Thursday, January 31, 2013

Bahagianya seorang perempuan





Memandang langit ilahi..
dalam pekat malam...
senyum terukir..
menikmati indah 
ciptaan Allah
lalu..
tertunduk syukur
...pada diri yang Allah
ciptakan sebagai
seorang perempuan..
Alhamdulillah..
sesungguhnya Kau 
sebaik-baik
pencipta...

Friday, January 18, 2013

Pada daun yang gugur itu ada sesuatu

Daun yang berguguran itu..
membuai mata yang memandang
terpaku..
seolah-olah berkata lembut

'tidak semua mampu menangis'

mata terus memandang
pada helaian-helaian yang gugur
bersama sarat airmata yang ditahan-tahan..

'air mata itukan hadiah'

mata terpejam.. 
bersama gugurnya air jernih
mengundang rasa hiba yang sarat..

Allah.. 
pada hadiah yang Kau kirim
walau hanya dedaun yang gugur
ia sangat bermakna..
buat hati yang separuh 
dalam langkah yang panjang ini..
yang kadang kala kelelahan..
kepenatan..
keletihan..
 

Allah izinkan diri ini
mencintiMU selamanya..
agar hati ini penuh kembali
untuk meneruskan langkah
menambah bekalan
untuk kehidupan yang kekal nanti




Thursday, January 10, 2013

Berkongsi rasa..

berkongsi rasa...
walau hanya berkongsi..
hati ini tetap merasa..

luahan si ibu tanda kasih pada si anak..
Allah.. besarnya nikmat seorang anak
punya seorng ibu yang memberi cinta
tanpa sebarang syarat..
lantas..
terasa diri ini dihargai
atas perkongsian rasa itu..

berkongsi cerita bersama si ibu
dengan gelak dan tawa..
usikan si ibu pasti mendamaikan jiwa
walau kata-kata menidakkan
mana mungkin kata-kata seorng ibu itu melukakan
kerana cintanya pada si anak tanpa batasan..
asal sahaja tahu.. 
mak memang suka mengusik..
yang kadang2 membuah rajuk.. 
rajuk yang indah..=p

berkongsi bahagia dengan rezeki Allah untuk dia....
Allah sesungguhnya.. 
tidak terjangkau akal manusia dan sesungguhnya 
Kaulah sebaik-baik pemberi rezeki
kerana Kau takkan pernah memungkiri
janjiMu..

Apabila deria dan rasa bersatu: 
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"

 

(comel! lirik tu yg comel ye.. jgn tertipu..)

Friday, January 4, 2013

Menunggu.. mimpi..

 (suka duk atas buai.. ada sape2 sudi tlong hayunkan???... sengal!)

sedang menunggu.. 
walaupun lelah menyapa..
tetap masih menunggu..
kenapa?
angin yang membelai saat leka berbuai,
adalah bayu yang sama meninggikan layang-layang

menunggu dengan sabar.. 
tidak berdiri.. 
tidak berlari mahupun mendaki..
kenapa?
tangan yang menghayunkan buai itu nanti,
adalah tangan yang sama memegang tali layang-layang yang terbang tinggi itu

cuma..

menunggu dengan menikmati..
impian mahu menjadi mata air syurga atas dunia..
sejuk lagi mendamaikan..
walau tahu tidak setanding bidadari syurga
tetapi tetap masih mahu bermimpi..
kerana kayataan itu datang dari mimpi yang dijejaki...