Wednesday, November 14, 2012

Pulang bersama harapan dan semangat..

Petang itu kusangka.., 
dalam pandanganku hanya ada laut
yang perlahan-lahan surut di hadapan 
Namun tidak pula aku sangka 
pandangan ku hanya pada dinding putih
kosong!..


 Petang akhir dari beberapa hari yang seakan-akan sekejap tetapi panjang dan punya makna yang tersendiri .. semoga ada ilmu yang di bawa pulang buat bekalan.. 
semoga ada semangat yang di jinjing bersama langkah kaki meninggalkan bumi helang penuh sejarah 
untuk bekalan menuju jaya.. 

Engkau mahu melihat pasir  yang masih putih.
Tapak bangau masih segar...
Camar yang berterbangan.
Angin masin bertiup menghembus damai.

Engkau mahu mengambil ranting kayu, menconteng-conteng kata-kata di atas pasir.


Engkau mahu menghela puas-puas udara masin bergaul lumpur itu.


Engkau mahu merenung horizon laut, memerhatikan kapal-kapal yang kelihatan kecil nun di hujung.


Engkau mahu duduk, termenung dan tersenyum.


 
TETAPI ALLAH KATA...

Engkau perlu duduk di tepi hutan
tanpa coverage telepon..
dalam sebuah kotak..
mendengar dan memerhati
dan perlu kepada penghayatan kepada ilmu-ilmu yang dikongsi..

Alhamdulillah!

sesungguhnya perancangan Allah itu yang terbaik buat diri 
(^_^)

Menjejakkan kaki semula
ke perbukitan Bangi
bersama harapan dan semangat
InsyaAllah..

2 comments: