Monday, December 5, 2011

menasihati diri..

Allah.... 
baru berniat mahu berhijrah supaya tidak berfikiran negatif..
cepat benar Allah menguji hati dan perasaan ini...

tuhan... 
dalam setiap helaan nafasku..
terkadang aku gagal untuk terus mengingatiMu
namun Kau tidak pernah sekalipun lupa untuk terus bersama ku
tertunduk...
malu...
atas segala pemberianMu...

tuhan..
atas sedar diri ini seorang perempaun
yang Kau ciptakan
punya hati yang sering rapuh
maka kuatkanlah diriku untuk bangun
menempuh hari2 mendatang di bumiMU..

menyedari hakikat bahawa
Manusia dan perasaan ada hayatnya sendiri.
Perasaan boleh terus hidup kapada insan yang telah mati,
begitu juga manusia boleh terus hidup dengan perasaan yang telah mati.

memujuk hati dan menganggap perasaan dan hayat sebagai hadiah dari Allah. 
lantas mahu hargai setiap ketika.

sering kali berdoa, 
agar dikurniakan perasaan dan hayat yang mendekatkan kita kepada Allah. 
Itulah yang diimpi-impi, itulah yang dicari-cari.
Hayat itu intan, perasaan itu permata, 
tetapi Allah-lah segala-galanya. 
 

Wahai diri tetaplah kau menghamba. 

No comments:

Post a Comment