sedang awan mendung kelabu..
lama sudah rasanya tidak menulis 'disini' sepertinya sibuk menulis penulisan-penulisan untuk dihantar sebagai proceeding mahupun journal (hohohoho.. yok yo o0o0o jek..).
tiba-tiba nak tulis tentang ini... dalam bahan-bahan bacaan yang pernah di baca suatu ketika dulu saya terjumpa akan ini..
nah
1. cinta..
untuk menerangkan cinta, saya paling suka quote ini;
"don't walk behind me; I may not lead. don't walk in front of me; I may not follow. just walk beside me and be my friend."
- albert camuskata-kata itu akhirnya membawa saya untuk berfikir bahawa cinta itu sama ada menghilangkan diri kita, atau menemukan siapa kita?
--
2. kesan cinta
cinta selalu membuatkan kita terikut-ikut untuk cenderung mengikut segala kesukaan orang yang kita cintai. sepenuhnya melihat, mendengar dan mentaati, meski kadang-kadang bertentangan dengan kehendak, kesukaan, dan prinsip diri. kesannya, personaliti atau sifat diri yang sebenar (sebelum bercinta) akan tenggelam dan hilang. lebih-lebih lagi, perempuan. semulajadi, dan kebiasaannya, dia mudah ‘dibentuk’ oleh apa-apa yang dia cintai. (tajuk bukunya cinta penulisnya?? tak ingat siapa huhuhu )
jujur, saya pun. hmm.
3. sembang-sembang tentang cinta
suatu hari seorang adik menyatakan pendiriannya: "kalau boleh, saya nak bersuamikan orang yang hebat dalam agama. lagi-lagi fiqh. nanti senang saya nak rujuk dia".
saya sengih membalas; "tapi, macam mana kalau dia bagi ilmu yang salah?" kemudian menyambung, "sebab itulah, kita kena belajar dan cari ilmu juga. bolehlah berbincang dan sama-sama mencari jawapan yang betul!"
Secara peribadi, saya merasakan; "the goal in marriage is not to think alike, but to think together!" kesempurnaan ada pada keduanya, bukan salah seorang. ada masanya, salah seorang mungkin tersilap. macam kebiasaannya, kita berkawan-kawan.
menulis, bercakap hasil dari pembacaan kelihatan sangat sempurna dan mudah namun hakikatnya tidak lah semudah angguk dan geleng, senyum dan berkerut tatkala bait-bait perkataan di baca helaian demi helaian.
masih, saya sendiri tidak tahu dan tidak pasti sesusah apa agaknya, untuk selalu merendahkan hati, membuang ego dan memberi ruang untuk saling mendengar, memahami dan memilih apa-apa yang terbaik untuk diri dan pasangan.
bukan memilih mengikut pandangan diri semata-mata, walaupun (mungkin), dia kurang arif, dan kurang tahu.
dan tentu sekali setelah memilih bersama tadi, bersabar pula melatih diri mengikut kemampuan dan kapasiti diri, untuk sebetulnya 'berubah' mengikut telunjuk, parameter dan kemahuan agama, bukan semata-mata kemahuan diri sendiri.
sebab secara peribadi, saya pun merasakan;
"it's not about changing. it's about growing, -together" - ellen schreiber, love bites
dan sangat ditakuti andai diri ini tergolang dalan golongan:-
"but the poor kids today, either they're too selfish to take part in a real loving relationship, or they rush into marriage and then six months later, they get divorced. they don't know what they want in a partner. they don't know who they are themselves, so how can they know who they are marrying?"
(pg. 148, tuesdays with morrie)
walau apapun.. dalam hidup masa yang mendatang bila sudah 'berdua' apa yang saya mahukan adalah mengenal makna 'berdua' bukan sekadar suka dan gembira lebih kepada amanah dan tanggungjawab juga mahu setapak demi setapak ‘berubah’ untuk perubahan yang membawa lebih kebaikan kepada diri, orang yang dicintai dan yang paling lebih adalah agama.
"..just walk beside me and be my friend."
en kacak jom kawin!
(hahaha bila dah sengal ini laaa jadiknye..)
ps: pandangan peribadi semata-mata. mungkin-lah ini antara 'values' yang saya sangat cari dan paling mahu ada dalam diri, hmm. ameen.
(saya rasa, saya tulis sangat mengarut la plak... huhuhu bila idea untuk paper tak sampai idea disini pulak yang mencurah! sila tabah!)
rintik hujan mula membasahi
dan bumi selamanya setia menanti..
No comments:
Post a Comment