Pada sebuah senyum yang terukir
tanda syukur juga gembira
akan datangnya bulan penuh berkah
di nanti dengan penuh debaran
bersama harapan dan cita
mahu menjadi sebaik-baik hamba..
namun jangan dilupa
pada saat kegembiraan menyambut Ramadhan yang tiba di sebuah negara yang Alhamdulillah berlagu tenang lagi damai malah mewah...
pada saat dan ketika ini saudara-saudara kita
sedang menyambutnya dengan penuh tabah lagi sabar
Ada yang sedang mendiami Ramadhan di celahan runtuhan 'kota'.
Ada yang mendiami Ramadhan dengan baju yang comot, tampal di sini sana.
Ada yang mendiami Ramadhan sedang kelu di sebelah barisan keluarganya
yang terbujur kaku.
Allahu Allah..
selamat mendiami Ramadhan
tidak lupa selamat memperbaiki diri
dan mempertingkatkan doa buat diri juga saudara-saudara kita seluruhnya.
Ramadhan kareem...
(^_^)
comel macam awak.
ReplyDeleteoshinz... saya dah rindu awk =(... selamat menjalani ibadah puasa ye =)
ReplyDeletepandai ni nak buat saya nangis sorang-sorang. cubit kang!
ReplyDeletekikiki awk pandai nangis rupanya ek... hehe take care tau Oshinz. jgn nowty2 ar.. =p
ReplyDelete