Monday, July 2, 2012

Memaknakan Isnin yang datang..


Bismillah
Walhamdulillah

Sesungguhnya tiada yang layak
melainkan Allah semata yang berhak dipuji
atas keindahan ciptaanNYA
Pagi Isnin kembali
tanpa pernah gagal memunaikan kitarannya
hanya akan berhenti
tatkala matahari perpaling pada kedudukannya

Perbukitan bangi sekali lagi tidak pernah sepi
untuk dipandang oleh mata-mata yang sengaja atau tidak
memandang kalian yang hijau..
indah..
segar ..
mendamaikan..
Sungguh zikir kalian menggamit hati
lalu mengundang mata-mata yang memandang
tidak jemu untuk terus menatap
membuah rasa tenang yang berkekalan...

sekali lagi nikmat-nikmatMU yang bertebaran ku rasai lagi
terima kasih Ya Allah atas segalanya
semoga syukur ku bertambah bukan sahaja untuk hari ini
tetapi untuk selamanya

Ya Allah
jadikanlah diri ini sentiasa beringat:

bahawa diri ini punya Rabb
yang azabnya sangat luar biasa
bahawa diri ini punya Rabb
yang sifatnya sangat pemurah
bahawa diri ini punya Rabb
yang belas kasihannya sangat luas
bahawa diri ini punya Rabb
yang menjadi tempat perlindungan yang sebaik-baiknya

Ya Allah
jadikan hari ini adalah hari yang terbaik untukku
jauhkan diriku daripada sifat-sifat yang tercela
lorongkan diriku untuk melakukan kebaikan dengan ikhlas
sesungguhnya
tidak ada daya upaya melainan dengan izinMU
izinkanlah ya Allah
perkenankanlah ya Allah..

p/s:... Sya'ban terus meniti..dan Ramadhan semakin memanggil..semoga usia ini sampai kepada Ramadhan dan usia ini tidak mempersiakan Sya'ban..

No comments:

Post a Comment