Dalam menapak menempuh hidup
terkadanga tertanya-tanya
akan apa yang telah Allah kurniakan..
adakalanya membuah gembira
adakalanya menyemai duka
tiba-tiba iman berdetik..
'Allah lebih tahu akan sesuatu yang terbaik untuk setiap hamba-hambanya'
setiap sesuatu yang dilalui sama ada suka ataupun tidak
Allah itu dekat dan terlalu dekat
Allah.. jadikan aku hambaMu yang selamanya menadah tangan
berdoa kepada Mu untuk setiap apapun keperluan mahupun impian
kerana tahu Kau maha mendengar
Ya Allah
jadikan permulaan hariku kebaikan
pertengahannya kejayaan
dan penghujungnya keredroaan dariMu..
ameen
No comments:
Post a Comment