Thursday, December 8, 2011

Berbicara dengan Alam

Air itu mengalir
mengikut aturannya
tanpa pernah gagal
wahai jiwa yang sarat
tenanglah seperti tenangnya air
mengikut lentur fitrahnya ia sebagai air
dan fitrahnya kita
sebagai hamba kepadaPENCIPTA
kembalikan segala rasa-rasa yang sarat
kepada pemilik sekelian rasa.

Dalam melewati hari-hari di bumiMU
Terkadang hujung jalan
samarnya berkabus ..merintik..
sejuknya mencengkam
kerana pada.. terbuka sejalur cahaya
damai itu hikmah

Mengakui akan hakikat sabar itu payah
kerana sedar akan ganjarannya lumayan
sangat berusaha untuk terus bersabar
seperti sabarnya alam mentaati KHALIQnya
agar kuat terus dipelajari
seperti kuatnya angin menyapa penduduk bumi
membawa rasa-rasa segar dek panasnya mentari
dan pelan-pelan tabah itu datang
mendiami lubuk hati.

Pagi itu..
menyusuri jalan-jalan di medan ilmu perbukitan Bangi
hijau rimbun di tepi jalan
membuahkan rasa damai
sekali lagi
alam tidak pernah gagal mentarbiyah manusia
mungkin kerana zikirnya yang tidak henti

Wahai Pencipta sekalian alam
diriku terlalu takjub kepada dunia yang KAU cipta
Tertangkap hatiku  pada bulan dan bintang
pada langit dan daratan
pada laut dan gunung ganang
pada siang dan malam.

Sesungguhnya
diri ini menumpang teduh
di bumiMU Rabbi
bertemankan alam yang mengasyikkan
yakin itulah
cara paling halus untuk mendekatiMU
tanda cinta Yang Maha Agung
kekal aku dalam senyuman
semoga persinggahan ini tidak sia-sia




No comments:

Post a Comment