Wednesday, May 11, 2011

menjawab persoalan semlm...

 

antara serai n halia

kehkehkeh
ramai no yg tanya semlm kat status ym
nak buat tomyam ke?
ni kenapa serai n halia, kenapa tak bawang n sengkuang?
(tabah je la kawan2 kami niii)

ok2 

kami pilih serai
(sumpah tak tiru2 sape2 tau..),
meski kerananya kadang kami terluka.

senyum.
 
sebab apa kami pilih serai??


sempena serai dah nak habis dalam peti ais!!!!
kahkahkah


 err..sebenarnya boleh je serai dan halia harmoni dalam kuali kan.
 hidup bukan hanya tentang dua pilihan. 
selalu ada jalan ketiga, menuju destinasi yang sama.
Cuma kadang tak terteroka.
lalu dilemanya;

1. biar aku yang pertama, meninggal jejak untuk yang seterusnya.
risiko: sesat, dan lebih buruk, tak ketemu jalan pulang.

2. pilih jalan yang tersedia. lebih selesa ada yang bersama.
risiko: terlepas peluang, yang 'terbaik' buat kita.



Pilihlah mana-mana. 
Moga satu hari, menoleh ke belakang, bukan sesalan yang terbit dari keluhan.
Bahkan senyuman atas satu kesudahan.

Ikatlah pilihanmu dengan Tuhan.
jalanmu, Dia yang tentukan.
 
senyum je k!
insyaAllah Allah itu dekat
(^_^)

p/s: hahahha...kami merepek sudah...tabah je la korang ek...


Monday, May 9, 2011

selamat hari ibu



ditujukan khas buat:

PN HJH SITI RAHMAH BINTI HJ MARWAN

love u mom!
terima kasih atas setiap doa mak untuk yuz
\(^_^)/

Friday, May 6, 2011

komen TOK GURU berkenaan kematian OSAMA BIN LADEN

Kematian Osama bin Laden : Respon Saya

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan... saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika? Sekian, wassalam. TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, Menteri Besar Kelantan. Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011MSee More
By: Nik Abdul Aziz Nik Mat


P/S: Sangat sopan dan berhemah kata2 yg dilontar...sesungguhnya akhlak yg baik lahir dr aqidah yg jitu dan mantap...Allah mahu jadi seorg hamba yg berakhlak dalam apa jua...

smile

senyum...smile...ada beza tak?
ada!
bahasa ..itu jek...
tp..

Ada senyum yang kita kongsikan,
Ada senyum yang (harus) disimpan,
Ada senyum yang kita biar tanpa balasan.



Senyum itu sedekah,
Namun salah langkah,
Senyum juga bisa jadi pemusnah. 
 
p/s: bermeting bersama kaum2 ibu yg sngt hebat...terasa diri terlalu kecil namun...sngt teruja menimba ilmu dgn mereka...tuntuni langkah ku tuhan...


Thursday, May 5, 2011

syair arab...


Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya,
berpisah dengannya beerti istirehat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih,
meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu 
kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya,
maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat 
kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk
dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
 
(kehkehkeh...bersyair plak la ni....tah kat mana la kami dpt syair ni..tak hengat but still nak share sebab best kata2nya..)



p/s: terima kasih kepada lina n kak syida yg sudi ziarah petang semlm... love u both sahabat...


Wednesday, May 4, 2011

sopan


mlm tadi kami duduk kat satu tempat.
sebelah sorang perempuan ni.
duduk tunggu giliran for something.
ok to make it clear,
kami tengah tunggu giliran utk jumpa doctor.
pastu elok2 duduk sebelah-menyebelah,
after few minutes,dia tiba2 bangun sebab nak gi duk tempat lain.
tp before dia gerak pergi tu, dia bagitau sebenarnya air-cond kat tempat kitorang duduk tu ganggu pernafasan dia. (sort of)
so sebab tu dia nak kena gerak duk tempat lain.
and memang nampak muka dia muka kurang sihat.
(kata pun duk kat klinik...of coz la muka2 sakit je yg ada..huhuhu)
well,benda simple je kan.
tujuan dia nak ubah tempat duduk sebab x selesa dgn aircond.
kalau ikutnya, xperlu la kot nak bagitau kami.
u can sit wherever u want dear.
tp dia bagitau jugak.
in my opinion,
dia actually trying to be polite.
sbb kalau dia ubah tempat duduk tiba2,
nampak mcm dia tak selesa/ada benda yg tak puasa hati dgn kami
sobs  T____T
thats why bile dia bagitau her real reason,benda tu nampak x rude.
dan x membuatkan orang lain salah sangka.
cool? 
moral of the story : =)


p/s: huhuhu dpt antibiotik bnyk...nak kene hbs kan...wajib! huhuhu ...layann..

Tuesday, May 3, 2011

semoga ada manfaat


setelah berfikir panjang

insyaAllah ini keputusannya
semoga ada manfaat

semoga berukhwah kembali
semoga jejak shbt dijejaki semula
insyaAllah