihat seorang Nasrani menjual baju besi. Setelah dilihat oleh Ali, barang dagangan orang itu, Ali berkata kepada orang itu;

"Baju besi ini adalah milikku yang hilang dan aku akan tuntut kamu di hadapan hakim."

Waktu itu yang menjadi hakim adalah Syuraih. Ketika Ali dan orang Nasrani itu tiba di hadapan hakim maka Syuraih bangkit untuk mendudukkan Ali di tempat mahkamah sedangkan Syuraih duduk di tempat yang disediakan bagi orang yang akan diadili bersama orang Nasrani.

Dalam hal ini, Ali berkata, "Hai Syuraih, jika lawanku ini orang Islam maka aku mahu duduk sejajar dengannya, namun Rasulallah SAW pernah bersabda, 'Jangan kamu berjabat tangan dengan orang kafir, jangan kamu mendahului mereka dalam salam, jangan kamu kunjungi jika mereka sakit, jangan kamu doakan keselamatan mereka, sempitkan mereka dan pujuklah mereka seperti Allah memujuk mereka, kerana itu adillah antara aku dan dia dengan segera, hai Syuraih."

Syuraih bertanya kepada Ali, "Apakah perkaramu, hai Ali?"

Jawab Ali, "Ini adalah baju besiku yang sudah lama hilang daripadaku"

Tanya Syuraih kepada orang Nasrani itu, "Apakah benar yang dikatakan oleh Ali?"

Jawab orang Nasrani itu, "Saya bersaksi bahawa apa yang dikatakan itu tidak benar. "

Tanya Syuraih kepada Ali, "Apakah tuduhanmu itu ada buktinya?"

Jawab Ali, "Tidak ada."

Jawab Syuraih, "Kalau begitu aku tidak dapat membenarkan tuduhanmu."

Jawab Ali, "Benar kamu hai Syuraih atas keputusanmu yang adil ini."

Melihat kelakuan yang amat jujur itu, maka si Nasrani itu dengan takjub berkata, "Sungguh keputusan yang demikian itu adalah keputusan para Nabi dan para Rasul, kini aku bersaksi, baju besi ini adalah miliknya, tanpa diketahui olehnya dan kini aku bersaksi pula bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu adalah utusan Allah."

Kata Ali, "Setelah kamu masuk Islam, maka aku hadiahkan baju besi itu kepadamu."

Dalam periwayatan lain katanya;

"Sungguh aku heran sekali terhadap peradilan ini, seorang khalifah juga dapat diseret ke pengadilan Muslimin kemudian dia juga dapat dikalahkan, wahai Amirul Mukminin, ambillah baju besi ini kerana baju besi itu adalah benar milikmu dan aku ambil sewaktu jatuh dari untamu. Sekarang saksikanlah bahawa aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah."

*****

Dalam pantun kami berbahasa;

Janji ditepati-janji demokrasi;
membacalah kita dengan waras
biarlah adil berhias berbudi;
tingkah dan kata biar kemas

Tanah Melayu tanah pusaka;
darah keringat orang lama
janganlah kita mudah sengketa;
banyak jahat dari baiknya

Merdeka negara dari penjajah;
merdeka jiwa dari dunia
marilah kita menggenggam amanah;
menjaga negara menjunjung agama

Tampuk khalifah dipikul berat;
bulan sabit di puncak gunung
peluk bahasa biar erat;
kelak kita bangsa nan agung
(pantun ini ihsan daripada seorang sahabat.. hehehehehe)

Salam kemerdekaan...semoga kita semua merdeka daripada segala dosa-dosa yang membelenggu.. 
semoga merdeka daripada jahiliah yang semakin bertapak.. 

Wahai Allah.. 
peliharalah bumi kecintaan kami... 
berikalah hidayah kepada segenap hati-hati yang mendiami bumiMu... 
jadikanlah Islam subur bersama kami di bumiMu ini...
ameen..

pada usia..
separuh jagung..
lekanya menggunung..
Allah...

No comments:

Post a Comment