berkongsi rasa...
walau hanya berkongsi..
hati ini tetap merasa..
luahan si ibu tanda kasih pada si anak..
Allah.. besarnya nikmat seorang anak
punya seorng ibu yang memberi cinta
tanpa sebarang syarat..
lantas..
terasa diri ini dihargai
atas perkongsian rasa itu..
berkongsi cerita bersama si ibu
dengan gelak dan tawa..
usikan si ibu pasti mendamaikan jiwa
walau kata-kata menidakkan
mana mungkin kata-kata seorng ibu itu melukakan
kerana cintanya pada si anak tanpa batasan..
asal sahaja tahu..
mak memang suka mengusik..
yang kadang2 membuah rajuk..
rajuk yang indah..=p
berkongsi bahagia dengan rezeki Allah untuk dia....
Allah sesungguhnya..
tidak terjangkau akal manusia dan sesungguhnya
Kaulah sebaik-baik pemberi rezeki
kerana Kau takkan pernah memungkiri
janjiMu..
Apabila deria dan rasa bersatu:
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"
(comel! lirik tu yg comel ye.. jgn tertipu..)
No comments:
Post a Comment