Wednesday, May 11, 2011

nota hati seorang lelaki

Hanya Untuk Lelaki?

Pada awalnya, saya juga mempunyai pemikiran yang sama. Apakah hanya sesuai dibaca oleh lelaki sahaja? Namun apabila difikirkan sejenak, lelaki dan wanita itu saling berkait. Lelaki dan wanita itu berpasangan. Saling memerlukan.

Bacalah wahai lelaki. Pesanan penulis bukuJadilah lelaki yang menjadikan akidah sebagai akar jati diri, syariat sebagai kompas hidup dan akhlak sebagai senjata diri. Inilah yang cuba digarap oleh penulis dalam mentafsirkan gelanggang kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah.

Bacalah wahai wanita. Pesanan sayaWanita berperanan sebagai anak perempuan yang solehah buat ayahnya seperti Siti Fatimah. Wanita peyokong utama buat suami agar sentiasa lurus di jalan Allah laksana Siti Khadijah. Wanita pendidik terhebat buat anak-anak lelakinya seperti Maryam ibu Nabi Isa a.s. Renungkan nota-nota yang ditulis lalu muhasabahlah dimana seorang wanita dalam nota tersebut.

Cubalah membacanya. Pra-kata buku tersebut juga boleh dibaca di sini. Pra-katanya sudah cukup indah untuk kita muhasabah. InsyaAllah.
Semoga bermanfaat. Selamat membaca!

(edit from entry ust pahrol....tq ust..atas bingkisan indah.. insyaAllah sebagai bekalan)






p/s: tq ust atas doanya...sedang berusaha menjadi solehah..tak mengharap yg soleh..cukuplah seorg yg bisa menjadi imam buat diri ini..itu sudah memadai..

No comments:

Post a Comment