jika mahu memilih bunga
pilihlah kelopak ungu
kerana ia lebih cantik..
atau yang kelopaknye lebat
karana ia lebih kembang
atau yang kekal kembang hingga ke petang
kerana ia lebih tahan
atau pilihla bunga yang jarang dilihat..
apa nama bunga itu?
tetttttttttttttt
(hohohoho... merepek sudah..kami pun tak dapat kesan apa masalah kami sampai terkeluar entry yg macam ni...kalau korang pelik n tak faham...kami lg pelik dan tak faham...layan kan je laaa ekk)
"Tetapi kalau diberi pilihan, saya lebih suka permata dari bunga" -pakcik jual cincin.
(hahaha..apa kene mengena lak pakcik jual cincin dalam pesanan ni??? entah sekali lg kami dah buat kerja merepek tak hengat.. apa2 je la.. hari ni audit kat opis.. so macam sengal2 gak la kan rasa.. pg2 officer dah msk check meja n so on...)
"tapi kalau ada bunga n permata depan mata...saya amik dua2"
(pergh giler tamak!)
apepun bersyukurla dengan apa yang ada ..
jangan terlalu mengaharap
dan jangan pula sampai tidak pandai untuk menilai n membuat pilihan
hidup adalah percaturan
antara gembira dan sedih
antara damai dan sengsara
antara suka dan duka
pilihan di tangan kita..
tetapi jgn lupa akan kuasa Yang Maha Berkuasa
andai diuji
sabarlah
tabahlah
dan berbahagialah kerana Allah menyayangimu lalu menimpakan ujian buatmu..
so
senyum jek walau langit kehidupan kita mendung k!
No comments:
Post a Comment