Sunday, July 1, 2012

Bismillah...

lama rasanya tidak menulis di sini..
hehehe
alasan:
sibuk
(sibuk la sngttttt)

kehkehkeh
(eh..eh.. suka pulak)

alhamdulillah buat kesekian kalinya 
terima kasih Ya Allah atas pinjaman-pinjaman yang telah engkau berikan
 untuk hambaMu yang kerdil ini merasai sekelian nikmat yang bertebaran
sesungguhnya nikmat terbesar yang sangat disyukuri adalah nikmat Islam dan Iman..
dan nikmat dikelilingi orang yang baik-baik yang sering melakukan kebaikan demi kebaikan 
dan semoga kebaikan-kebaikan kalian dipandang tinggi di sisi Allah 
dan semoga diri ini juga mampu menjadi seindah kalian dalam menebar kebaikan
(^_^)

sepagi 'melepak' di rumah kakyah... menyulam ukhwah..  bersama kak na dan nadia juga.. mahu melangkah pulang terasa berat..hahaha.. terima kasih atas sarapan2 yang sedap2.. balik dengan perut keyang adalah salah satu nikmat...

satu perkara yang sering menghantui apabila sesuatu yang dihajati tidak kesampaian
mesti terdetik dalam hati
'ermm bukan rezeki'
sedar atau tak yang sebenarnya bukan rezeki itu adalah rezeki..
(ada sesuatu yang dihajati tidak kesampaian hari ini...tabah.. rezeki semua nii..maka dengan tidak tertunainya hajat,datang rezeki berehat di rumah selepas zohor menanti azar menghabiskan 2 juzuk.. alhamdulillah atas izin Allah semata )

Wahai Allah
bukan dunia yang dirangkul
bila terangkul tanpa kesabaran
bukan kesenangan yang diraih
bila teraih tanpa kesabaran
bukan kebahagiaan yang dikecapi
andai dikecap tanpa kesabaran
sesungguhnya kesabaran adalah jalan 
bagi orang-orang mukmin memperolehi segalanya
hatta memiliki syurga dan redhoNYA...

Wahai Allah
jika Engkau berkenan menjadikan dunia tunduk di kakiku
berikanlah aku kekuatan untuk digunakan demi kepentingan agamaMU
maka Ya Allah pintaku
jadikanlah kesabaran itu menjadi sebahagian daripada sifatku
-Ust Yusuf Mansur Mencari Tuhan Yang Hilang-

p/s:.. memandang langit Ilahi.. gelap.. namun apa yang mengamit hati ..ia tetap indah!

No comments:

Post a Comment