Saturday, October 8, 2011

nota hati...


Selesai tusyen malam tadi, terasa tidak mahu pulang ke rumah. Lantas keputusan di ambil. Mahu mencari damai dengan mendampingi alam. Memandu tanpa hala tuju. Berhenti  di jambatan cantik.
Menikmati indahnya malam
Memandang langit
Damai
Alhamdulillah
Hati yg bercelaru terubat hanya dengan melihat indahnya langit ciptaan Allah
Ya Allah saat memandang langit mu..
Hatiku menyerah mengalah...
membiar terdedah...
supaya ditarbiyah dengan harapan menjadi kuat semula

Mata terpejam seketika...tenang..
Namun.. airmata gugur juga..
hatiku kalah lagi rupanya...
tunduk menyerah...

Allah ...
Yakin segala rasa yang datang itu daripadaMU
Untuk menguji mahupun 
untuk memberi peringatan atas perbuatan yang lalu

Ya Allah...
Sedar akan diri ini tidak layak untuk meminta-minta padaMU
Namun yakin,
Kau maha mendengar setiap rintihan hamba dalam apa keadaan sekalipun

Allah..
Ambillah semula setiap rasa dukacita ini
Kerana aku tidak kuat ya Allah
Andai
Dukacita inilah yg terbaik buatku pada saat dan ketika ini
Berikanlah kesabaran dan ketabahan untuk menghadapinya

Mengatur langkah pulang
Dengan harapan
mata hati...
semoga kau hidup kembali...
untukku tabah meniti hari... 

dan pagi ini
kalam MU menemani ku
tenang
Alhamdulillah

p/s:...memenuhi hari ini dengan program insyaAllah


No comments:

Post a Comment