Tuesday, May 31, 2011

tak sempurna

menjadi seorg yg sempurna sngt sukar
menjadi diri yg kenal akan pencipta terkadang jatuh tersungkur
menjadi seorg yg terbaik buat kedua ibu bapa mengundang rajuk
menjadi seorg yg baik untuk shbt terkadang ada hati yg terguris

harus bagaimana?

Allah
mohon agar kau kuatkan langkahku
untuk menjadi seorg hamba yg sebenar-benarnye hamba
menjadi anak yg mampu menyejukkan hati kedua ibu bapa
menjadi shbt yg tidak menyusahkan shbt

maaf kepada..anda..kamu..mereka2..yg terasa hati dgn sikap kami...
sesungguhnya...kami hanya seorg yg biasa..anak kepada org yg biasa2 juga..
jika mahukan kami menjadi yg luar biasa...mohon maaf bukan dalam masa terdekat ini..
namun akan kami usahakan...

T_T

p/s: perasaan yg.....sukar untuk ditafsirkan...


Friday, May 27, 2011

Apabila saya....????

Apabila Saya Mengharapkan sesuatu.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Menyelesaikan Sesuatu Kerja.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Menanamkan Azam Dalam Diri.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Berasa Hairan.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Nampak Sinar Harapan.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Marah.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Rasa Bersalah.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Sedih.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Terkejut.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Selsema.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Merasa Segan.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Kecewa.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Rasa X tau.. MyEm0.Com 
Apabila Saya Dipaksa Gelak.. MyEm0.Com 


p/s: kehkehkeh..pg2 dah bikin onar..tabah je la..apepun pg jumaat yg indah 
terima kasih Allah atas hadiah indah di pg hari ni...di iringin hujan renyai2 penuh tenang n damai..


Wednesday, May 25, 2011

sahabat....

friendship is like circle, there is no ending.

Tak sempurna iman seseorang jika dia tak mengasihi
saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri
atau melebihi daripada mengasihi dirinya sendiri.

rindu korang semua
(T_T)

Friday, May 20, 2011

dimensi ruang hati


erm
ermm
ermmm

sepi itu datang tanpa diundang
tanpa sebab yg munasabah
tanpa perlu kepada sebab yg kukuh

yg kadang2 menjemput senyum di bibir
"alahai....hati...apakah??"

yang kadang2 mengundang airjernih singgah di birai mata
"sayu...huhuhu..hati tlong la kuat...penantian hanya waktu!"

Allah

unik sungguh rasa yg Kau hadiahkan buat diri
menyedari hakikat bahawasanya Kau lah sebaik-baik pelindung
sebaik-baik penjaga
maka kau lebih layak untuk menjaga dan melindunginya

wahai Allah
pelihara n lindunginya di tempat kelahirannya
teguhkan kakinya melanggah di medan dakwah ini

i just want u to know that

i don't want to say

LETTING GO
Coz if i miss yr hand, i realized it's not mine to hold and i will never hold it again

But i want to say
GOODBYE
Coz i really hope that i can see u again, 
when i’m ready to hold yr hand and u are ready to hold mine

p/s: selamat kembali ke tanah kelahiran...T_T...





Thursday, May 19, 2011

geng single


tadi kecoh2 sekajap budak2 kat opis ni....
kehkehkeh...
benda yg dikecohkan...ce teka...ce teka...
hahahahahha
runsing sebab takdek 'special' boyfriend lg...
adeh...tabah je la...
sebab malas nak amik port 
duk diam2 je la kat tempat duduk sendiri ni ha
tetiba...

"kak yuz tu relex je..."
"laaa kak yuz takdek someone special lg ke??? biar betul.."

"wei..betulla...single lg ni ha.." 
(kami terpaksa bersuara untuk mengkonfemkan)
...hahaha sengal la budak2 ni...

"haaaaaaaaaaaaa..pekata kalau kite bukak kelab nak?"
"kelab apa?"
"kelab single! kakyuz leh jadi presiden!..boleh kan kak?"

erk!!
tabah jela..bdk2 ni..adehh
perli kami ke apa..tau la kami ni tua sikit drpd korang
'tua sikit je tau!'
bukan tua bnyk!! hohoho
ter-emo la pulak..huhu

*menarik nafas dalam*

tabah je la budak2 opis ni....
memang sah tanpa was2 semua tgh sengal...
kami yang tak sengal ni terpaksa sengal sama...tabah je la

wei...wei...wei...buat kerja wei...
(update blog pun salah satu kerja gak kan...kehkehkeh..)

p/s: runsing gak ni...bnyk no kad jemputan...dah tak tau nak p yg mana satu...



Wednesday, May 18, 2011

retreat nisa'...best!


 untuk shbt2 hajar, kak wani, kak ija, kak shahnaz, kak syida, lina, kak natrah... untuk semua ME n MT..tahniah atas program semlm 17/5!

bimbang tidak mengubah apa-apa tentang esok.masakan Al-Fateh hanya duduk termenung,merisaukan Constantinople,dan tidak membuat apa-apa persiapan.adalah tidak masuk akal bagi orang yang mahu berjuang tapi tidak mahu berusaha persiapkan diri.hanya bermalas-malasan,mengharapkan takdir belas padanya.dan,ini bukan cerita disney yang ada tongkat sakti boleh hidupkan orang mati.

padamu ya Allah pemilik kerjaan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya,kami mohon permudahkanlah urusan dunia dan akhirat kami, permudahkan urusan dakwah kami, kurniakanlah apa yang terbaik bagi kami,dan lapangkanlah hati kami menerima qada qadarMu.hanya Engkau sebaik-baik tempat pergantungan.aminnn.

till then...selamatlah semuanya.
kejap,jangan lupa perbaharu niat.hati adalah raja segala anggota.
p/s: untuk semua shbt yg hadir...syukran..semoga ukhwah kita kekal untuk selamanya...semoga medan dakwah yang kita pilih menjadi penyelamat kite di 'sana' kelak...semoga setiap titik peluh kita di jln ini Allah pandang....love u all sis!! 

Wednesday, May 11, 2011

nota hati seorang lelaki

Hanya Untuk Lelaki?

Pada awalnya, saya juga mempunyai pemikiran yang sama. Apakah hanya sesuai dibaca oleh lelaki sahaja? Namun apabila difikirkan sejenak, lelaki dan wanita itu saling berkait. Lelaki dan wanita itu berpasangan. Saling memerlukan.

Bacalah wahai lelaki. Pesanan penulis bukuJadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai akar jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri. Inilah yang cuba digarap oleh penulis dalam mentafsirkan gelanggang kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah.

Bacalah wahai wanita. Pesanan sayaWanita berperanan sebagai anak perempuan yang solehah buat ayahnya seperti Siti Fatimah. Wanita peyokong utama buat suami agar sentiasa lurus di jalan Allah laksana Siti Khadijah. Wanita pendidik terhebat buat anak-anak lelakinya seperti Maryam ibu Nabi Isa a.s. Renungkan nota-nota yang ditulis lalu muhasabahlah dimana seorang wanita dalam nota tersebut.

Cubalah membacanya. Pra-kata buku tersebut juga boleh dibaca di sini. Pra-katanya sudah cukup indah untuk kita muhasabah. InsyaAllah.
Semoga bermanfaat. Selamat membaca!

(edit from entry ust pahrol....tq ust..atas bingkisan indah.. insyaAllah sebagai bekalan)






p/s: tq ust atas doanya...sedang berusaha menjadi solehah..tak mengharap yg soleh..cukuplah seorg yg bisa menjadi imam buat diri ini..itu sudah memadai..

menjawab persoalan semlm...

 

antara serai n halia

kehkehkeh
ramai no yg tanya semlm kat status ym
nak buat tomyam ke?
ni kenapa serai n halia, kenapa tak bawang n sengkuang?
(tabah je la kawan2 kami niii)

ok2 

kami pilih serai
(sumpah tak tiru2 sape2 tau..),
meski kerananya kadang kami terluka.

senyum.
 
sebab apa kami pilih serai??


sempena serai dah nak habis dalam peti ais!!!!
kahkahkah


 err..sebenarnya boleh je serai dan halia harmoni dalam kuali kan.
 hidup bukan hanya tentang dua pilihan. 
selalu ada jalan ketiga, menuju destinasi yang sama.
Cuma kadang tak terteroka.
lalu dilemanya;

1. biar aku yang pertama, meninggal jejak untuk yang seterusnya.
risiko: sesat, dan lebih buruk, tak ketemu jalan pulang.

2. pilih jalan yang tersedia. lebih selesa ada yang bersama.
risiko: terlepas peluang, yang 'terbaik' buat kita.



Pilihlah mana-mana. 
Moga satu hari, menoleh ke belakang, bukan sesalan yang terbit dari keluhan.
Bahkan senyuman atas satu kesudahan.

Ikatlah pilihanmu dengan Tuhan.
jalanmu, Dia yang tentukan.
 
senyum je k!
insyaAllah Allah itu dekat
(^_^)

p/s: hahahha...kami merepek sudah...tabah je la korang ek...


Monday, May 9, 2011

selamat hari ibu



ditujukan khas buat:

PN HJH SITI RAHMAH BINTI HJ MARWAN

love u mom!
terima kasih atas setiap doa mak untuk yuz
\(^_^)/

Friday, May 6, 2011

komen TOK GURU berkenaan kematian OSAMA BIN LADEN

Kematian Osama bin Laden : Respon Saya

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan... saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika? Sekian, wassalam. TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011MSee More
By: Nik Abdul Aziz Nik Mat


P/S: Sangat sopan dan berhemah kata2 yg dilontar...sesungguhnya akhlak yg baik lahir dr aqidah yg jitu dan mantap...Allah mahu jadi seorg hamba yg berakhlak dalam apa jua...

smile

senyum...smile...ada beza tak?
ada!
bahasa ..itu jek...
tp..

Ada senyum yang kita kongsikan,
Ada senyum yang (harus) disimpan,
Ada senyum yang kita biar tanpa balasan.



Senyum itu sedekah,
Namun salah langkah,
Senyum juga bisa jadi pemusnah. 
 
p/s: bermeting bersama kaum2 ibu yg sngt hebat...terasa diri terlalu kecil namun...sngt teruja menimba ilmu dgn mereka...tuntuni langkah ku tuhan...


Thursday, May 5, 2011

syair arab...


Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya,
berpisah dengannya beerti istirehat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih,
meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu 
kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,
maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat 
kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk
dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
 
(kehkehkeh...bersyair plak la ni....tah kat mana la kami dpt syair ni..tak hengat but still nak share sebab best kata2nya..)



p/s: terima kasih kepada lina n kak syida yg sudi ziarah petang semlm... love u both sahabat...


Wednesday, May 4, 2011

sopan


mlm tadi kami duduk kat satu tempat.
sebelah sorang perempuan ni.
duduk tunggu giliran for something.
ok to make it clear,
kami tengah tunggu giliran utk jumpa doctor.
pastu elok2 duduk sebelah-menyebelah,
after few minutes,dia tiba2 bangun sebab nak gi duk tempat lain.
tp before dia gerak pergi tu, dia bagitau sebenarnya air-cond kat tempat kitorang duduk tu ganggu pernafasan dia. (sort of)
so sebab tu dia nak kena gerak duk tempat lain.
and memang nampak muka dia muka kurang sihat.
(kata pun duk kat klinik...of coz la muka2 sakit je yg ada..huhuhu)
well,benda simple je kan.
tujuan dia nak ubah tempat duduk sebab x selesa dgn aircond.
kalau ikutnya, xperlu la kot nak bagitau kami.
u can sit wherever u want dear.
tp dia bagitau jugak.
in my opinion,
dia actually trying to be polite.
sbb kalau dia ubah tempat duduk tiba2,
nampak mcm dia tak selesa/ada benda yg tak puasa hati dgn kami
sobs  T____T
thats why bile dia bagitau her real reason,benda tu nampak x rude.
dan x membuatkan orang lain salah sangka.
cool? 
moral of the story : =)


p/s: huhuhu dpt antibiotik bnyk...nak kene hbs kan...wajib! huhuhu ...layann..

Tuesday, May 3, 2011

semoga ada manfaat


setelah berfikir panjang

insyaAllah ini keputusannya
semoga ada manfaat

semoga berukhwah kembali
semoga jejak shbt dijejaki semula
insyaAllah