Monday, September 2, 2013

Tentang semalam..

Dah lama tak baca novel... dalam kesibukan dengan aktiviti sabtu dan ahad sempat plak baca 1 novel ni.. agak menarik berlatarkan  sebuah universiti yang sangat dekat dihati suatu ketika dulu.. sekarang hati penuh di universiti yang lain namun tempat membesar..sedikit-sedikit menjadi dewasa itu tidak akan pernah dilupakan sampai bila-bila.

Novel tu banyak cerita pasal civil engineering.. pasal beam, column, slab... aduhai.. tiba-tiba rindu yang membuak-buak.. kejuteraan awam punya cerita yang sangat dalam buat saya..
lepas PMR... diam-diam isi borang masuk teknik... rezeki dapat plak masuk teknik Ipoh top 3 teknik di Malaysia at that time... mula-mula mak tak kasi pergi, tapi memandangkan anak perempuannya yang sorang ni degil sangat nak pergi juga... akhirnya dapat la jugak.

Pengalaman di sekolah teknik belajar kejuruteraan awam.. sangat teruja! teruja-teruja pun tido jugak dalam kelas.. adoiii... pengalaman duk asrama yang horer pantang ada masa terluang tido jek kerjanya... (mana pernah nak salahkan diri sendiri..selagi boleh salahkan orang lain dan sekeliling huhuhuhu...).. tapi serius memang bersungguh2 laa blajar subjek kejuruteraan awam niii... tapi since duk dalam kelas yg mejoritinya budak2 pandai.. terkapai2 jugak laa diri ini nak blajo dengan frequancy yang laju... akhirnya SPM dapat B jek tuk subjek 'kegemaran' niii... takpelah.. nak wat camne.. dah sehabis baik dah rasa buat..

Sekali lagi Allah bagi peluang untuk kenal dengan 'kejuruteraan awam'.. satu yang sangat menggembirakan apabila berpeluang menyambung pengajian dalam bidang kejuteraan awam di UiTM Pulau Pinang... mungkin sebab otak dah hadam lama subjek ni... senang jek laa dapat A untuk beberapa subjek (pergh.. ayat ala2 unsur bangga..Astagfirullah..) tapi yang takleh nak ubah sejak sekolah... tido dalam kelas!...adoiii stress.. Betul, tak pernah niat nak tido dalam kelas kan (adeke orang datang kelas niat nak tido kan? aspecially orang macam saya ni yang datang kelas dengan bersungguh-sungguh nak timba ilmu..ahakss =p..... puteri semut nii memang banyak dramanya.. sila tabah!).. tapi mesti terlelap jugak!... aduhaiii memang tabah je laaa.. alhamdulillah sepanjang diploma Allah izinkan untuk dapat Dekan 3 kali.. tapi yela Diploma nii boleh kata taklah susah sangat (dah lepas boleh laa cakap 'takla susah sangat' kan.. ce masa kejadian azab jugaklaa nak hadap menghabiskan dip niii...)

Jodoh dengan kejuteraan awam nii sangat la panjang (sweet kan.. bluekkk!).. berjumpa lagi masa sambung pengajian di peringkat digree.. kali ni agak mencabar.. bertarung dengan diri yang serius plak penyakit tido dalam kelasnya dan pensyarah-penyarah yang menduga kesabaran... tapi yang takleh blah tu.. menunggu kelas En Turahim untuk subjek Coastal engineering bukan main bedebo... siap peluh2 takut... tapi adoiii laaa boleh jugak terlelap dalam kelas tu... paling horer aci tido plak time2 exam!... tapi tu laa Allah nak tlong agaknya.. walaupun tido dalam kelas.. kalau pensyarah soal boleh jek jawab.. tapi jawab aci tabur nyek sebenarnye.. boleh plak betul tu.. agak lawak bila dikenangkan.. ada soklan yang sampai sekarang takleh dilupakan.. masatu kelas environment.. lecturer tu tanya...antara engineering and art what come first?... hohohoho orang baru bangun tidokan.. kene plak soklan nak kene memikir niii memang tabah je laaa... akhirnya terkeluarlaa jawapan.. 'saya rasa art come 1st sebab kalau melihat kepada penciptaan manusia, Allah ciptakan susuk tubuh nabi adam kemudian baru Allah tiupkan roh' hohohoho tahap confident yang sangat tinggi masa jawab padahal tah apa-apa tah laaa tapi nasib baik betul yang 'art come 1st' sabitkan cerita tu berlaku perbincangan panjang antara saya dan lecturer haha tak pasal-pasal adoii laaa...apapun adalah satu perjalanan dan pengalaman yang sangat indah penuh dengan suka duka bersama 'kejuteraan awam' 2 kali jugakla Dekan time digree hohoho..nak tak nak ia membuatkan saya sedikit menyumbang menjadi manusia yang kenal kepada Tuhan.

Bila fikir-fikir balik... sangat laa risau kalau dapat anak macam diri sendiri nii suka tido dalam kelas... orang sibuk study time study week boleh plak maraton tonton cerita korea takpun tido dengan sangat tenangnya..sampai kawan-kawan siap buat seruan jihat untuk study pun boleh selamba landing kepala atas bantal! tapi part paling best.. esok nak test atau exam malam tu comfem gelabah! gaya macam tak cukup mata dan otak nak pakai nak baca nota.. kehkehkeh...tapi boleh lagi selit-selit tengok cerita korea konon-konon nak reward diri.. tabah je laaaa...

Hari ini 'kejuteraan awam' menjadi satu kenangan yang bila dikenang mengundang senyum. ia punya tempat yang cukup istimewa dalam hati saya. ilmu yang saya timba bersama kejuteraan awam hampir 8 tahun itu punya cerita yang tersendiri. Bidang saya sekarang mungkin sudah terkeluar landasan namun dimensi pemikiran ala-ala engineer ni masih ada saya kekal kan hahaha

walau apapun ilmu yang ditimba pasti Allah tahu dan ada perancangan yang terbaik buat diri. kadang -kadang apa yang kita suka tapi Allah kata itu bukanlah yang terbaik untuk kita.. jadi skala redho yang tinggi perlu untuk meredakan kegelisahan hati yang melanda.

Allahmdulillah bersama 'cinta hati ' yang baru (governance alam sekitar) sangat saya hargai sebagai satu hadiah dari ALLAH untuk saya dalami agar mampu saya terokai beberapa ilmu yang tersembunyi.. semoga ada manfaat untuk saya dan orang sekeliling saya In Sha Allah.

tiba-tiba nak berkongsi... hehehe

Wednesday, August 28, 2013

Maaf Kawan..


Membaca email pemberian seorang kawan..
kawan yang sudah lama tidak bersua…
ingatan kepada beliau juga ingat-ingat lupa..
Isinya membuat diri terpaku
Sedikit keluhan keluar tanpa dipaksa..Sekali lagi perlu menempuh ‘drama’ begeni…
Sudah lama mungkin tidak dibelenggu dengan ‘drama’ seperti ini..
Tiada niat untuk melukakan hatinya
Maaf kawan..


Dalam hidup kadang-kadang diundang dengan perkara yang tidak disangka-sangka
Maaf kawan..

 saya telah membuat pilihan ...saya memilih untuk SETIA

Friday, August 23, 2013

menjadi 'Wanita' yang diimpi...

Bismillah

Alhamdulillah untuk kesekelian kalinya Allah memberi pinjam pada degup jantung untuk roh dan jasad diri hamba yang hina ini bersatu

pada pagi Jumaat yang penuh barokah... mata terpandang pada sebuah buku hasil karya Salim A. Fillah.. penulis indonesia itu sangat saya gemari.. tulisannya menyentuh hati..

Wanita tercantik bagi pria terbaik; 
mungkin bukan yang paling jelita; 
tapi yang jika dipandang memberi tenang, 
hingga surgapun terbayang.

Wanita terkuat bagi pria semangat, 
bukanlah dia yang merasa hebat; 
tapi yang menundukkan diri dengan ibadat, 
menempatkan diri dalam taat.

Wanita terdahsyat bagi pria penuh tekad, 
bukan yang pesonanya memukau banyak mata; 
tapi yang siap jadi madrasah cinta bagi anak-anaknya.

Wanita paling kukuh di kehidupan pria nan utuh, 
bukan yang tak pernah menangis; 
tapi senyumnya meneguhkan; airmatanya pengingat taqwa.

Wanita paling bermakna bagi pria bahagia; 
dia yang kala berpisah menenangkan, 
kala berjumpa menggelorakan, 
tiap masa saling menguatkan.

Wanita terkaya di hati pria jatmika, 
bukan yang bertumpuk harta; 
tapi yang ridha pada halal semata; q
ana'ahnya jadi simpanan tak fana.


.Salim A Fillah.

Selamat pasca Aidilfitri, selamat langsaikan hutang buat wanita-wanita dabakan syurga juga selamat menyempurnakan puasa enam, selamat mendoakan kemenangan.

Wednesday, August 14, 2013

Lebaran dan kompang...=)

Salam Lebaran...

sederhana tetapi meriah.. Alhamdulillah..
untuk kesekian kalinya diberi kesempatan untuk memaknakan Syawal tanda kemenangan.. semoga kemenangan ini kemenangan yang sebenar seperti mana kemenangan yang telah dijanjikan oleh Allah setelah berjihat di medan Ramadhan... semoga...

untuk kesekian kalinya juga.. diri yang sangat kerdil ini menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap sepanjang hidup. kebaikan-kebaikan kalian juga diucapkan ribuan terima kasih..

macam biasa... time2 raya ni ramai sahabat2 yang telah menamatkan zaman bujang dan bakal menamatkan tidak lama lagi...

untuk:
 Lina.. Farhain..Nabila...Nadia..Aisyah.. Ainul.. Syira..
dan sahabat-sahabat lain.. 


semoga berkekalan hingga kesyurga.. selamat membina keluarga yang sakinah mawaddah warahmah =)..

Thursday, July 11, 2013

Sederhana..

Cuaca sederhana..
pada 2 Ramadhan
indah..

menikmati alunan ini juga dengan sederhana...


Wednesday, July 10, 2013

Madrasah Ramadhan

Pada sebuah senyum yang terukir
tanda syukur juga gembira
akan datangnya bulan penuh berkah
di nanti dengan penuh debaran
bersama harapan dan cita
mahu menjadi sebaik-baik hamba..

namun jangan dilupa
pada saat kegembiraan menyambut Ramadhan yang tiba di sebuah negara yang Alhamdulillah berlagu tenang lagi damai malah mewah... 
pada saat dan ketika ini saudara-saudara kita 
sedang menyambutnya dengan penuh tabah lagi sabar

Ada yang sedang mendiami Ramadhan di celahan runtuhan 'kota'. 
Ada yang mendiami Ramadhan dengan baju yang comot, tampal di sini sana. 
Ada yang mendiami Ramadhan sedang kelu di sebelah barisan keluarganya 
yang terbujur kaku. 
Allahu Allah..

selamat mendiami Ramadhan 
tidak lupa selamat memperbaiki diri
dan mempertingkatkan doa buat diri juga saudara-saudara kita seluruhnya.

Ramadhan kareem...
(^_^)





Wednesday, July 3, 2013

Singgah...

habuk bertaburan...
sawang bertebaran..

pada satu saat kenikmatan menulis hilang..
adalah saat yang menjengkelkan..

pada saat rasa cinta untuk menulis kembali...
adalah saat yang membahagiakan..

jerebu yang menjangkiti udara..
rupanya lama sudah menjangkiti blog ini..

semoga jerebu yang semakin hilang
dan udara yang semakin segar
dipenghujung sya'ban ini...
memberi impak kepada blog ini..
agar kembali hidup bersama Ramadhan yang bakal tiba..

In Sha Allah...


insyaAllah akan kembali berkongsi... (^_^)..
dengan izinNya..
In Sha Allah..