Friday, July 20, 2012

Saat Sya'ban..melangkah pergi..

Menyelami hari penuh barokah dipenghujung sya'ban..
aduhai...
hati kegundahan
namun teruja menunggu hadirnya esok...

Wahai yang Maha Agung..
saat kau campak ke hati-hati kami
rasa gembira menyambut bulan penuh kemuliaan ini
dengan penuh azam dan kesungguhan...
kami mohon dengan sangat
jangan Kau tarik kelazatan beribadah
di pertengah dan penghujungnya..
kerana disitu terletak keampunan dan keredhoaanMu...



salam Ramadham Kareem buat semua shbt2 yang dikasihi fillah
insyaAllah semoga kita sama-sama diberi kekuatan untuk menyingkap tabir Kalam terindah
kerana padanya..
ada kasih tersemi di ubun alif
ada suara bergema di rongkong ha
ada indah melungsur di ekor mim
ada bahasa bermain di riba dal
Kerana ketika Allah berkata-kata
Harf menjadi medan cinta-Nya



terima kasih atas segala kebaikan kalian
mohon maaf atas segala kekhilafan diri
salam Jumaat penuh barakah bersama sya'ban yang bakal melangkah pergi...
dan Ramadhan penuh gal bakal menyusul



mode:...Astagfirullah, Alhamdulillah, Allahhu Akbar...

No comments:

Post a Comment