Tuesday, November 8, 2016

Konvokasyen & BuNgA

Mengenang tarikh konvo 2014 di UKM..
alhamdulillah..
aturan Allah yang sangat indah...
berkonvo bersama anak kecik yang comel di RUMAH..

Hati meronta mahu naik ke pentas..
menerima segulung ijazah yang bukan mudah..
penuh dengan 1001 cerita jerih dan pedih..
yang akhirnya berjaya juga diharungi..
Alhamdulillah..

Buat sahabat-sahabat yang berkonvo 2016
tahniah.. 

Melihat kalian dikelilingan orang-orang tersayang meraikan hari Bahagia..
bersama jambangan bunga-bunga segar nan indah..
mengundang iri..







Thursday, April 14, 2016

SEBUAH IMPIAN...

impian.. 
menjadi mak dan abah yang terbaik
buat anak-anak..


Tip penting sebagai mak dan abah:

- Sentiasa menjaga hubungan dengan Allah
- Hari-hari taubat nasuha
- Menjaga solat fardu di awal waktu
- Menjadi tauladan- perbuatan percakapan (anak-anak pemerhati dan pengikut terbaik)

Sebagai mak dan abah perlu kembali kepada Allah sepenuhnya, menyatakan keampunan kepada Allah dengan sebenar-benar taubat atas segala kelemahan, kecuaian, kealpaan dalam menjaga amanah (anak) yang telah Allah berikan.


untuk Ahmad Zaid..
anak kesayangan mak dan abah..
semoga mampu mak dan abah didik menjadi sebaik-baik hamba
menjadi seorang muslim yang musleh
yang menjadi asbab mak dan abah ke syurga
yang menjadi contoh terladan buat adik-adik nanti
dan menjadi imam solat jenazah mak dan abah



dalam setiap langkah..
kadang tersasar..
Allah pandu aku menjadi sebaik-baik hamba
untuk mendidik anak-anak 
menjadi sebaik-baik hamba kepadaMU


Friday, April 1, 2016

Tentang sebuah buku

dia.. seorang anak muda biasa
punya cita-cita yang tinggi
membantu sedaya yang mampu
demi sebuah kehidupan.

'LELAKI TERAKHIR MENANGIS DI BUMI'

tentang cinta dan kehidupan
tentang manusia dan kemanusiaan
tentang realiti dan fantasi
tentang hidup dan mati



dia... menjadi luar biasa
atas ikhsan belas dan kasih
pada anak2 pelarian itu
menghulur bantuan untuk sebuah senyuman
semoga kamu wahai anak muda
terus kuat dan semangat
untuk terus berjuang di medan itu!

Tuesday, March 22, 2016

Singgah..

pada semuah renungan..
serselit seribu persoalan...

Allhamdulillah.. 
Allah masih memberi ruang dan peluang 
untuk batang tubuh ini menulis di ruangan ini... 
sungguh rindu untuk menulis di sini.. 
meninggalkan pelbagai cerita dan rasa... 

pada sebuah keinginan yang terhalang 
yang kononya dek kerana suntuknya masa... 
mematikan semangat!

sungguh pada seorang yang berjiwa menulis 
apabila jari jemari tidak lagi seiringan dengan akal dan emosi... 
kaku!...

ALLAH.. 
moga mampu meluah rasa disini semula seperti suatu masa yang lalu.. 
agar suatu hari menyelak helaian-helaian lama membuah senyum.. 

moga suatu hari nanti 
diizinkan Allah
dapat menyelak bersama anak dan cucu...eh!!





menjentik minda..
untuk terus berfikir
dan hendaknya bertindak